Showing posts with label Feqah. Show all posts
Showing posts with label Feqah. Show all posts

Sunday, April 26, 2026

Situasi perlumbaan dan bagaimana jadi haram?

 Sesuatu perlumbaan ada beberapa situasi.

1) Dua pihak atau lebih bertanding untuk merebut satu kejohanan. Hadiah atau tawaran hanya dikeluarkan oleh satu pihak yang mencababar para pesaing. Keadaan ini halal  dan ulama sepakat kehalalannya.

2) Ada pihak lain yang mengeluarkan hadiah bagi pemenang. Pihak lain itu tidak masuk pertandingan. Keadaan ini juga halal dan ittifaq ulama atas kehalalanya.

3) Pihak yang bertanding letak pertaruhan. Siapa yang menang akan ambil semua pertaruhanitu. Kaedah ini ditoloh oleh Jumhur ulama dan meletakkannya dalam kategori perjudian yang diharamkan.

4) Memasukkan MUHALLIL dalam perlumbaan. Muhallil tidak meletakkan sebarang pertaruhan. Jika dia menang dia mabil hadiah. Jika dia kalah,dia tidak kehilangan apa-apa. Namun, Muhallil hendaklah disyaratkan Kufu denganpihak2 bertanding yang letakkan pertaruhan.

Berikut adalah syarat-syarat MUHALLIL:

1) Dia masuk dalam pertandingan

2) Dia adalah orang yang ada kelayakan (Kafa'ah)

3) Dia tak bayar apa2

4) Ketelibatannya dalam pertandingan adalah sebenarnya dan bukan lakunan


Pandangan mengenai keharusan memasukkan muhallil dalam perlumbaan adalah diambil daripada pandangan Sa'id bin Al-Musayyab. Demikian kata Ibn Qayyim . Pendapat Jumhur Mazhab  dari Hanafi, Syafie, Hambali dan Zahiri bersetuju dengan pandangan ini.

Ibn Qayyim sendiri sependapat dengan gurunya Ibn Taimiyyah bahawa perlumbaan yang melibatkan pertaruhan tidak memerlukan muhallil untuk mengharuskannya. Tiada hadis yang saheh menyebutkannya. Dengan kata lain, jika para peserta perlumbaan meletakkan pertaruhan dan yang menang mendapatkannya, ia adalah harus. 

Namun, pandangan Jumhur adalah mlenih Ahwat (selamat)

Friday, April 3, 2026

FIDYAH SOLAT

 Sebahagian ulama mengqiaskan solat dengan puasa. Maka dibuat hukum sesiapa yang meninggalkan solat maka digantikan setiap solat fardhunya itu satu cupak makanan (ruji). 

Gantikan solat fardhu dengan setengah cupak disebetkan oleh As-Sarkhasi dalam Al-Mabsut.

As-Sarkhasi adalah seorang imam dalam Mazhab Hanafi (Meningga l: 490H). Nama penuhnya adalah Muhammad bin Ahmad bin Abi Sahal As-Sarkhasi Al-Khazraji. Nisbah kedapa Sarkhas, nama sebuah bandar dalam negeri Iran hari ini iaitu Sarakhas atau Sarkhas. Ia terletak diperbatasan dengan Negeri Turkministan. Dulu kota ini berada dalam wilayah yang disebut Khurasan. Ibn Solah kata sebutan fathah ra adalah sebutan Parsi manakala sebutan sukun ra adalah sebutan Arab.

Seorang tokoh ulama Mazhab Hanafi yang lain bernama Abu Bakar Al-Ibadi dalam kitabnya Al-Jauharatun Nirah  juga menyebutkan bahawa fidyah solat adalah dikiaskan dengan fidyah puasa.

Pandangan dalam mazhab Syafie dikemukakan oleh Ad-Dimyati As-Syafie dalam Hasyiah I'anatut Tolibin  menolak adanya fidyah solat.

* Ad-Dimyati As-Syafie nama sebenarnya ialah Syarafuddin Abdul Mukmin bin Khalafbin Abi Al-Hasan bin Syaraf bin Al-Khidr bin Musa. (613H-705H). Beliau lahir di desa Tunah dalam Kota Dimyat yang terletak di Utara Mesir

Bab ini disebutkan dalam feqah sebaga "isqatus solat". Yakni gugur kefardguan solat dengan digantikan fidyah beri makan (fit'am). Islamonline.com membuat catatan bahawa amalan ini dikemukakann oleh kalangan ulama hanafiyyah dan tiada dalil yang boleh disandarkan untuk melegitimasikannya. Kalau pun ada, hanya atas jalan Qias dengan puasa. Jumhur ulama menolak konsep isqatus solat.

Ada hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas berbunyi:



 لا يصلي أحد عن أحد ولا يصوم أحد عن أحد؛ ولكن يطعم عنه مكان كل يوم مدا من حنطة.

( Hadis mauquf kepasda Ibn Abbas riwayat dalam An-Nasa'i Sunan Al-Kubra)


Imam Bukhari meriwayatkan hadis bahawa Ibn Umar pernah didatangi seorang wanita yang menyatakan bahawa ibunya bernazar untuk ke masjid Quba' berjalan dan menunaikan solat di sana. Maka Ibn Umar mengatakan : "Solatkanlah untuknya (di sana)"  

Ibn Syaibah meriwayatkan dengan sanad yang saheh bahawa seorang wanita menceritakan ibu bernazar untuk solat sunat di masjid Quba' , maka Ibn Abbas menfatwakan buat si  anak ganti solat untuknya.

