Tuesday, October 18, 2022

KITAB SYAMSUL MA'ARIF...

Hari ini, aku mengajar kelas tahun 6 Jayyid. Aku ceritakan kisah nabi Musa A.s dan Bani Israil. Dari asal usulnya yang bersambung keturunan hingga nabi Irahim hingga kisah Musa dan Bani Israil di Padang Pasir Tih. Begitu panjang ceritaku sehingga habislah 3 masa yang diperuntukan untuk subjek pendidikan Al-Quran. Lalu aku buka ruang bertanya soalan buat para murid. 

Seorang murid benama HIRZI SUFI BIN ABD HALIM bertanya.

" UStaz, kenapa dikatakan jangan baca kitab Syams Al-Ma'arif , bahaya?"

Mulanya aku tidak jelas sebutannya. Lagi pula, aku tidak jangka ada soalan demikian. Itu bukan soalan level murid tahun 6. Tapi setelah aku pastikan, memang tentang kitab itulah yang ditanyanya. 

Ada unsur "wau" dalam hatiku terhadap murid itu. Masakan dia tahu tentang kitab itu. Sebuah kitab karya seorang yang bernama Syeikh Ahmad bin Ali Al-Buni, seorang tok bomoh  berasal Utara Afrika (Algeria). Dari kitab itulah terbitnya kitab seumpama Tajul Muluk Al-Murasso' yang pernah diharamkan oleh pihak JAKIM satu masa dulu. 

Aku terangkan kepada kelas tentang kitab itu kepada murid-murid kelas 6 Jayyid. Bahawa, kitab yang ditanyakan itu adalah kitab sihir. ia mengandungi ilmu-ilmu yang pelik dan ganjil dan menarik hati. namun, ia ilmu yang salah dari sudut agama Islam. Umpamanya ilmu meramal nasib dan tabiat orang berdasarkan bentuk tubuh dan apa yang ada pada tubuh. Ada juga ilmu berdasarkan isim- isim tertentu.

Selepas kelas, aku tanya kepada Hirzi di luar kelas( dah nak rehat, semua murid keluar kelas ). dari mana dia dengar nama kitab itu. Apakah ayahnya sebutkan? Atau dia dengar ustaz mana-mana sebutkan. Katanya dia terbanca di google.

Waduh....murid sekarang...

Kuingatkan internet hanya digunakan untuk hal-hal yang lagha dan tak berfaedah buat murid-murid kecil sepertinya. Rupanya, ada murid kelas tinggi sepertinya. Perkara  yang jadi bahan perbincangan orang dewasa dan ahli ilmu yang menyapa  dirinya dalam "surfing" di dunia maya.

Moga Allah tambahkan ilmunya.

Sunday, October 16, 2022

Panduan melaksanakan Umrah

 

Hukum Tawaf Wadak buat orang yang melakukan umrah

 


Tawaf Wadak adalah wajib bagi yang mengerjakan haji.

Adapun bagi yang mengerjakan umrah, ianya tidak wajib. Ini pandangan yang diittifaq oleh mazhab yang empat. 

Sementara, tiada dalil yang diriwayatkan bahawa nabi melakukannya semasa baginda melaksanakan ibadah Umrah Al-Qadha pada tahun yang ke 7 H.

Saturday, October 15, 2022

NABI IDRIS DAN ADAM

Ibn Kathir menyebutkan dalam Qisasul Ambiyaa, bahawa Idris adalah nabi terawal selepas Adam dan Syith. Dia adalah termasuk leluhur nabi Muhammad SAW dan merupakan manusia pertama yang menulis dengan Al-Qolam. Dia sempat hidup sezaman dengan Adam selama 308 tahun.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Mu'awiyah bin Al-Hakam As-Sulami, nabi SAW bersabda:

إنه كان نبى يخط به، فمن وافق خطه فذاك



"Sesungguhnya ada seorang nabi yang menulis di atas pasir, sesiapa yang menepati tulisan, maka itulah yang berlaku"



Sebahagian ulama menafsirkan bahawa nabi yang dimaksudkan itu adalah Idris.

Thursday, October 13, 2022

ADAKAH WANITA MENGANDUNG BERHAID?

