Showing posts with label Bahasa Arab. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Arab. Show all posts

Friday, April 7, 2023

Beza antara "am" dan "Au"

 Am dan au boleh diertikan dengan maknan "atau". Namun, dalam bahasa Arab, dua kalimah ini ada beza. Bezanya ialah:

Am (  أم ) digunakan untuk:

1) Ta'yim

Misal:

﴿أَأَنتُمْ تَخْلُقُونَهُ أَمْ نَحْنُ الْخَالِقُونَ ﴾الواقعة:59

2) Taswiyyah (menyamakan)-Syaratnya hendaklah disebut selepas kalimah "sawa' "

Misal:

﴿وَسَوَاء عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ يس:10


Adapun "au" ( أو   ) ia mempunyai beberapa makna antaranya:

1) Takhir
Misal:

تزوج إحدى ابنتيَّ: زينبَ أو فاطمةَ.


2) Syak
Misal:
﴿قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلِ اللَّهُ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَى هُدًى أَوْ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ ﴾ سبأ:24

3) Ibham 

Misal:

أسافر يوم الخميس أو يوم الجمعة.

4) Taqsim (Bahagian)

Misal:

الكلمة: اسم أو فعل أو حرف أو خالفة .


5) Al-Ibahah


وَلَا عَلَى أَنفُسِكُمْ أَن تَأْكُلُوا مِن بُيُوتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ آبَائِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أُمَّهَاتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ إِخْوَانِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أَخَوَاتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أَعْمَامِكُمْ أَوْ بُيُوتِ عَمَّاتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أَخْوَالِكُمْ أَوْ بُيُوتِ خَالَاتِكُمْ أَوْ مَا مَلَكْتُم مَّفَاتِحَهُ أَوْ صَدِيقِكُمْ النور:61


6) Al-Adhrab
Misal: Kata penyair:
كانوا ثمانين أو زادوا ثمانيةً                       لولا رجاؤك قد قتّلت أولادي





PERBEZAAN ANTARA ATTIBAQ DAN MUQABALAH

At-Tibaq dan Muqabalah adalah dua istilah dalam ilmul bayan wal badi'.

Makna At-Tibaq ialah menyebutkan satu perkataan dengan lawannya dalam satu ayat. Umpamanya:

(هو الأول والآخر)-Isim

(هو أضحك وأبكى)-Fe'el

(يوم لك، ويوم عليك).-Huruf


Adapun muqabalah ialah menyebutkan dua perkataan atau lebih yang sama pada maknanya , lalu kemudian menyusul dua perkataan atau lebih yang berlawanan dengan dengan makna tersebut.


Contoh:

إذا كان الكلام من فضة فالسكوت من ذهب
"Jika berkata-kata itu laksana perak, maka diam itu laksana emas"

Bekata-kata dan perak adalah dua perkataan yang berkongsi pada maknanya itu bernilai. Maka diam adalah perkataan yang berlawanan dengan berkata-kata. Dia dan emas berkongsi pada makna iaitu lebih mahal.

Demikianlah juga dalam contoh di bawah:


ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث

Maka , At-tibaq itu adalah perkataan mufrad yang disebut bersama mufrad lain yang menjadi kata lawannya. 

Bacaan tambahan: