Saturday, June 10, 2023

Apakah itu Kutubus Sittah

 Kitab-kitab yang enam  merujuk kepada 6 buah kitab hadis yang utama. 6 kitab Hadis tersebut adalah:

1) Saheh Bukhari

2) Saheh Muslim

3)Sunan Abi Daud

4) Sunan At-Tarmizi

5) Sunan An-Nasai

6) Sunan Ibn Majah

Penetapan Sunan Ibn Majah sebagai salah satu kutubus Sittah berlaku khilaf kalangan ulama. Ada yang memasukkan Muwatto' Imam Malik sebagai kitab yang ke-6. Ada juga mengataka kitab hadis ya ng ke-6 adalah Sunan Ad-Darimi. Namun, Pendapat ulama hadis, Sunan Ibn majah adalah yangh ke-6

Apa itu Musnad dan apa bezanya dengan Sunan

Musnad adalah kitab hadis yang disusun berdasarkan nama-nama sahabat yang meriwayatkannya.

Contohnya :

  1. Musnad Al-Imam Abi Daud Sulaiman bin Daud At-Thoyalisi( 204H)
  2. Musnad Nu'aim bin Hamamd (229H)
  3. Musnad  Asad bin Musa Al-Umawi(  212H)
  4. Musnad Imam Ahmad bin Hambal As-Syaibani (241H)


Cara susun musnad ada beberapa kaedah:

1) Berdasarkan nama sahabat yang terawal masuk Islam.

2) Mengiku abjad Nama

3) Mengikut jumlah perawi

Apa itu Sunan?

Manakala Sunan pula adalah kitab hadis yang disusun berdasarkan bab-bab  fekah dan hadis-hadis di dalamnya bercampur statusnya. Ada yang mauquf, ada yang marfu' dan ada yang mu'allaq.

Antara Sunan yang terkenal ialah:

  1. Sunan Abu Daud
  2. Sunan Tarmizi
  3. Sunan An-Nasa-i
  4. Sunan Ibn Majah
  5. Sunan Ad-Darimi
  6. Sunan Al-Baihaqi


Mungkin timbul juga persoalan, apa pula Musannaf?

Musannaf ialah kitab hadis yang mengandungi hadis-hadis megikut bab-bab fekah seperti juga Sunan. Namun, ia mengandungi juga perkataan para sahabat, fatwa Tabi'in serta fatwa Tabi'i Tabi'in. Dengan itu ia berbeza dengan Sunan dari sudut tersebut.

Contoh musannaf ialah;
  1. Musannaf Ibn Abi Syaibah Al-Kufi
  2. Musannaf Abi Bakar Ar-Razzaq
  3. Musannaf  Baqi bin Mukhlid Al-Qurtubi
  4. Musannaf Abu Sufyan Waqi' bin Al-Jarrah
  5. Musannaf  Abu Salamah Hammad bin Salamah.

Kekadang, istilah muwatto' digunakan dan sifatnya sama seperti Musannaf.

Contoh:
Muwatto' Imam malik


Wednesday, June 7, 2023

Siapakah orang yang dihidupkan oleh nabi Isa A.S?

Imam Al-Baghawi ketika menafsirkan Firman Allah  SWT:


وَأُحْيِي الْمَوْتَى بِإِذْنِ اللّهِ

" Dan aku menghidupkan orang mati dengan izin Allah"

{آل عمران: 49}


Beliau membawa riwayat yang disebutkan oleh Ibn Abbas bahawa Nabi Isa telah menghidupkan 4 orang. Mereka ialah:

1) Azir
2) Ibn Al-Ajuz
3) Ibnatu Al-'Asyir
4) Sam bin Nuh

Azir itu adalah sahabat kepada nabi Isa. Dia meinggal, lalu saudara perempuan sampai berita itu kepada nabi Isa A.S. Lalu nabi Isa bersama sahabat-sahabatnya yang lain pergi ke tempat tinggal Azir itu. Perjalanannya adalah 3 hari. Di sana, nabi Isa minta ditunjukkan kuburnya. Di kuburnya itu, nabi Isa berdoa kepada Allah, lalu Azir pun keluar dari kuburnya hidup kembali dan dia telah beranak pinak.

Catatan: pernahkan anda mendengar kisah yang diriwayatkan oleh kalangan Sufi yang melampau tentang kebolehan Syeikh Abdul Kadir Jailani?  Dia juga telah menghidupkan ornag mati. bahkan dalam kisahnya itu, Syeikh Abdul Kadir telah mengejar malaikat maut dan memintanya dilepaskan roh si fulan itu. Lalu berlaku perbalahan antaranya dengan malaikat maut dan akibatnya kantung roh-roh terlepas dan hidupkan kembali si fulan itu dan beberapa roh yang sama dimatikan hari itu.

Sementara kisah nabi Isa menghidupkan anak perempuan tua itu adalah berkenaan seornag anak lelaki yang mati dan diusung atas keranda dan melinats depan nabi Isa. Nabi Isa pun mendoakannnya dan hidup kembali serta pulang kepada ibunya.

Sementara anak perempuan Al-Asyir itu adalah anak kepada seorang lelaki yang mengambil 1/10.  Dia mati sehari sebelumnya dan nabi Isa pun doakannya kembali hidup.

Sumber: Islamweb