 Ulama Mazhab berbeza pandangan dalam hal ini:

1) Menurut Mazhab Syafie dan Maliki, wanita mengandung boleh didatangi haid. Haid itu mungkin berlaku sekalipun pada usia kandungan telah tua dan mendekati hari hari bersalin.

Pandangan ini dipegang oleh sekumpulan kalangan Salaf termasuk Aisyah, Az Zuhri, Qatadah, Rabi'ah, Al-Laith, dan Ishak serta  satu qaul dalam mazhab Imam Ahmad dan disokong oleh Imam Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dan turut diambil oleh Syeikh Ibn Othaimin.

Faitwa Syeikh Ibn Othaimin:

قال ابن عثيمين: (الراجحُ أنَّ الحامِلَ إذا رأت الدَّمَ المطَّرِدَ الذي يأتيها على وقتِه، وشَهرِه؛ وحالِه؛ فإنَّه حيضٌ تترك من أجلِه الصلاةَ والصومَ وغير ذلك، إلا أنَّه يختلِفُ عن الحيض في غير الحَملِ بأنَّه لا عبرةَ به في العِدَّة؛ لأنَّ الحمل أقوى منه، والحيض مع الحملِ يجب التحفُّظُ فيه، وهو أنَّ المرأة إذا استمَرَّت تحيض حيضَها المعتادَ على سيرتِه التي كانت قبل الحَملِ، فإننا نحكمُ بأنَّه حيضٌ، أما لو انقطعَ عنها الدَّمُ، ثم عاد وهي حامِلٌ، فإنَّه ليس بحيضٍ) ((الشرح الممتع)) (1/470). وقال أيضًا: (بعضُ النِّساءِ قد يستمرُّ بها الحيضُ على عادته كما كان قبل الحَملِ، فيكون هذا الحيضُ مانعًا لكلِّ ما يمنَعُه حيضُ غيرِ الحامل، وموجِبًا لِما يُوجِبه، ومُسقِطًا لِما يُسقِطه، والحاصل: أنَّ الدَّمَ الذي يخرج من الحامِل على نوعين: النوع الأوَّل: نوعٌ يُحكَم بأنَّه حيضٌ، وهو الذي استمرَّ بها كما كان قبل الحملِ؛ لأنَّ ذلك دليلٌ على أنَّ الحملَ لم يؤثِّر عليه فيكون حيضًا. والنَّوع الثَّاني: دم طرأ على الحامل طروءًا؛ إمَّا بسبب حادثٍ، أو حمْلِ شيءٍ، أو سقوطٍ مِن شيء ونحوه، فهذا ليس بحيضٍ، وإنَّما هو دمُ عِرقٍ، وعلى هذا فلا يمنَعُها من الصَّلاة ولا من الصِّيام؛ فهي في حُكم الطَّاهرات). ((مجموع فتاوى ورسائل العثيمين)) (11/270، 271).



2) Menurut Mazhab Hambali dan Hanafi, wanita mengandung tidak berhaid sama sekali. 

Turut berpandangan ia bukan haid adalah sekumpulan salaf seperti Said Al-Musayyab, Al-Hasan Al-Basri, Ato', Al-Hakam bin Utaibah,Nakha'i, Sya'bi, Hammad bin Abi Sulaiman, Sulaiman bin Yasar, Nafi' maula Ibn Umar, Az-Zuhri dalam satu pandangannya, Sufyan As-Tsauri, Al-Auza'i, Abu 'Ubaid, Abi'-Tsaur dan juga pandangan Syafie dalam mazhab Al-Qadim, Ibn Munzir, Ibn Hazmin dan inilah yang diambil dan difatwakan oleh Lajnah Ad-Daimah.

قالت اللجنة الدائمة برئاسة ابن باز: (الصَّحيحُ من القولين: أنَّها لا تحيضُ أيَّام حَملِها؛ وذلك أنَّ الله سبحانه جعل من أنواع عدَّةِ المطلَّقة أن تحيضَ ثلاثَ حِيَضٍ؛ ليتبيَّن بذلك براءةُ رَحمِها من الحمْل، ولو كانت الحامِلُ تحيضُ ما صحَّ أن يُجعَلَ الحيضُ عِدَّةً لإثباتِ براءةِ الرَّحِم). ((فتاوى اللجنة الدائمة- المجموعة الأولى)) (5/392).


