Hadisnya berbunyi:
مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ
"Sesiapa yang mendirikan malam (solat sunat) pada dua hari raya kerana mencari pahala daripada Allah, maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana mati segala hati"
Hadis di atas diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada Abi Umamah.
Dihukumkan daif oleh An-Nawawi dalam al-Azkar.
Dihukumkan isnadnya daif oleh Al-Iraqi ketika mentakhrijkan hadis Ihya Ulumuddin.
Ibn Hajar dalam Al-Futuhat Ar-Rabbaniyyah menyebutkan sanadnya mudhtarib dan ghorib
Albani menyebutkan dalam Daif Ibn Majah bahawa hadis ini MAUDHUK dan dalam silsilah Al-Ahadis Ad-Dhaifah , hadis ini Daif Jiddan.
At-Tabrani meriwayatkan hadis yang senada daripada Ubadah bin Somit berbunyi:
من أحيا ليلة الفطر وليلة الأضحى لم يمت قلبه يوم تموت القلوب
Sila baca : Islamqa
Rumusan tentang hadis di atas bukan bermaksud melarang menghidupkan malam hari raya. Ia adalah sunat dan digalakkan. bahkan menghidupkan setiap malam adalah juga sunat. Apa yang dibicarakan di atas cuma status hadis. Tidak boleh disandarkan hadis mengenai kepada rasulullah SAW.
No comments:
Post a Comment