Thursday, January 11, 2024

Asobah

 Istilah Asobah pada dasarnya merujuk kepada kalangan lelaki daripada kaum kerabat si mati. Ia disyarat hendaklah antaranya dengan si mati tidak dipisahkan dari segi nasab oleh kerabat perempuan.

Contoh asobah adalah bapa, datuk, anak-anak lelaki dan saudara-saudara lelaki.Istilah Asobah itu digunakan atas mereka kerana mereka adalah orang-ornag yang ada disekitar si mati itu. Mereka umpama bahu belikat dan sokongan-sokongan penting sebatang tubuh.

Dalam ilmu mawarith, istilah itu merujuk kepada kerabat lelaki si mati yang tidak mendapat kadar khusus dalam pusaka.Dengan kata lain, mereka tidak ada kadar-kadar yang ditetapkan sepertimana para pewaris dalam harta pusaka yang ditetapkan seperti seperdua, sepertiga seperlima dan seulainnya. 

Dalam keadaan tertentu, mereka boleh menjadi semata-mata pewaris dan dalam situasi-situasi ada pewaris lain, mereka mendapat lebihan.

Jenis-jenis asobah :

1) Asobah dengan diri sendiri

  • Anak-anak dan kebawah (yg lelaki)
  • Bapa dan ke atas (yg lelaki)
  • Saudara-saudara lelaki ( seibu sebapa atau sebapa sahaja) dan ke bawah
  • Pakcik(sebelah bapa) dan ke bawah
(Tidak termasuk suami dan saudara seibu )

2) Asobah dengan yang lain

  • Anak perempuan bila ada anak lelaki
  • Cucu perempuan(dari anak lelaki) ketika ada cucu lelaki (dari anak lelaki)
  • Saudara perempuan sekandung ketika ada saudara lelaki sekandung.
  • Saudara perempuian sebapa ketika ada saudara lelaki sebapa.
(Mereka di atas dalam situasi tersebut mendapat hak lebihan setelah pusaka dibahagikan dan jika lelaki dia mendapat dua bahagian dan perempuan satu bahagian)


3) Asobah BERSAMA yang lain.

Dalam dua keadaan iaitu:

  • Bila ada saudara perempuan seibu sebapa si mati dan dalam masa yang sama si mati ada ada anak perempuan atau cucu perempuan (dari anak lelaki) tak kiralah berapa jumlah saudara perempuannya  ataiu anak perempuannya. Dalam situasi ini mereka menjadi asobah satu sama lain.
  • Bila ada saudara perempuan sebapa bersama anak perempuan atau cucu perempuan. Maka jika ada lebihan selepas faraid, mereka ada hak, Jika tiada , maka tiadalah.


Pembahagian Asobah (Dalam Kitab Fiqhul Manhaji)

Dua bahagian:

1) Asobah Sababiyyah

Iaitu hamba yang dimerdekakakan samada lelaki atau perempuan. Pengarang menyatakan bahagian ini tidak lagi relevan untuk dibicarakan kerana zaman kini tiada lagi hamba.


2) Asobah Nasabiyyah

a) Asobah Binnafsi -terbahagi kepada 4 saluran:

i) Saluran anak-anak lelaki dan cucu lelaki daripada anak lelaki dan ke bawah

ii) Saluran bapa dan ke atas

iii) Saluran saudara lelaki.

iv) Saluran pakcik sebelah bapa.

 

Peringatan : Saluran berikut tidak akan menwarisi selagi ada saluran sebelumnya. Saluran bapa dan ke tas tidak akan mewarisi selagi ada saluran anak-anak lelaki dan ke bawah. Demikian salurna saudara lelaki tidak akan mewarisi selagi ada salurna bapa dan ke atas.Maka saluran pakcik (sebelah bapa) tidak akan mendahului saluran saudara lelaki.

Jika dalam saluran yang sama, maka waris yang jauh tidak boleh mendahului wais yang dekat. Umpamanya datuk tidak mendahului bapa. Cucu tidak boleh memintas anak lelali. Anak saudara tidak didahulukan atas saudara lelaki. Sepupu tidak mendahului pakcik.


b) Asobah Bil Ghairi

Iaitu kalangan perempuan yang ada bersamanya saudaranya. Umpanya anak perempuan di kala ada anak lelaki.Atau saudara perempuan sekandung di kala ada saudara lelaki sekandung.

Terkecuali dalam bahagian ini bagi saudara seibu. Kerana saudara seibu bukan Asobah binnafsi, maka saudara perempuannya tidak menjadi asobah bil ghairi.


c) Asobah Ma'al Ghairi

Iaitu saudara perempuan sekandung atau saudara perempuan sebapa dalam keadaan si mati ada anak perempuan atau cucu perempuan daripada anak lelaki.


Baca: Fiqhul Manhaji

Bacaan Tambahan: Almrsal




Wednesday, January 10, 2024

Ilmu Pewarisan: Jika hanya ada anak-anak makcik

Permasalahan:

Seorang lelaki meninggal dunia. Warisnya adalah hanya anak-anak 3 orang makciknya sebelah ayah. Jumlah mereka adalah seorang lelaki dan 7 perempuan. Dia juga ada anak-anak makciknya sebelah ibunya iaitu seorang lelaki dan 2 orang perempuan. Tiada lagi waris lain dan tiada wasiat yang dibuat. 

Bagaimana membahagi-bahagikan harta pusakanya?

Jawapannya:

Anak-anak makciknya sebelah ayah berhak mendapat 2/3 daripada pusakanya. yang lelaki mendpat 2 bahagian berbanding yang perempuan. Sementara bagi anak-anak makciknya sebelah ibu berhak mendapat 1/3 daripada pusakanya dan yang lelaki beroleh 2 bahagian bebanding yang perempuan .


Kembangaan maslaah:

Daripada uraian masalah di atas, bandingkan jika ibu bapa mereka masih ada. Maka makcik dan pakcik sebelah ayah  berhak dapat 2/3 dengan pembahagian lelaki dapat dua bahagian dan perempuan 1 bahagian.

Adapun makcik/pakcik sebelah ibu, mereka dapat kurang sikit iaitu 1/3.


Hal yang sama jika si mati hanya meninggalkan saudara-saudara lelaki dan perempuan dan tiada yang lain.

Maka saudara lelaki dapat 2/3 dan saudara perempuan dapat 1/3.

BOLEHKAH SEPUPU JADI WALI NIKAH?

Wali nikah adalah rukun kepada nikah menurut pandangan Jumhur KECUALI pandangan Imam Abu Hanifah. Wali bukanlah syarat sah kepada nikah menurtnya.

Pandangan Jumhur adalah berdasarkan hadis berikut:

 أيما امرأة نكحت بدون إذن وليها فنكاحها باطل

Dalam hadis disebutkan juga:

(لا نكاح إلا بولي ) 

رواه أبو داود (2085) والترمذي (1101) وصححه الألباني في صحيح الترمذي .


Urutan keutamaan wali-wali nikah tidak sama antara mazhab:

Bagi mazhab Syafie, urutan keutamaannya adalah seperti berikut:

  1. Bapa
  2. Datuk
  3. Ayah kepada Datuk
  4. Saudara lelaki seibu sebapa
  5. Saudara lelaki Sebapa
  6. Anak saudara lelaki seibu sebapa dan ke bawah
  7. Anak saudara lelaki sebapa dan ke bawah
  8. Pakcik sebelah bapa dan ke bawah
  9. Semua asobah*  sama macam dalam pewarisan pusaka.

*Maksud Asobah ialah kerabat lelaki sebelah bapa

*Pakcik sebelah ayah ( Disebut Ammu dalam bahasa Arab) adalah wali nikah yang muktabar. 

*Pakcik sebelah ibu (disebut Khal dalam bahasa Arab) tidak layak menjadi wali sama sekali.

  • Wali hendaklah seorang yang baligh. Tidak kisah jika umur wali lebih muda daripada yang hendak diwalikannya.
  • Jika semua wali tiada atau ada tidak tak layak disebabkan sebab-sebab syarak, barulah berpindah kepada wali Hakim.
  • Anak-anak pakcik (sebelah bapa) adalah termasuk orang yang boleh jadi wali walaupun mereka adalah dikira mahram kepada perampuan  sepupu mereka yang mahu menikah itu.
*Perlu diingat, hanya jalur pakcik sebelah bapa sahaja yang layak menjadi wali. Pakcik jalur sebelah ibu tidak sama sekali.
  • Sifat Fasiq yang ada pada wali tidak menggugurkan haknya untuk menjadi wali kecuali kefasikan yang menimbulkan mudharat kepada peempuan itu seperti dia mahu mengahwinkan perempuan dengan ornag yang fasik sepertimya.

Seorang wali tidak boleh menghalang pernikahan wanita dengan pasangan yang kufu untuknya. Jika dia menghalang, maka perbuatan itu disebut "Al'dhlu" ( العضل   ). Ia adalah diharamkan dalam agama. Firman Allah SWT:

(وَإِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَبَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا تَعْضُلُوهُنَّ أَنْ يَنْكِحْنَ أَزْوَاجَهُنَّ إِذَا تَرَاضَوْا بَيْنَهُمْ بِالْمَعْرُوفِ ذَلِكَ يُوعَظُ بِهِ مَنْ كَانَ مِنْكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكُمْ أَزْكَى لَكُمْ وَأَطْهَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ ) 
البقرة/232


Namun, soal mengatakan wali itu "'adhal" atau tidak masih persoalan subjektif. Jika berlaku khilaf dan wali tidak mahu menikahkah wanita di bawahnya, maka sebahagian fuqaha mengatakan bahawa kewlaian itu tidak boleh berpindah kepad wali yang lain berikutnya. Ia berpindah kepada wali hakim untuk menyelesaikannnya.

Ada kalangan fuqaha' menetapkan syarat dalam menuduh wali itu mu'adhol iaitu ada berlaku halangan berulangan sebanyak 3 kali:


Rujuk: Islamqa