Sunday, September 25, 2022

SEGOLONGAN BANI ISRAIL YANG MATI DAN HIDUP SEMULA.

 Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 55:

وَإِذْ قُلْتُمْ يَا مُوسَىٰ لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ نَرَى اللَّهَ جَهْرَةً فَأَخَذَتْكُمُ الصَّاعِقَةُ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ (55)

Dan (ingatlah), ketika kamu berkata: "Hai Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah dengan terang, karena itu kamu disambar halilintar, sedang kamu menyaksikannya".


Firman Allah SWT dalam Surah Al-A'raf, ayat 155:


وَاخْتَارَ مُوسَىٰ قَوْمَهُ سَبْعِينَ رَجُلًا لِّمِيقَاتِنَا ۖ فَلَمَّا أَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ قَالَ رَبِّ لَوْ شِئْتَ أَهْلَكْتَهُم مِّن قَبْلُ وَإِيَّايَ ۖ أَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَاءُ مِنَّا ۖ إِنْ هِيَ إِلَّا فِتْنَتُكَ تُضِلُّ بِهَا مَن تَشَاءُ وَتَهْدِي مَن تَشَاءُ ۖ أَنتَ وَلِيُّنَا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۖ وَأَنتَ خَيْرُ الْغَافِرِينَ (155)

Dan Musa memilih tujuh puluh orang dari kaumnya untuk (memohonkan taubat kepada Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan. Maka ketika mereka digoncang gempa bumi, Musa berkata: "Ya Tuhanku, kalau Engkau kehendaki, tentulah Engkau membinasakan mereka dan aku sebelum ini. Apakah Engkau membinasakan kami karena perbuatan orang-orang yang kurang akal di antara kami? Itu hanyalah cobaan dari Engkau, Engkau sesatkan dengan cobaan itu siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah Yang memimpin kami, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkaulah Pemberi ampun yang sebaik-baiknya".


Setelah peristiwa Bani Israil menyembah anak lembu, Allah memerintahkan nabi Musa untuk memilih 70 orang dari kalangan kaumnya untuk di bawa Ke Tursina. Di sana mereka minta kepada agar dapat mendengar Allah bercakap dengan nabi Musa . Maka Allah perintahkan mereka semua sujud. Ketika itu Allah pun angkat gunung atas mereka. Mereka sujud tapi letakkan pipi atas tanah (Bukan dahi). Mereka mendengar Allah bercakap- dengan Musa. Gunung yang di atas mereka pun beralih. Maka disangkalah oleh kaum Yahudi bahawa Sujud dalam cara sedemikianlah yang menyelamatkan mereka. Hatta, sampai hari ini sujud sedemikian dianggap sebagai sujud penyelamat.

Perkataan 70 Bani Israil yang berbunyi:

لن نؤمن لك حتى نرى الله جهرة

" Kami tak akan beriman dengan kamu sehingga kami dapat melihat Allah secara jelas".

Ia diucapkan setelah mereka mendengar  Allah bercakap dengan nabi Musa. Permintaan itu mengundang murka Allah SWT, lalu diturunkan ke atas mereka tempikan dari langit. Demikian tafsiran Marwan bin Al-Hakam. Kata As-Suddi, ia berupa api yang menyambar. 

Kata Ar-rabi' bin Anas: Mereka adalah 40 orang pilihan nabi Musa yang mengikutnya ke Tursina dan mereka didengarkan kalam Tuhan kepada Musa. Kemudian mereka minta untuk lihat Allah. Lalu mereka mendengar suara gempita dan matilah mereka semua.

Riwayat dari Sufyan As-Tsauri menyebutkan bahawa peristiwa Musa memilih 70 orang ini adalah berkaitan dengan tuduhan mereka ke atasnya sebagai pembunuh nabi Harun. Sebelumnya Musa dan Harun ke Tursina berdua dan di sana Harun meninggal. Bila Musa pulang tanpa Harun, mereka menuduh Musa membunuhnya kerana mencemburi Harun yang lebih disayangi Bani Israil berbanding dirinya. Maka Musa suruh mereka pilih 70 ornag untuk ikut bersamanya ke Tursina.Namun, riwayat ini menurut Ibn Kathir, adalah Gharib.


Berkata Ibn Abbas,Mujahid,  Qotadah dan Ibn Juraij, 70 kalangan Bani Israil yang ditimpakan "rajfah" kerana mereka tidak mencegah penyembahan anak lembu. Kerana itu Musa a.s berkata:

 ( أتهلكنا بما فعل السفهاء منا )

"Adakah Kamu akan membinasakan kami kerana angkara orang bodoh kalangan kami?"