Imam Malik juga menyebutkan perakara yang sama dalam Muwatto'

Ada sesetengah Tabi'in dan ulama Saslaf mengharuskan solat ganti buat si mati dengan mengkiaskan dengan doa, sedekah dan haji.

Riwayat-riwayat di atas menunjukkan bahawa dakwaan Ijmak bahawa TIDAK BOLEH GANTI SOLAT sebagaimana dikatakan oleh Ibn Al-battol adalah tertolak.

Jumhur ulama yang berpegang bahawa tiada solat ganti buat si mati dan riwayatkan yang menyandarkan perbuatan itu kepada fatwa Ibn Umar dan Ibn Abbas tertolak kerana ada juga riwayat daripada mereka yang berlawanan. 

Imam Malik dalam Al-Muwatto' juga meriwayatkan perkataan Ibn Umar:

لا يُصلِّي أحد عن أحد، ولا يصوم أحدٌ عن أحد


An-nasa'i juga meriwayatkan yang sama daripada Ibn Abbas.

Maka athar yang mauquf ini tidak boleh jadi dalil kerana mudhtarib(Tak Konsisten)

Ada upaya kalangan ulama mengharmonikan riwayat-riwayat yang berlaga ini dengan mengatakan:

a) Harus ganti solat yang sunat, adapun yang fardhu tidak boleh.

b) Ibn Hajar pula menyatukan riwayat itu dengan mangatakan tidak harus ganti solat ornag masih hidup dan jika sudah mati, haruslah gantikannya. (Lihat Nailul Authar, Jil 9 Ms 155)














Friday, November 14, 2025

Takbir intiqalat makmum masbuq

 Masalah makmum Masbuk.

Bila Makmum masbuk bertakbiratul ihram sedangkan imam tengah sujud, maka hendaklah makmum itu turun sujud. Timbul khilaf kalangan ulama , apakah perlu makmum itu mengucapkan takbir intiqalat.

Kalangan ulama ada yang mengatakan makmum itu hendaklah takbir intiqalat jika imamnya tengah rukuk atau suyjud tetapi tidak ucapkan takbir intiqalat jika imamnya tengah duduk.

Ada kalangan ulama yang mengatakan tidak perlu takbir intiqalat kecuali jika imam tengah rukuk, Kalau imam tengah sujud, iktidal, duduk antara dua sujud atau tahiyyat....TAK PERLU takbir intiqalat. Ini adalah pandangan MAZHAB SYAFIE. Disebutkan oleh Khatib As-Syarbini dalam Mughni Al-Muhtaj:


( و) الأصح ( أن من أدركه) أي الإمام ( في السجدة) من سجدتي الصلاة أو جلوس بينهما أو تشهد أول أو ثان ( لم يكبر للانتقال إليها ) أي السجدة ولا إلى ما ذكر معها، لأن ذلك غير محسوب له ولا موافقته للإمام في الانتقال إليه، بخلاف الركوع فإنه محسوب له وبخلاف ما إذا انتقل بعد ذلك مع الإمام من السجود أو غيره فإنه يكبر موافقة للإمام في الانتقال إليه.

Mafhum dari kata Khatib adalah makmum masbuk tidak perlu takbir intiqalat jika imam tengah berada dalam posisi sujud atau duduk. Buat apa nak takbir itiqalat kerana posisi itu tidak diperolehi oleh makmum. Lain halnya jika imam tengah rukuk. Makmum takbir intiqalat kerana rukuk itu dikira dapat oleh makmum. Adapun selepas sujud, makmum itu takbirlah intiqalat mengikut imam walau pun sujud itu dia tidak dapat dalam solatnya.

Monday, September 15, 2025

WUDUK SELEPAS MANDI JUNUB

 Perkara dikhilafkan di kalangan  fuqaha.

Ada pandangan menyatakan bahawa mandi junub itu mengangkat hadas besar dan kecil. Maka tidak perlu lagi mengambil wuduk selepas mandi. Mandi itu itu sudah cukup dan boleh melaksanakan solat selepasnya tanpa pelu berwuduk semula. 

Pandangan ini berdalilkan hadis yang diriwayatkan Ibn Majah (No 579):

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ:‌كَانَ ‌رَسُولُ ‌اللَّهِ ‌صَلَّى ‌اللهُ ‌عَلَيْهِ ‌وَسَلَّمَ لَا ‌يَتَوَضَّأُ ‌بَعْدَ ‌الْغُسْلِ مِنَ الْجَنَابَةِ


Namun, seharusnya hadis ini dibaca bersama hadis mengenai sifat manji janabah Rasulullah SAW . Walaupun mengatakan cukup dengan mandi janabah itu untuk menggantikan wuduk, Syeikh Bin Baz sendiri mengatakan lebih sempurna kalau mandi junub sebagaimana perlakuan Rasulullah SAW iaitu memulakan dengan membasuh kemaluan  dan sekitarnya dan dikuti dengan mengambil wuduk solat. Selepas itu barulah baginda mandi dengan meratakan air ke seluruh tubuh dengan niat mengangkat hadas besar. 

Kalau nak memadai dengan mandi sahaja tanpa wuduk selepasnya untuk solat, maka sebaiknya lakukan sebagaimana Rasulullah lakukan.

Rujuk fatwa: Fatwa Bin Baz

Dalam Mazhab Syafie juga ada pandangan membolehkan mandi janabah itu mengangkat hadas kecil sekali. Al-Mawardi dalam Al-Hawi Al-Kabir (Juz 1, Ms 95) menyebutkan: 

فلو كان به حدثان أصغر وأكبر فاغتسل فنوى رفع الحدث  فقد اختلف أصحابنا في الحدث الأصغر هل يسقط حكمه بالحدث الأكبر ؟ على وجهين :

أحدهما : قد سقط حكمه ، فعلى هذا يجزئه غسله عن حدثه الأكبر .

والوجه الثاني : أنه لا يسقط حدثه الأصغر ، فعلى هذا لا يجزئه غسله من واحد من الحدثين لامتيازهما ، وإن أطلق النية يحتمل التشريك بينهما ، فلو عين النية فنوى غسل [ ص: 95 ] الجنابة أو كانت امرأة فنوت غسل الحيض أجزأهما ذلك ، فلو كان جنبا فنوى رفع الحدث الأصغر  لم يجزه ، وإن كان محدثا فنوى رفع الحدث الأكبر  أجزأه ، لأنه يصح أن يرفع الأدنى بالأعلى ، ولا يصح أن يرفع الأعلى بالأدنى .


Secara peribadi saya rasa lebih tenang untuk mengambil wuduk semula selepas mandi janabah. Sungguhpun ada pandangan menyebutkan tak perlu, timbul syubhat untuk memastikan tidak berlakunya hadas kecil semasa mandi junub seperti kencing atau sentuh kemaluan. Jika boleh jaga tertib mandi junub seperti nabi iaiotu bash kemaluan dulu, kemudian wuduk dan setelah itu baru mandi, maka bolehlah untuk tak berwuduk lagi. Kalau tidak , baik berwuduk semula.


Catatan hukum:

Hukum sentuh zakar atau faraj, adakah batal wuduk.

Maksud sentuh itu adalah tidak berlapik. Kalau berlapik, tiada isu.

Masalah ini ada khilaf kalangan fuqaha. Ada 3 pandangan:

  1. Pandangan Syafie: Batal
  2. Pandangan Abu Hanifah: Tidak Batal
  3. Pandangan Ahmad dan Malik: Batal wuduk kalau sentuh dengan syahwat.

Maka mengikut pandangan Jumhur ulama. dalam kes seperti ibu menyentuh zakar atau waraj anaknya ketika menyucikan najis mereka, tukar lampin dan seumpamanya, ia tidak membatalkan wuduk. Ini pandangan Hambali dan juga Maliki. Di tambah pula pandangan Hanafi yang mengatakan tidka batal sama sekali. Mazhab syafie sahaja kata batal wuduk, namun itupun kalau sentuh dengan tapak tangan. Kalau sentuh dengan belakang tangan, tak batal wuduk.




















Thursday, September 4, 2025

Makmum mendahului Imam dalam solat berjemaah

 Masa solat berjemaah, kekadang makmum mendahului imam dalam pergerakannya. Apakah hukumnya?

Para fuqaha mempunyai pandangan yang berbeza dalam hal ini.  Namun tulisan ini akan menfokuskan kepada padangan dalam feqah syafie.

Pada dasarnya telah disebutkan dalam hadis mengenai hall ini yang duifahamkan jumhur mengenai batlnya solat jika makmun mendahuklui imam.

أيها الناس، إنى إمامكم فلا تسبقونى بالركوع ولا بالسجود ولا بالقيام ولا بالقعود ولا بالانصراف

(hadis riwayat Ahmad dan juga Muslim)

Demikian disebutkan dalam Saheh Bukhari dan Muslim (Muttafaq Alaih) satu hadis:

(إنما جعل الإمام ليؤتم به، فلا تختلفوا عليه، فإذا كبر فكبروا، وإذا ركع فاركعوا، وإذا قال سمع الله لمن حمده فقولوا: اللهم ربنا لك الحمد، وإذا سجد فاسجدوا..)

Dalam Mazhab Syafie, makmum mendahului imam tanpa uzur dua rukun fi'li, baru batal solatnya.

قال في المنهاج في الفقه الشافعي: ولو تقدم بفعل كركوع وسجود إن كان بركنين بطلت، وإلا فلا، وقيل: تبطل بركن. 


قال الشربيني في مغني المحتاج إلى معرفة ألفاظ المنهاج: وإلا بأن كان التقدم بأقل من ركنين سواء أكان بركن أم بأقل أم بأكثر (فلا) تبطل صلاته لقلة المخالفة ولو تعمد السبق به لأنه يسير كعكسه، وله انتظاره فيما سبقه به كأن ركع قبله، والرجوع إليه مستحب ليركع معه إن تعمد السبق جبراً لما فاته، فإن سها به تخير بين الانتظار والعود، والسبق بركن عمداً -كأن ركع ورفع والإمام قائم- حرام لخبر مسلم: لا تبادروا الإمام: إذا كبر فكبروا وإذا ركع فاركعوا. وفي رواية صحيحة رواها الشيخان: أما يخشى الذي يرفع رأسه قبل رأس الإمام أن يحول الله رأسه رأس حمار


Mendahului imam dalam rukun feeli dengan sengaja tidak membatalkan solat di sisi mazhab 4. Mazhab Ibn Hazmin Az-Zahari kata batal.

Cuma dalam mazhab hambali, perbuatan itu dibilang sebagai dosa dan makmum itu wajib kembali lakukan rukun yang dia buat mendahuli imam itu semula selepas imamnya. Jika tidak buat demikian, barulah hukumnya batal solat itu.


* Di sisi Mazhab Syafie, bila makmum mendahului imam dua rukun feeli, sama ada sengaja ataui tidak, batallah solatnya.
* Jika mendahului imam satu rukun, tidak batal solat namun sunat ia kembali  jika sengaja mendahului. Jika tidak sengaja, maka diberi pilihan  samada untuk kekal atau kembali kepada rukun yang sedang imam berada.