Lihat: Islamonline


Dalam hal mempraktiskan hukum, apa yang dipegang oleh mazhab Hanafi dan Hamabli adalah lebih menyenangkan untuk diputuskan. Seorang  wanita yang mengandung, jika melihat darah keluar, itu bukan haid. Maka dia boleh solat atau berpuasa. KECUALI jika darah itu keluar sebelum wiladah, maka ia dihukumkan sebagai darah nifas. Darah nifas mengambil hukum darah haid dalam soal tidak boleh solat, puasa, tafaf dan sebagainya.

Friday, October 7, 2022

Bolehkah melebihkan satu nabi atas nabi yang lain?

Dalam Hadis riwayat Bukhari, daripada Abu Said Al-Khudri r.a, katanya:


 جَاءَ رَجُلٌ مِنَ اليَهُودِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ لُطِمَ وَجْهُهُ ، وَقَالَ : يَا مُحَمَّدُ ، إِنَّ رَجُلًا مِنْ أَصْحَابِكَ مِنَ الأَنْصَارِ لَطَمَ فِي وَجْهِي ، قَالَ : ادْعُوهُ . فَدَعَوْهُ ، قَالَ : ( لِمَ لَطَمْتَ وَجْهَهُ ؟ ) ، قَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنِّي مَرَرْتُ بِاليَهُودِ ، فَسَمِعْتُهُ يَقُولُ : وَالَّذِي اصْطَفَى مُوسَى عَلَى البَشَرِ ، فَقُلْتُ : وَعَلَى مُحَمَّدٍ ، وَأَخَذَتْنِي غَضْبَةٌ فَلَطَمْتُهُ ، قَالَ : ( لَا تُخَيِّرُونِي مِنْ بَيْنِ الأَنْبِيَاءِ ، فَإِنَّ النَّاسَ يَصْعَقُونَ يَوْمَ القِيَامَةِ ، فَأَكُونُ أَوَّلَ مَنْ يُفِيقُ ، فَإِذَا أَنَا بِمُوسَى آخِذٌ بِقَائِمَةٍ مِنْ قَوَائِمِ العَرْشِ ، فَلَا أَدْرِي أَفَاقَ قَبْلِي أَمْ جُزِيَ بِصَعْقَةِ الطُّورِ


Dalam Saheh Ibn Majah:

قالَ رجلٌ منَ اليَهودِ بسوقِ المدينةِ ، والَّذي اصطفَى موسَى علَى البشرِ فرفعَ رجلٌ منَ الأنصارِ يدَهُ فلطمَهُ ، قالَ : تقولُ هذا وفينا رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ ؟ فذُكِرَ ذلِكَ لرسولِ اللَّهِِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ ، فقالَ : قالَ اللَّهُ عزَّ وجلَّ : وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَى فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَ ، فأَكونُ أوَّلَ مَن رفعَ رأسَهُ ، فإذا أنا بموسَى آخذٌ بقائمةٍ مِن قَوائمِ العرشِ ، فلا أدري أرفعَ رأسَهُ قَبلي ، أو كانَ ممَّنِ استثنَى اللَّهُ عزَّ وجلَّ ، ومَن قالَ : أنا خيرٌ مِن يونُسَ بنِ متَّى فقد كذبَ

الراوي : أبو هريرة | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح ابن ماجه | الصفحة أو الرقم : 3467 | خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح | التخريج : أخرجه البخاري (3416، 7428) مفرقاً مختصراً باختلاف يسير، ومسلم (2373) بنحوه مطولاً، وابن ماجه (4274) واللفظ له


Lihat apa komentar Al-Maziri (meninggal tahun 536)


 كان بعض شيوخي يقول : يحتمل أن يريد : لا تفضلوا بين أنبياء الله تفضيلا يؤدّي إلى نقص بعضهم ، وقد خرجَ الحديث على سبب ، وهو لَطم الأنصاريّ وجهَ اليهودي ، فقد يكون صلى الله عليه وسلم خاف أن يفهم من هذه الفعلة انتقاص حقّ موسى عليه السلام ، فنهى عن التّفضيل المؤدّي إلى نقص بعض الحقوق 

" انتهى من " المعلم بفوائد مسلم " (3/233) .




Apa isi kitab Zabur yang diberikan Allah kepada nabi Daud A.S?

