Thursday, April 27, 2023

Kenapa nabi kahwini banyak janda sedangkan baginda galakkan kahwini gadis?

 Dalam hadis Saheh Bukhari riwayat Jabir bin Abdullah beliau berkata:


كُنَّا مع النبيِّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ في غَزْوَةٍ، فَلَمَّا قَفَلْنَا، كُنَّا قَرِيبًا مِنَ المَدِينَةِ، تَعَجَّلْتُ علَى بَعِيرٍ لي قَطُوفٍ، فَلَحِقَنِي رَاكِبٌ مِن خَلْفِي، فَنَخَسَ بَعِيرِي بعَنَزَةٍ كَانَتْ معهُ، فَسَارَ بَعِيرِي كَأَحْسَنِ ما أنْتَ رَاءٍ مِنَ الإبِلِ، فَالْتَفَتُّ فَإِذَا أنَا برَسولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، فَقُلتُ: يا رَسولَ اللَّهِ، إنِّي حَديثُ عَهْدٍ بعُرْسٍ، قَالَ: أتَزَوَّجْتَ؟ قُلتُ: نَعَمْ، قَالَ: أبِكْرًا أمْ ثَيِّبًا؟ قَالَ: قُلتُ: بَلْ ثَيِّبًا، قَالَ: فَهَلَّا بكْرًا تُلَاعِبُهَا وتُلَاعِبُكَ قَالَ: فَلَمَّا قَدِمْنَا ذَهَبْنَا لِنَدْخُلَ، فَقَالَ: أمْهِلُوا، حتَّى تَدْخُلُوا لَيْلًا - أيْ عِشَاءً - لِكَيْ تَمْتَشِطَ الشَّعِثَةُ، وتَسْتَحِدَّ المُغِيبَةُ.


"Kami bersama Rasulullah SAW dalam satu peperangan( fathu Makkah). Maka tatkala kami pulang dan kami telah hampir dengan Kota Madinah, aku pun segera naik untaku yang berjalan lambat. Seseorang yang menunggang di belakangku telah menjolok untaku dengan tongkat yang ada bersamanya, maka untaku pun berjalanlah dengan elok sepertimana kalaina lihat unta-unta lain berjalan. Aku menoleh ke belakang , rupa-rpanya Rasulullah SAW yang melakukannya. Lalu, aku berkata kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah , saya baru kahwin. Sabda baginda: Kamu sudah kahwin? Kataku: Ya. Sabda baginda: Anak dara atau janda? Kataku: Janda. Sabda baginda: Kenapa ak kahwin dengan anak dara? Dia akan menyeronakkan kamu dan kamu pula menyeronakkannya. Makaapabila kami hampir dan nak masuk ke Kota Madinah, baginda bersabda: Tunggu dulu, kalain semua masuk waktu malam sahaja supaya isteri-isteri yang kusut dapat mengemaskan rambut mereka dan bercukur bulu ari-ari".


Dalam hadis di atas, Rasulullah menggesa agar didahulukan memilih anak dara sebagai isteri kerana anak dara akan menghiburkan setulusnya suaminya. Dia belum pernah punya memori dengan lelaki lain seperti para janda. Lalu, sepenuh kesukaannya buat suaminya sahaja. 

Persoalannya., bukankah isteri-isteri Rasulullah semuanya janda kecuali Aisyah? Baginda sudarh ornag menikah dengan anak dara tapi baginda menikah dengan ramai janda. Anak dara seorang sahaja. Itulah Aisyah. 

Kenapa? Cakap lain buat lain...apa sebab?

Perkara ini dijawab oleh Al-Imam Badruddin Az-Zakrkasyi dalam kitabnya yang bernama Al-Ijabah Li Iradi Mastadrakathu Aisyah 'Ala As-Sohabah, ms 17. Kata beliau ada 4 jawapan:

1) Rasulullah SAW ingin meminimakan keseronokan dan sifat berlazat-lazat dengan perkahwinan.
2) Memperbanyakkan serta meperluaskan hukum hakam kerana para janda lebih faham dan kurnag malu untuk menyampaikan hal-hal dalaman yang melibatkan hukum hakam buat khalayak.
3) Menutup kekurangan mereka lantara telah hilang kegadisan mereka.
4) Mengangkat dan mengistimewakan Aisyah berbanding yang lain. Sebab itu dia seorang sahaja anak dara dan yang lain tidak.


Sunday, April 9, 2023

HUKUM PUASA RAMADHAN BILA BILAL SILAP AZAN.

Baru-baru ini, berlaku kesilapan dis ebuah masjid bila bilal azab maghrib terawal 2 minit. Lalu, pengerusi masjid mengambil tangungjawab membuat permohonan maaf dan memaklumkan mengenai kes tersebut. Sekaligus, dia meminta orang ramai yang berbuka puasa berdasarkan azan bilal yang silap itu mengqadha puasanya. 

Mungkin ada yang berpendapat bahawa puasa hari itu tidak perlu diqadhakan. Namun, apa yang pengerusi masjid itu maklumkan ada asasnya dalam mazhab Syafie.