Rujuk Fathul Mu'in bi Syarh Qurrratul Ain Bi Muhimmati Ad-din  oleh Zainuddin Ma'bari

( Zainuddin Ma'bari/ Malibari adalah seorang ulama feqah Syafie berasald dari tanah India selatan iaitu daerah Malibari. Nama penuhnya ialah Abu Yahya Zainuddin bin Ali bin Ahmad Al-Ma'bari Al-Malibari. Beliau lahir pada tahun 872H dan wafat tahun 928H bersamaan tahun Masihi 1467 dan 1522)
-Inggeris mula tiba di India pada tahun 1608.






Thursday, June 5, 2025

Korban Nazar

 Orang-orang ada menyebut bahawa jika seseornag berkorban kerana nazar, maka haramlah dia makan daging korban itu.

Bagaimana penjelasannya?


Ada dia situasi:

1) Yang bernazar itu menentukan kepada siapa daging korbannya. Umpamanya dia tentukan untuk orang faqir dan miskin, maka wajiblah semua daging korban itu kepada mereka yang dia tentukan. Haramlah dia makan.


2) Yang bernazar tidak tentukan. Dia cuma nazar nak korban. Maka dalam situasi ini ada perbahasan ulama:


a) Menurut Mazhab Hanafi, tua korban nazar haram menjamah dahng korban nazarnya dan daging korban nazar itu keseluruhannya hendaklah diberikan kepada faqir dan miskin. Tidak boleh juga kepada orang yang kaya.


b) Menurut Malikiyyah, orang yang buat korban nazar boleh makan daging korban nazarnya kecuali jika tuan nazar ityu menentukan dagingnya hanya untuk faqir miskin (spt dlm situsi pertama)

c) Mazhab Syafie pula menegaskan keharaman makan daging korban bagi yang bernazar atasnya.

Darul Ifta




Bila nak mula takbir Aidil Adha?

Dalam Fatwa Al-Misriyyah disebutkan bahawa Takbir Sempena Aidil Adha itu bermula daripada Terbit Fajar Hari Arafah (9 Zulhijjah dan berlangsung hingga tenggelam matahari hari terakhir Tasyriq (13 Zulhijjah). Dalam tempoh ini, kita disunatkan untuk bertakbir setiap usai solat khususnya solat berjemaah. Takbir yang dimaksudkan di sini dinamakan Takbir Muqayyad. Takbir ini dikaitkan dengan solat. Selepas solat jemaah, takbir.

Ada sejenis lagi takbir yang dinamakan Takbir Mursal atau disebut juga Takbir Mutlaq. Ia tidak mengikut aktiviti solat. Ia dilantunkan di mana-mana sahaja yang sesuai dalam apa-apa acara. Umpamanya masa berkumpul, di pasar, di majlis kenduri kendara dan sebagainya. Bila masanya? Takbir yang semaca ini bermula daripada terbit fajar 1 Zulhijjah dan berlangsung hingga habis hari tasyriq.

Demikianlah hukum takbir raya Aidil Adha....

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 203:

وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ

Al-Qurtubi dalam tafsirnya ketika menafsirkan ayat 28 Surah Al-Hajj:

 لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ

  • Hari-hari "maklumat" itu adalah hari-hari Usyur iaitu 1 hingga 10 Zulhijjah sementara hari-hari Ma'dudat pula adalah 3 hari tasyriq. Pandangan itu disandarkan kepada Ibn Abbas dan merupakan Qaul Jumhur.

Tuesday, June 3, 2025

Apa yang diucapkan semasa menyembelih Qurban?

Pada dasarnya, ketika hendak menyembelih binatang, hendaklah menyebut nama Allah dengan kata "bismillah".
 Bagi yang menyembelih Qurban, dia boleh menyebut tambahan seperti berikut"

اللهم إنها منك ولك هذه 

Sunnah Nabi, ketika menyembelih Qurban , baginda menyebutkan:

باسم الله والله أكبر

Jika bacakan ayat berikut, pun elok:

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (162)

Atau boleh juga bacakan doa ini:

 اللهم تقبل من فلان 


Apa yang menjadi syarat sahnya sembelihan Qurban adalah niat dalam hati oleh peserta Qurban. Lafaz yang dinayatakan di atas tidak wajib.

Adapun waktu niat Qurban itu, ulama berkhilaf. Ada yang kata masa beli binatang Qurban itu adalah masa dikira niatnya dan ada yang kata masa nak sembelih Qurban atau semasa sembelih.

Kata Imam As-Suyuthi dalam Al-Asybah Wan Nazo-ir MS24:


نية الأضحية يجوز تقديمها على الذبح، ولا يجب اقترانها في الأصح




Wednesday, September 25, 2024

Zakat atas perhiasan

Apa yang kita difahamkan, perhiasan emas dan perak yang dipakai oleh wanita, tidak diwajibkan zakat. Maka, atas kefahaman ini, seseorang wanita yang menyimpan banyak perhiasan emas dan perak menjadikan perhiasan itu dipakai sebelum habuis haulnya. Zdengan cara itu tidak diwajibkan zakat atasnya. 
Hukum tidak wajib zakat buat perhiasan yang dipakai adalah pandangan Jumhur Ulama kecuali  mazhab Abu Hanifah.

Di sisi mazhab Abu hanifah, kendatipun perhiasan emas dan perak itu di badan wanita dan dipakai sebagai perhiasan, apabila cukup haul dan nisabnya, maka wajiblah dikeluarkan zakat.  Pandangan Abu hanifah ini berdasarkan umum ayat 24 Surah At-taubah dan sebuah hadis yang meriwayatkan ancaman nabi atas seorang wnaita yang datang bertemu baginda bersama anak perempuannya sedangkan di tangan anaknya itu ada gelang emas.

Rujuk Artikal: Shamela

Justeru, sekalipun Jumhur mengatakan tidak wajib zakat, namun keluar dari khilaf adalah aula dan ahwat. Mengamalkan pandangan mazhab Abu Hanifah adalah lebih selamat. Justeru, bagai wanita yang menimbunkan perhiasan emas dan perak lalu tidak memakainya untuk  larid ari zakat, katakan kepadanya bahawa zakat emas dan perak itu wajib atasnya!

Saturday, September 14, 2024

HUKUM BERKAITAN BUAH-BUAHN DI DUSUN ORANG

 Sememangnya Islam amat mementingkan kehalalan dalam soal makan minum. Salah satu di antara daruriyat yang lima ialah menjaga harta. Oleh kerana itu, harta seorang yang lain tidak halal kita ambil dengan cara yang salah. ISlam menjaga hartanya dan melarang kita makan melainkan dengan keizinannnya atau ada kemudaratan syarak yang membenarkannya.

Sabda Nabi SAW:

لا يحل مال امرئ مسلم إلا بطيب نفس منه


Dalam hadis Muslim, Nabi SAW direkodkan bersabda:

كل المسلم على المسلم حرام دمه وماله وعرضه


Namun, ada pengecualian kes yang mana agama membenarkan makan tanpa izin harta orang lain iaitu:

1) Buahan-buahan kepunyaan orang setelah memanggil tuannya tiga kali untuk minta izin.

2) Susu ternakan yang telah dipanggil tuannya 3 kali tetapi tidak menyahut.

Ini dinyatakan dalam hadis Nabi SAW riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah, bahawa Nabi SAW bersabda:

إذا أتى أحدكم حائطاً فأراد أن يأكل فليناد: يا صاحب الحائط ثلاثاً فإن أجابه وإلا فليأكل، وإذا مر أحدكم بإبل فأراد أن يشرب من ألبانها فليناد يا صاحب الإبل أو يا راعي الإبل فإن أجاب وإلا فليشرب...

Jika salah seorang di antara kamu mendatangi sebuah tembok dan hendak makan, hendaklah dia berseru: Wahai pemilik tembok itu tiga kali jika dia menjawab, jika tidak maka hendaklah dia makan dan jika salah seorang daripada kamu melewati unta lalu ingin minum dari susunya , hendaklah dia memanggil: Wahai pemilik unta atau Wahai pengembala unta Jika dia menjawab, jika tidak, hendaklah dia minum...

Hadis ini menggambarkan mengenai keharusan makan buah daripada pokok orang lain dengan syarat meminta izin. Jika perlu makan buah itu dan tuan tak ada, maka panggil tuannya 3 kali. Jika dia tidak menyahut, maka dibenarkan makan sekadarnya serta tidak bolejh bawa bersama dalam bekas. Dalam hadis disebut tak boleh isi dalam baju (yang dijadikan bekas).

Kekebenaran seperti dinyatakan dalam hadis tertatakluik kepada situasi hajat. Ertinya jika pun tidak mendapat kebenaran, dari segi hukum makan buah-buahan atau minum susu ternakan yang tuannya tidak ditemui untuk minta izin , adalah halal. Syaratnya dia hendaklah memanggil tuannya 3 kali.

Sumber: Dorar

Jika pokok buahan berada dalam kawasan berpagar maka haramlah menggapainya. Jika tiada pagar, maka halal dimakan tanpa mengambilnya isi dalam bekas.

Hal ini disebutkan oleh Imam Ahmad sebagaimana dinukilkan Ibn Qidamah dalam Al-Mughni:

 إذا لم يكن عليها حائط , يأكل إذا كان جائعا , وإذا لم يكن جائعا , فلا يأكل . وقال : قد فعله غير واحد من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم ولكن إذا كان عليه حائط , لم يأكل ; لأنه قد صار شبه الحريم ... وروي عن أبي زينب التيمي , قال : سافرت مع أنس بن مالك وعبد الرحمن بن سمرة وأبي بردة , فكانوا يمرون بالثمار , فيأكلون في أفواههم . وهو قول عمر وابن عباس وأبي بردة . قال عمر : يأكل , ولا يتخذ خبنة . وروي عن أحمد أنه قال : يأكل مما تحت الشجر , وإذا لم يكن تحت الشجر فلا يأكل ثمار الناس , وهو غني عنه . ولا يضرب بحجر , ولا يرمي ; لأن هذا يفسد ......

Jika tidak ada dinding di atasnya, dia makan jika dia lapar, dan jika dia tidak lapar, dia tidak makan. Dia berkata: Lebih daripada salah seorang sahabat Nabi s.a.w. melakukan ini, tetapi jika ada dinding di atasnya, dia tidak akan makan. Kerana ia telah menjadi seperti harem... Diriwayatkan dari Abu Zainab al-Taymi, dia berkata: Aku bermusafir bersama Anas bin Malik, Abd al-Rahman bin Samra, dan Abu Burdah, dan mereka pernah melaluinya. buah-buahan, dan mereka akan memakannya di dalam mulut mereka. Ini adalah perkataan Omar, Ibnu Abbas, dan Abu Burdah. Umar berkata: Dia makan, tetapi tidak mengambil isi dalam bekas.Diriwayatkan daripada Ahmad bahawa dia berkata: Dia makan dari apa yang ada di bawah pokok, dan jika tidak di bawah pohon, dia tidak makan buah orang, dan dia tidak memerlukannya. Dia tidak memukul batu atau membaling batu. Kerana ini merosakkan...






























Friday, September 13, 2024

Qadha solat Sunat Subuh

Kelebihan Solat Sunat sebelum Subuh telah masyhur. Terdapat hadis riwayat Saidatina Aisyah bahawa nabi SAW bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Dua rakaat subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya
( Soheh Muslim)


Solat sunat Subuh itu disunatkan ringan. Bacaan yang disunatkan selepas fatihah rakaat pertama dan kedua adalah Surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas. Boleh juga baca ayat 136 Surah Al-Baqarah dan ayat 64 Surah Ali Imran.

Surah Al-Baqarah, ayat 136:


قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ إِلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَمَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

Surah Ali Imran , ayat 64:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ (64)

 Inilah ayat disunnahkan bacaan dalam Solat Sunat Fajar.

Hanya dua rakaat. Jangan tunjuk rajin solat lebih daripada dua rakaat. Itu tidak sunnah!

Ringkas dalam melakukan solat sunat fajar itu adalah afdhal.

Namun, kekadangkan berlaku keadaan di mana kita terlepas daripada kesempatan mendirikannya. Imma bangun lewat atau sakit perut, ada masghul tertenti sehingga iqamah solat fardhu Subuh dilantunkan. Maka bagaimana dengan solat Sunat fajar kita?

Pada dasarnya, apabila sudah diiqamahkan, maka tiada lagi solat sunat yang boleh dilakukan. Fokus hendaklah kepada solat fardhu.

Jika tidak sempat melakukan solat suinat sebelum Subuh, maka ia boleh dilakukan kemudian sama ada selepas masuk waktu Dhuha atau seusai sahaja solat Subuh 

Dalil yang digunakan memebnarkan solat sunat sebelum Subuh itu diqadhakan selepas solat Subuh adalah hadis yang diriwayatkan oleh Qais bin Umar yang mengatakan bahawa dia telah melakukan solat selepas solat Subuh lalu ditanya oleh Rasulullah SAW:

ما هاتان الركعتان يا قيس؟. 
قلت: يا رسول الله، لم أكن صليت ركعتي الفجر فهما هاتان

Apakah dua rakaat ini wahai Qais? Aku berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak solat dua rakaat Subuh, tetapi keduanya sama.
Mengenai status hadis ini:

قال في خلاصة البدر المنير: رواه الشافعي وأبو داود والترمذي وابن ماجه والبيهقي ، وأعله الترمذي وعبد الحق بالانقطاع، ورواه الحاكم وابن حبان بطريق ليس فيها انقطاع، وقال الحاكم: صحيح على شرط الشيخين فاستفده.


Ibn Qudamah mengomentari hadis ini dengan mengatakan bahawa diamnya Rasulullah SAW terhadap apa yang dilakukan oleh Qais bin Umar itu menunjukkan keharusannya, sementara baginda sendiri diriwayatkan mengqadhakan sunat Zohor selepas solat fardhu Asar.

Al-Khitabi menyebutkan dalam Ainul Ma'b ud mengenai hadis di atas:

فِيهِ بَيَان أَنَّ لِمَنْ فَاتَتْهُ الرَّكْعَتَانِ قَبْل الْفَرِيضَة أَنْ يُصَلِّيهِمَا بَعْدهَا قَبْل طُلُوع الشَّمْس


Ia mengandungi pernyataan bahawa sesiapa yang tertinggal dua rakaat sebelum rakaat fardu (Subuh) hendaklah solat selepasnya sebelum matahari terbit.


Dalam Mazhab Hanafi, ditegaskan larangan solat sunat Subuh selepas Fardhu Subuh kerana terdapat hadis yang melarangnya sepertimana dalam Sunan A-Tirmizi daripada Abu Hurairah, sabda Nabi SAW:

من لم يصل ركعتي الفجر، فليصلهما بعدما تطلع الشمس

Terdapat riwayat menyebutkan Ibn Umar mengqadhakannya dalam waktu Dhuha.


Sebab itu di kalangan Mazhab Hanafi, dibolehkan solat Sunat sebelum Subuh walaupun sudah diiqamahkan. Jika takut terlepas rakaat pertama, masih boleh solat Sunat sebelum Subuh. Cuma jika takut tak sempat rakaat kedua bersama Imam, maka tinggalkan Solat Sunat Subuh dan bawa ke waktu Dhuha sebagai Qadha.

Kata Imam Az-Zaila'i dalam Kitabnya Tabyinul Haqa'iq (Jil 1, Ms 182):

ومن خاف فوات الفجر إن أدى سنته ائتم وتركها)؛ لأن ثواب الجماعة أعظم والوعيد بتركها ألزم، فكان إحراز فضيلتها أولى. قال رحمه الله: (وإلا لا) أي: وإن لم يخش أن تفوته الركعتان إلى أن يصلي سنة الفجر فإن كان يرجو أن يدرك إحداهما لا يتركها؛ لأنه أمكنه الجمع بين الفضيلتين وهذا لأن إدراك الركعة كإدراك الجميع