 Firman Allah SWT:

 وآتينا داود زبوراً

" Kami telah kurniakan kepada Nabi Daud kitab Zabur".

(Surah Al-Isra': 55)


Kata Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya berhubung ayat di atas, Zabur adalah kitab yang dikurniakan kepada nabi Daud dan mengandungi 150 Surah yang tiada di dalamnya berkaitan hukum sama ada Halal atau Haram.

Wednesday, October 5, 2022

Apa maksud bila sesuatu hadis disifatkan sebagai "La Aslun Lahu"?

Istilah "La Aslun Lahu" merujuk kepada hadis-hadis yang tiada sanadnya sama sekali. 


Sebahagian ulama menggunakan istilah ini untuk menyifatkan secara lembut bahawa hadis itu adalah palsu, rekaan atas nama Nabi SAW. Hal ini banyak diaplikasikan oleh Al-Hafiz Al-Iraqi ketika mentakhrijkan hadis-hadis dalam kitab Ihya Ulumiddin. 


Kerana hadis-hadis itu tidak ditemukan sanadnya, maka istilah itulah yang dipakai. Hendak kata maudhuk, tidaklah sampai ke tahap itu secara yakin. Namun, condong kepada maudhuk lebih banyak.Maka untuk tidak sifatkan maudhuk, disifatkanlah sebagai "LA ASLUN LAHU".



Hadis-hadis La Aslun Lahu juga tidak akan dapat ditemui dalam kitab-kitab hadis termasuk kitab-kitanb Al-maudhu'at yang dikarang oleh para ulama hadis.


Adakah Tahiyyah Masjidil Haram itu Tawaf?

 Apabila orang luar yang datang ke Makkah untuk umrah atau haji, masuk masjidil haram, maka tahiyyatul masjid baginya adalah tawaf.  Adapun jika dia bukan orang yang baru datang, maka tahiyyatul masjid buatnya adalah solat dua rakaat sebagai telah disebutkan dalam hadis tentang disunatkan bila masuk masjid hendaklah solat sunat 2 rakaat sebelum duduk. Hadisnya berbunyi:

إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يصلي ركعتين

(Muttafaq alaih)


Maka, hukum hadis ini terpakai dalam semua masjid, termasuk Masjidil Haram.

Seorang ulama mazhab Hanafi bernama Al-Marghinani yang mengarang kitab bernama Al-Hidayah menyebutkan tentang tawaf sebagai tahiyyatul masjid bagi masjidil haram. 


Hadis yang dimaksudkan ialah:

تحية البيت الطواف


Seorang ulama Mazhab Hanafi dalam bidang Hadis bernama Al-Hafiz Zainuddin Az-Zaila'i ketika mentakhrijkan hadis dalam kitab Al-Hidayah memberi komentar terhadap hadis tawaf sebagai tahiyyatil masjid di masjidil Haram dengan meletakkannya sebagai "GHARIB". Lebel ini adalah terlalu berlebihan dalam menajga adab dengan pengarang kitab tadi oleh Al-hafiz  Az- Zaila'i. Seharusnya dia lebih berani menyifatkan hadis itu dengan lebih tegas dengan menyebutkannya sebagai "La Aslun Lahu" sebagaimana yang dibuat oleh Al-Iraqi ketika mentakhrijkan hadis-hadis dalam kitab Ihya Ulumiddin. Paling lembut, bahasa yang digunakan oleh Al-Iraqi ialah "Lam Ajid Lahu Aslan". Demikian ketegasan Al-Iraqi dalam menilai hadis-hadis yang tidak Tsabit dalam kitab-kitab hadis.

Lebel GHARIB yang dibuat oleh Az-Zaila'i itu menimbulkan kekeliruan kerana GHARIB dalam ilmu Mustalah Hadis adalah hadis yang diriwayatkan oleh perawi secara berseorangan. Ia juga difahami bahawa ia mungkin saheh dan mungkin daif. Padahal hadis " Tahiyyat bagi Baitullah adalah Tawaf" adalah "TIADA ASAL BAGINYA". Septutnya lebel itulah yang dipakai untuk menjelaskan status hadis yang disebutkan oleh Al-Marghinani dalamkitabnya "Al-Hidayah.

