Wednesday, October 25, 2023

Roh Siapa yang mula dicipta?

 Sebelum Allah menciptakan Adam, telah dicipta para roh semua. Dalam satu riwayat dariapda Ibn Mandah secara marfu' disebutkan bahawa ianya 2000 tahun sebelum jasad diciptakan. Jumhur ulama berpandangan bahawa Roh diciptakan sebelum jasad dan banyak dalil yang menyokong fakta ini.

Antaranya hadis yang disebutkan dalam Sahehain mengenai apa yang nabi lihat di malam Mikraj. baginda melihat nabi Adam di langit pertama yang di krii dan kanannya ada ruh-ruh zuriatnya.


Syeikh Abdullah Sirajuddin Al-Husaini, Kitab Al-Iman bi 'Awalimil Akhirah , ms 43.


Menjaab persoalan khusu di atas, roh siapa yang mula diciptakan maka jawapannya adalah roh nabi Muhammad

Terdapat hadis yang diriwayatkan dalamMusnad Imam Ahmad dan lain-lain. Nabi SAW bersabda:

( كنت نبيًا وأدم بين الروح والجسد )

Bacaan tambahan: Al-Athar.net

Friday, October 13, 2023

QUNUT SUBUH BID'AH?

Permasalahan Qunut dalam solat Subuh ini adalah masalah yang dikhilafkan hukumnya di kalangan fuqaha. Masing-masing pendapat ada dalil yang disandarkan mereka. Maka bagaimana hendak kita menetapkan bahawa ia adalah bid'ah hanya kerana mengambil satu qaul antara beberapa qaul?

Kerana itu, dalam masalah Qunut Solat Subuh ini, kita perlu mengamalkan keterbukaan. Sesiapa yang mengamalkannya, maka janganlah dibid'ahkan, kerana ia mengundangkan persengketaan dalam masyarakat.

Ada 3 pandangan kalangan di kalangan para Fuqaha mengenainya:

1)    Qaul Hanafiyyah, Hanabilah dan As-Tsauri-Qunut dalam solat Subuh tidak disyariatkan. Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa Qunut dalam solat Subuh itu adalah Bid'ah. Kalangan fuqaha Mazhab Hambali pula mengatakannya makruh.

2)     Qaul yang masyhur kalangan ulama Mazhab Maliki-Ia adalah sunat dan satu kelebihan. Bahkan , Ali bin Ziyad mengatakannya hukumnya WAJIB dan jika ditinggalkan , batal solat Subuh.

3) Kalangan Fuqaha Mazhab Syafie- Qunut solat Subuh adalah Sunat Muakkad. Meninggalkannya dengan sengaja digantikan dengan Sujud Sahwi. Namun Tidaklah membatalkan solat jika ditinggalkannya. Ia di kelompokan dalam kategori Perkara Sunat Ab'Adh.