Dan barangsiapa yang takut fajar terlepas, jika dia menunaikan sunnahnya, dia akan mengikutinya dan meninggalkannya. Kerana pahala solat berjemaah lebih besar dan ancaman meninggalkannya lebih mengikat, justeru mencapai fadhilatnya lebih utama. Beliau rahimahullah berkata: (Jika tidak), maksudnya: Jika dia tidak takut tertinggal dua rakaat sehingga dia solat sunat Subuh, maka jika dia berharap dapat mengejar salah satu daripadanya. mereka, dia tidak sepatutnya meninggalkannya; Kerana dia dapat menggabungkan dua kebaikan, dan ini kerana menyedari satu rakaat seperti menyedari semuanya.
Dalam mazhab Syafie dan Hambali, ditegaskan bahawa setelah Iqamah, tiada lagi solat sunat. Hanya solat fardhu yang bersama Iman yang boleh dilakuakan
Kes terlepas solat Sunat sebelum Subuh ini samalah juga dengan terlepas solat sunat sebelum Asar. Maka, sesiapa yang terasa berat kerana telah terlepas solat sunat itu, maka dia lakukan selepas selesai solat Fardhu. Baik Subuh maupun  Asar. Walaupun terdapat larangan solat sunat selepas solat Subuh dan Asar, larangan itu tertakluk hanya bagi solat sunat Mutlak iaitu solat suinat yang tiada sebab. Adapun  solat sunat Qaadha ada sebabnya , maka ia dibolehkan.
Dipetik daripada: Darulifta Jordan
Namun, jangan jadikan perkara ini kelaziman. Kaklau boleh, bangun sebelum Subuh untuk dapatkan masa yang cukup untuk solat sunat 2 rakaat sebelum Subuh. Jika tidka mampu juga disebabkan pelbagai faktor (bukan hanya bangun lewat), maka ubahlah agar ada waktunya solat sunat qadha itu dilakukan selepas masuk wkatu dhuha. Tidak salah lakukan selepas solat fardhu Subub. Afdhalnya pada waktu dhuha agar keluar daripada khilaf yang mana ada pandangan yang malrangnya sebagaimana pandangan Ahnaf.

Thursday, September 12, 2024

TEMPOH MAKSIMA DARAH HAID

Tempoh maksima bagi masa haid adalah 15 hari. Inilah pandanngan Jumhur Ulama. Jika lepas 15 hari, darah masih keluar , walaupun darah itu berupa sifat darah haid, maka ia bukan darah haid. ia dinamakan darah Istihadhoh.

Namun, dalam Mazhab Maliki perkara ini diperincikan dengan melihat kepada kebiasaan wanita yang berhaid itu.  Jika ia melewati tempoh masa kebiasaan haidnya, maka hendaklah dia menunggu 3 hari. Jika tidak berhenti juga , hendaklah dia mandi hadas besar dan solat. Tempoh kebiasaan haid dan 3 hari tambahan itu tidak boleh melebihi 15 hari.
* Umpamanya wanita itu biasa haid 7 hari. Tiba-tiba dalam satu bulan haid terus keluar sampai 7 hari berikutnya. Maka, dia hanya boleh anggap darahnya itu haid sehingga hari ke-10 sahaja. Selebihnya sudah istihadhoh. Maka, melihat tempoh kebiasaannya jadi kayu ukur. Tambahan hari dibenarkan hanya 3 hari.

Namun, jika kebiasaan haid wanita itu 14 hari, kemudian selepas itu masih ;lagi berterusan darahnya, maka tambahan 3 hari tidak boleh dipakai.Dia kena berpegang dengan kaedah tempoh hadi tidak boleh lebih 15 hari. 

 Sumber: Islamweb

Sujud Sahwi

 Sujud Sahwi sunat dilakukan jika meninggalkan apa yang diperintah lakukan dalam solat atau melakukan yang dilarang.

Jika meninggalkan rukun, maka hendaklah dilakukan semula.

Sujud Sahwi dilakukan kalau menambahkan rukun

Solawat atas nabi, kalau ditinggalkan, maka hendaklah sujud sahwi

Bukan semua perkana sunat yang ditinggalkan, maka perlu sujud sahwi.

Melakukan perkara yang dilarang dengan sebab lupa dalam solat tapi ia tak membatalkan solat sekalipun sengaja, maka tidak perlu sujud sahwi. Umpamanya menoleh ke kiri atau kanan dan melangkah dua kali


Perkara yang dilakukan dengan sengaja  dan batal solat kerananya, kalau dilakukan sebab lupa, ditampung dengan sujud sahwi. Contohnya percakapan yang banyak.

Memanjangkan rukun yang pendek , kalau sengaja, batal solat. Kalau tak sengaja, hendaklah sujud sahwi. Misalnya Iktidal dan duduk antara dua sujud. Kedua-duanya adalah rukun yang pendek.

Mengubah bacaan ke tempat lain dengan sengaja pun  tak batal. Umpamanya baca fatihah masa rukuk atau tasyahud. Namun, kalau lupa, disunatkan sujud sahwi.

Rujuk: Raudhatut Talibin,ms 33,


Wednesday, September 11, 2024

Syarat Jamak Taqdim

 Merujuk Feqah Syafie seperti yang dinukilkan oleh Imam An-Nawawi dalam kitab Minhaju At-Talibin Wa Umdatul Muftin oleh Imam An-Nawawi:

Syarat Jamak Taqdim itu ada 3 iaitu:

1) Mulakan dengan solat pertama dulu. Jika berlaku batalnya solat pertama sedangkan kedua-dua solat itu telah didirikan, maka batallah kedua-duanya disebabkan batal yang pertama. Umpamanya seseorang jamak Zohor dan Asar lalu ketika solat Zohor natalah waktunya belum masuk. Ketika solat Asar , waktu sudah masuk. Kerana Solat Zohor tidak sah, maka Asar juga tidak sah. Lalu, kedua-duanya tidak sah. Kena buat semula.


2) Hendaklah berniat Jamak dalam solat pertama. Waktu niat boleh pada mana-mana masa sementara dalam solat. Awalnya, tengahnya atau akhirnya sebelum salam. Namun, niat ketika pertengahan solat adalah yang paling kuat.