Rujuk A-Umm 7/74:


 قال الشافعي في الأم: وإذا تسحر بعد الفجر وهو لا يعلم، أو أفطر قبل الليل وهو لا يعلم، فليس بصائم في ذلك اليوم، وعليه بدله.... 7/74


Baca: Islamweb


Namun, ada pandangan ulama yang mengatakan tidak perlu diqodhakan puasa yang sedemikian:


وذهب بعض أهل العلم إلى صحة الصوم حينئذ ، وعدم لزوم القضاء ، وهو مروي عن مجاهد والحسن ، وقال به إسحاق وأحمد في رواية ، والمزني وابن خزيمة ، واختاره شيخ الإسلام ابن تيمية ، ورجحه الشيخ ابن عثيمين رحمهم الله جميعا .

انظر : "فتح الباري" (4/200) ، "مجموع الفتاوى لشيخ الإسلام" (25/231) ، "الشرح الممتع" (6/402- 408) .


Pandangan ini berdasarkan hadis dalam Saheh Bukhari( No Hadis 1959):


عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ فَاطِمَةَ عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَتْ : أَفْطَرْنَا عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ غَيْمٍ ثُمَّ طَلَعَتْ الشَّمْسُ . قِيلَ لِهِشَامٍ : فَأُمِرُوا بِالْقَضَاءِ ؟ قَالَ : لا بُدَّ مِنْ قَضَاءٍ . وَقَالَ مَعْمَرٌ : سَمِعْتُ هِشَامًا يقول : لا أَدْرِي أَقَضَوْا أَمْ لا ؟


Perkataan Hisyam itu menjadi dalil bahawa tiada perintah jelas untuk mengqadhakannya.


Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dalam Majmuk Alfatawa  menyebutkan:


 وهذا يدل على أنه لا يجب القضاء ، فإن النبي صلى الله عليه وسلم لو أمرهم بالقضاء لشاع ذلك كما نقل فطرهم ، فلما لم ينقل ذلك دل على أنه لم يأمرهم به . فإن قيل : فقد قيل : لهشام بن عروة : أمروا بالقضاء ؟ قال : أو بد من القضاء ؟ قيل : هشام قال ذلك برأيه ، لم يرو ذلك في الحديث ، ويدل على أنه لم يكن عنده بذلك علم : أن معمراً روى عنه قال : سمعت هشاماً قال : لا أدري أقضوا أم لا ؟ ذكر هذا عنه البخاري . وقد نقل هشام عن أبيه عروة أنهم لم يؤمروا بالقضاء ، وعروة أعلم من ابنه 


Rujuk:Islamqa

Friday, April 7, 2023

Beza antara "am" dan "Au"

 Am dan au boleh diertikan dengan maknan "atau". Namun, dalam bahasa Arab, dua kalimah ini ada beza. Bezanya ialah:

Am (  أم ) digunakan untuk:

1) Ta'yim

Misal:

﴿أَأَنتُمْ تَخْلُقُونَهُ أَمْ نَحْنُ الْخَالِقُونَ ﴾الواقعة:59

2) Taswiyyah (menyamakan)-Syaratnya hendaklah disebut selepas kalimah "sawa' "

Misal:

﴿وَسَوَاء عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ يس:10


Adapun "au" ( أو   ) ia mempunyai beberapa makna antaranya:

1) Takhir
Misal:

تزوج إحدى ابنتيَّ: زينبَ أو فاطمةَ.


2) Syak
Misal:
﴿قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلِ اللَّهُ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَى هُدًى أَوْ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ ﴾ سبأ:24

3) Ibham 

Misal:

أسافر يوم الخميس أو يوم الجمعة.

4) Taqsim (Bahagian)

Misal:

الكلمة: اسم أو فعل أو حرف أو خالفة .


5) Al-Ibahah


وَلَا عَلَى أَنفُسِكُمْ أَن تَأْكُلُوا مِن بُيُوتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ آبَائِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أُمَّهَاتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ إِخْوَانِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أَخَوَاتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أَعْمَامِكُمْ أَوْ بُيُوتِ عَمَّاتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أَخْوَالِكُمْ أَوْ بُيُوتِ خَالَاتِكُمْ أَوْ مَا مَلَكْتُم مَّفَاتِحَهُ أَوْ صَدِيقِكُمْ النور:61


6) Al-Adhrab
Misal: Kata penyair:
كانوا ثمانين أو زادوا ثمانيةً                       لولا رجاؤك قد قتّلت أولادي





PERBEZAAN ANTARA ATTIBAQ DAN MUQABALAH

At-Tibaq dan Muqabalah adalah dua istilah dalam ilmul bayan wal badi'.

Makna At-Tibaq ialah menyebutkan satu perkataan dengan lawannya dalam satu ayat. Umpamanya:

(هو الأول والآخر)-Isim

(هو أضحك وأبكى)-Fe'el

(يوم لك، ويوم عليك).-Huruf


Adapun muqabalah ialah menyebutkan dua perkataan atau lebih yang sama pada maknanya , lalu kemudian menyusul dua perkataan atau lebih yang berlawanan dengan dengan makna tersebut.


Contoh:

إذا كان الكلام من فضة فالسكوت من ذهب
"Jika berkata-kata itu laksana perak, maka diam itu laksana emas"

Bekata-kata dan perak adalah dua perkataan yang berkongsi pada maknanya itu bernilai. Maka diam adalah perkataan yang berlawanan dengan berkata-kata. Dia dan emas berkongsi pada makna iaitu lebih mahal.

Demikianlah juga dalam contoh di bawah:


ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث

Maka , At-tibaq itu adalah perkataan mufrad yang disebut bersama mufrad lain yang menjadi kata lawannya. 

Bacaan tambahan: