Showing posts with label Kaedah Usul Feqah. Show all posts
Showing posts with label Kaedah Usul Feqah. Show all posts

Monday, June 22, 2026

KAEDAH: Sebab mengharamkan mak tiri dan anak tiri

 Guna kaedah di bawah:




Rumusan:

  • Menantu dengan Mertua: Haram selamanya dengan akad sahaja.

  1. Seorang lelaki kahwin dengan seorang perempuan. perempuan itu ada ibu. Bila berlaku akad sahaja, ibu perempuan itu jadi mahram selamanya dengan lelaki itu.
  2. Seorang perempuan kahwin dengan seorang lelaki. lelaki itu ada bapa. Bila berlaku akad sahaja, haramlah perempuan dengan bapa lelaki itu selamanya. 
  • Anak tiri dengan Ibu Tiri: Haram selamanya dengan akad sahaja (sebaik sahaja wanita itu sah menjadi isteri bapa).

  1. Seorang lelaki kahwin dengan seorang perempuan. Lelaki itu ada anak lelaki. Bila sudah akad, maka jadilah anak lelaki itu haram selamanya dengan isteri bapanya.
  • Anak tiri dengan Bapa Tiri: Hanya haram selamanya selepas berlaku dukhul antara bapa tiri dengan ibu kandungnya.

Seorang lelaki kahwin dengan seorang wanita yang ada anak perempuan. Bila akad nikah sahaja , tapi belum dukhul, lelaki itu belum lagi haram dengan anak tirinya itu.


Jadi, tidak semua hubungan dengan "anak tiri" memerlukan dukhul. Ia hanya syarat wajib untuk bapa tiri yang ingin melihat anak tiri perempuannya sebagai mahram, manakala untuk situasi ibu tiri, ia sudah haram sejak akad lagi.




Sunday, February 12, 2023

Berbuka dengan sengaja untuk jimak di siang hari Ramadhan.

 Sesiapa yang berjimak di siang hari ramadhan, maka atasnya kifarat. Kifaratnya ialah:

3 perkara mengikut tertib( bukan pilihan)

a) Merdekakan seornag hamba perempuan yang beriman

b) Puasa 2 bulan berturut-turut

c) Beri makan kepada 60 orang miskin.

Sekiranya seseorang itu berbuka dulu dengan tujuan berjimak, maka perbuatannya berbuka itu tidak menghalalkannya berjimak. Dengan kata lain, walaupun dia berbuka puasa lalu berjimak di siang Ramadhan, dia tetap perlu membayar kifarat. Ini berdasarkan kaedah feqah:


من استعجل الشيء قبل أوانه عوقب بحرمانه
" Sesiapa yang menyegerakan untuk sesuatu sebelum masanya, maka dia dihukum dengan terhalang untuk mendapat sesuatu itu".

Kaedah Usul Feqah di atas dipakai untuk masalah tersebut menurut Mazhab Hanafi dan Maliki. Jika berbuka dengan sengaja lalu berjimak, wajiblah kifarat. Namun, TIDAK bagi Mazhab Syafie ,Hambali dan Zahiri. Jika berbuka dahulu sebelum jimak, maka Tidak wajib kifarat.

Maka masalah feqah ini dikecualikan daripada Kaedah tersebut menurut Mazhab Syafie, Hambali dan Zohiri.

Friday, February 10, 2023

Hibah atau jual beli?

 Jika seseorang berkata kepada seseorang yang lain:

"Aku berikan baju ini kepadamu dengan harga RM25".

Maka akad yang sedemikian mahu dianggap hibah (pemberian) atau jual beli?


Penyelesaian kepada persoalan di atas tertakluk kepada satu kaedah Usul Feqah iaitu:


العبرة في العقود بالمقاصد والمعاني لا بالألفاظ والمباني



"Perkiraan dalam akad adalah apa yang dimaksudkan dan makna ucapan akad, bukan Lafaz dan susunan ucapan".

Kaedah ini adalah terbitan daripada Kaedah Umum dalam Usul Feqah iaitu:


الأمور بمقاصدها


Mazhab Hanafi dan Maliki berpandangan bahawa lafaz dan susunan kata tidak perlu dilihat dalam aqad. Apa yang perlu dilihat adalah maksud atau makna daripada lafaz aqad itu. Maka dalam hal ini, kaedah usul feqah di atas digunakan. Justeru, walaupun lafaz yang digunakan adalah "beri (hibah)" tetapi maksudnya adalah jual. Maksud tersebut dapat dipastikan dengan penyertaan lafaz "dengan harga RM25".

Pandangan yang sama juga dalam mazhab Syafie.

Sementara dalam mazhab Hambali, ada tiga pandangan:
a) Akad tersebut adalah jual beli berdasarkan makna akad itu.
b) Akad tersebut adalah akad hibah yang sah kerana hibah boleh sahaja dengan tukaran seperti sahnya ada tukaran dalam akad pinjam (ariah).
c) Akad tersebut fasad (rosak)

Maka, kaedah di atas menetapkan bahawa bila sesuatu akad diucapkan dan ada kekeliruan tentang lafaz yang digunakan, maka makna dan maksud si pengucap itu diambil kira. Jangan bergantung kepada lafaz atau terma yang digunakan.

Walaubagaimanapun, kaedah di atas ada pengecualian.

Kalau seseorang mengatakan:

" Aku jual kasut ini kepadamu TANPA SEBARANG HARGA".

Bagaimana hendak menilai akad yang diucapkan ini? Jual atau hibah? Lafaz sebut jual tetapi maknanya macam HIBAH. Kalau jual mesti ada harganya. Harga adalah rukun kepada aqad jual beli. Tiada harga tak dinamakan Jual beli! Demikian juga ia tidak boleh dinamakan sewaan (ijarah) kerana kalau sewaan,perlu ada harga sewaan.

Bagimana?

Di sisi Mazhab Hanafi, aqad sebegini adalah BATAL. Ia  TIDAK BOLEH dianggap aqad HIBAH.

Di sisi Mazhab Syafie dan Hambali akad yang sedemikian memang tidak boleh dinamakan jual beli maupun sewaan. Untuk mengatakan ianya adalah HIBAH, maka ada dua qaul kerana wujudnya pertentangan lafaz dan makna iaitu: Ianya Hibah dan BUKAN HIBAH.