Diciplak dengan editing daripada:


Tuesday, October 4, 2022

هل يجوز إطعام الكافر أو إعطاؤه من لحم الأضحية والعقيقة؟

عند الشافعية: لا يجوز إطعام الكافر من الأضحية مطلقا كما نص عليه الشافعي رحمه الله

أما العقيقة فلم أقف لهم فيها على ترجيح، وقد توقف فيها الشيخ سليمان الجمل في حواشيه على فتح الوهاب

Jawapan Syeikh Othaimin

الجواب

العقيقة سنة مؤكدة، عن الغلام شاتان وعن الجارية شاة، تذبح في اليوم السابع، ويؤكل منها ويوزع على الأغنياء هدية وعلى الفقراء صدقة. السائل: هل يجوز أن يعطى الكافر منها ؟

الشيخ: الكافر يتصدق منها عليه إذا كان لا ينال المسلمين منه ضرر، لا منه ولا من قومه، لقوله تعالى: ﴿لا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ﴾[الممتحنة: 8] أي: لا ينهاكم عن برهم، بروهم أي: تصدقوا عليهم، ليس هناك مانع أن تبروهم وتقسطوا إليهم، فالبر إحسان، والقسط عدل: ﴿إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ﴾[الممتحنة: 8].


قالت دار الإفتاء إنه يجوز أن يعطى المضحى جزء من أضحيته لغير المسلم، لأن السنة للمضحى أن يأكل ويتصدق ويهدى منها، واستحب كثير من العلماء أن يقسمها أثلاثاً: ثلثاً للادخار والأكل، وثلثاً للصدقة، وثلثاً للإهداء، ولا بأس بإعطاء غير المسلمين منها لفقره أو قرابته أو جواره أو تأليف قلبه؛ لقوله صلى الله عليه وسلم فى حديث أسماء بنت أبى بكر الصديق المتفق عليه: ((صِلى أمك))، ومن المعلوم أن أم أسماء كانت من كفار قريش الوثنيين، وفى حديث أبى هريرة المتفق عليه: ((فى كل كبد رطبة أجر)).






Sunday, October 2, 2022

APAKAH STATUS SOLAT HADIS SUNAT TASBIH

 Solat Sunat tasbih diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan disebutkan denganbeberapa turuq yang berbeza dalam Sunan Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah: Hadisnya berbunyi:

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال للعباس : يا عماه ألا أعطيك ؟ ألا أمنحك ؟ ألا أحبوك؟ ألا أفعل بك عشر خصال إذا أنت فعلت ذلك غفر الله لك ذنبك أوله وآخره وقديمه وحديثه وخطأه وعمده وصغيره وكبيره وسره وعلانيته ، عشر خصال ، أن تصلي أربع ركعات تقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب وسورة ، فإن فرغت من القرآن قلت سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر خمس عشرة مرة ، ثم تركع فتقولها وأنت راكع عشرا ، ثم ترفع رأسك من الركوع فتقولها عشرا، ثم تهوي ساجدا فتقولها وأنت ساجد عشرا ، ثم ترفع رأسك من السجود فتقولها عشرا ، ثم تسجد فتقولها عشرا، ثم ترفع رأسك فتقولها عشرا . فذلك خمس وسبعون في كل ركعة ، تفعل ذلك في الأربع ركعات. إن استطعت أن تصليها في كل يوم مرة فافعل ، فإن لم تفعل ففي كل جمعة مرة ، فإن لم تفعل ففي كل شهر مرة ، فإن لم تفعل ففي كل سنة مرة ، فإن لم تفعل ففي عمرك مرة.


Para ulama hadis berbeza pandangan tentang hadis mengenai Solat Tasbih:

1) Jumhur Muhaqqiqin mentashihkan hadis tentangnya seperti daru Qutni, Khatib Al-Baghdadi, Abu Musa Al-Madini, Abu Bakar bin Abi Daud, Al-Hakim, As-Suyuthi, Ibn Hajar, Albani dan ramai lagi.

2) Kalangan yang mendaifkannya pula ialah Ibn Al-Jauzi, Sirajuddin Al-Qazwini, Ibn Taimiyyah, Imam Ahmad ( Kata Ibn Hajar, Imam Ahmad menarik semula hukum mentad'ifkannya)dll.

Ibn Hajar dalam jawapannya mengenai hadis ini menyatakan hadis mengenai Solat Tasbih mencapai darjat hasan disebabkan banyak turuqnya.