Tuesday, September 20, 2022

Apakah kelak di akhirat kita akan menunggang binatang korban?

 Ada orang menyebutkan bahawa siapa yang buat korban di dunia, kelak di akhirat dia akan menaiki bianatng korbannya sebagai kenderaan melintasi Sirat. Cerita ini bertujuan untuk ornag berlumba-lumba mengadakan korban. Kalau rasa nai rasa hebat masa melintasi Sirat, kenalah korbankan unta. Takkan nak naik kambing aja? Kata sebilangan orang membandingkan keutamaan binatang sembelihan korban.

Benarkah apa yang dikatakan itu?

Sebenarnya, hal tersebut memang disebutkan dalam kitab-kitab. Umpamanya dalam kitab Durratun Nasihin oleh Al-Khaubawi menyebutkan demikian. Bersandarkan sebuah hadis nabi SAW yang berbunyi:

استفرهوا ضحاياكم فإنها مطاياكم على الصراط

" Pilihlah yang besar dari jenis binatang korban kamu, sesungguhnya ia akan jadi tunggangan kamu di atas Sirat".

Berdasarkan ulasan para ulama hadis, riwayat ini tidak boleh dijadikan dalil. Jalan periwayatan adalah Daif Jiddan kerana melalui sanad pada seorang yang bernama Yahya bin Ubaidillah. As-Sakhawi dan Ibn Hajar menghukumkan hadis di atas sebagai Daif Jiddan. Maka dalam soal cerita-cerita akhirat, hadis Daif bukan sandarannya. 

Lalu, jawapannya, tidak dalil yang tuntas menyebutkan bahawa binatang korban akan jadi tunggangan di akhirat kelak.

Dalam Durratun Nasihin didatangkan satu renungan. Kata pengarangnya, manusia saat di alam rahim, mereka menunggang rahim ibu. Ketika lahir didukung ibu, Bila dewasa mereka ke sana ke mari menunggang kenderaan. Bila mati menunggang keranda. Maka di akhirat mereka juga akan diberi tunggangan. Maka binatang korbanlah jadi tunggangannya.  


Petikan daripada kitab Durratun Nasihinm ms 253.


Baca Kitab: Durratun Nasihin


Namun hadis yang menyebutkan mengenainya tidak saheh!

Rujuk: Islamweb




Friday, September 9, 2022

Bila nak niat wuduk?

Persoalan : Apa pamdangan ustaz tentang niat wuduk, apakah ia semasa basuh muka atau semasa basuh pergelangan tangan?

(Soalan dilontarkan Hj. Fauzi pada 9.10.2022 melalui pesan suara HP)


Jawapan: Hal ini adalah masalah feqah yang ulama berkhilaf. Menurut mazhab Syafie, niat wuduk adalah semasa mula basuh muka. Ini adalah kerana basuh muka adalah perkara wajib (fardhu wuduk) yang pertama. Maka kerana itu, itulah permulaan niat, Jika ada pendapat yang menyatakan niat semasa basuh pergelangan tangan, itu adalah lontaran pandangan yang berasaskan pandnagan mazhab lain. Pendapat mazhab Hambali misalnya, meletakkan basuh tangan bersama bacaan basmalah adalah wajib wuduk maka niat adalah di sana.


Rujukan tambahan:


https://www.darelfatwa.gov.lb/%D8%A7%D9%84%D9%88%D8%B6%D9%88%D8%A1-%D9%88%D8%A3%D8%B1%D9%83%D8%A7%D9%86%D9%87/

Friday, September 2, 2022

MAKSUD BANI ISRAIL MENDENGAR KALAM ALLAH

 Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah: ayat 75:

 أَفَتَطْمَعُونَ أَن يُؤْمِنُوا لَكُمْ وَقَدْ كَانَ فَرِيقٌ مِّنْهُمْ يَسْمَعُونَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ يُحَرِّفُونَهُ مِن بَعْدِ مَا عَقَلُوهُ وَهُمْ يَعْلَمُونَ (75)

Kalam Allah yang dimaksudkan dalam ayat adalah kitab Taurat. Itulah tafsir kalam Allah menurut apa yang disebutkan oleh As-Suddi dalam tafsirnya.Ada tasiran yang disandarkan kepada Ibn Abbas bahawa mendengar kalam Allah itu adalah sebagaimana nabi Musa mendengar kalam Allah. Namun, pandangan Ibn Abbas ini diihtimalkan bahawa diambil daripada Israiliyyat dan tiada dalil sareh menyebutkan  Bani Israil mendengar kalam Allah