3) Hendaklah muwalat (berturut-turut antara dua solat) Tidak boleh bercerai keduanya dalam tempoh masa yang lama. Jika tidak berturut-turut sekalipun kerana uzur, maka solat kedua wajib ditunaikan dalam waktunya. Tiak mengapa jika ada senaggangan masa yang sedikit menurut adat 


Orang yang bertayammum boleh jamak.


Rujuk: Syamilah

Solat sunat rawatib ketika jamak solat

Menurut Imam AN-Nawawi dalam Raudhatut Talibin Wa Umdatul Muftin (Jil 1 , ms 102) :

Satu cabang dalam masalah Jamak solat:

kalau seseorang itu mahu solat sunat qabliah sebelum solat jamaknya, maka....

Jika dia mahu menjamakkan solat Zohor dan Asar secara taqdim, maka dia hendaklah solat sunat Zohor dahulu dan kemudian solat sunat sebelum Asar.barulah kemudiannya dia solat jamak Zohor dan Asar.

Adapun jika jamak maghrib dan Insya, maka dia hendaklah solat fardhu maghrib dan Insya dahulu. Selepas itu barulah dia solat sunat lepas maghrib dan disikuti solat sunat lepas insya  dan ditamatkan dengan witir.





Pandangan di atas adalah pandangan Imam Ar-Rafie  dan Imam An-Nawawi mengatakan ianya saheh kalau mengenai jamak  Maghrib dan Insya. Akan tetapi kalau dalam soal jamak Zohor dan Asar, ia adalah pandangan yang janggal dan doif.

Imam An-Nawawi membawakan pandangan para ahli tahqiq bahawa solat sunat Qabliah Zohor hendaklah dilakukan dahulu, kemudiannya baru Zohor dan selepas itu Asar (jamak Tqdim). Lepas itu Solat Sunat ba'diah Zohor dan kemudian solat sunat Asar. Mana boleh solat ba'diah Zohor sebelum solat Fardhu Zohor! Waktu solat ba'diah Zohor adalah selepas solat fardhu zohir. Demikian juga solat sunat Asar hendaklah selepas solat fardhu Asar. Urustan di bawah adalah yang benar menurut Imam An-Nawi selaras dengan pandangan para Muhaqqiqun dalam mazhab.



Rujuk: Maktabah Syamilah

Antara anjing dan babi

 Menurut pandangan Syafie, babi itu lebih buruk keadaannya daripada anjing. Jika anjing itu najis Mugallazoh, maka terlebih aula babi. Lebih buruknya babi daripada anjing  itu , menurut Syafie , berdasarkan 2 hujjah:

1) Keharaman babi adalah berdasarkan nas, manakala keharaman anjing berdasarkan istidlal

2) Pengharaman mengambil manfaat daripada babi adalah umum sedangkan pengharaman mengambil manfaat daripada anjing adalah khusus.


Rujuk kitab Al-Hawi Al-Kabir oleh Al-Mawardi menerusi Maktabah Syamilah.

Perbahasan Solat Jamak Qasar dalamn Kitab Al-Iqna' oleh Al-Mawardi

 Disebutkan pada mukasurat 49 bahawa seseorang yang bermusafir lalu berniat untuk bermuqim di satu tempat tidak lebih 3 hari, maka dia boleh mengqasarkan solatnya. Jika niatnya untuk bermukim 4 hari atau lebih , maka hendaklah dia solat tamam(sempurna).

Jika dia masuk satu negeri dengan urusan kerja yang dengan niat hendak menyelsaikannya seharu atau dua hari, lalu tidak selesai, maka duia boleh qasarkan solat sehingga hari ke-4. Selepas hari ke-4, kerja tak selesai, maka dia hendaklah solat tamam. KECUALI jika dia masuk ke dalam negeri itu sebagai tentera mujahid yang berperang, maka dia boleh qasarkan solatnya sehingga 17 atau 18 hari.

Rujuk: Maktabah syamilah

Al-Mawardi yang melihat keharusan solat Jamak ketikan sakit sebagaimana keharusannya ketika hujan. Adapun jamak ketika hujan itu terikat dengan syarat-syaratnya iaitu hendaklah dilakukan di masjid, berjemaah dan dalam waktu solat pertama sedangkan hujan sednag turun ketika itu.


An-Nawawi  juga menyebut dalam Raudhatut Talibin Wa Umdatu Muftin bahawa harus jamak solat kerana sakit dan dia berdalilkan hadis yang berbunyi:

جَمَعَ بِالْمَدِينَةِ مِنْ غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا مَطَرٍ

Bahkan kata An-Nawawi , menukilkan daripada Al-Khattabi yang memetik daripada Al-Kuffal Al-Kabir As-Syaasyi daripada Abu Ishak Al-Marwazi bahawa HARUS  jamak solat kerana sebab yang bukan sebab takut,  hujan atau sakit  dan inila adalah pandangan Ibn Al-Munzir 

* Ibn Al-munzir adalah seorang tokoh ulama yang dikaitkan sebagai bermazhab Syafie yang lahir sekitar tahun kematian Imam Ahmad bin Hambal (241H) . Namun , kata An-Nawawi, Ibn Munzir tidak terikat dengan Mazhab Syafie bahkan dia selalu mengutamakan dalil yang kuat dalam fatwanya.

Saturday, June 22, 2024

Takbir Solat Jenazah lebih daripada 4 kali

 Kalau kita solat jenazah, tiba-tiba imam takbir lebih daripada 4 kali, apakah kita harus mengikutinya?

Jawa[annya, kita ikut imam bertakbir walau lebih daripada 4 kali.

Empat kali takbir dalam solat jenazah adalah pandangan jumhur ulama. 4 Mazhab kata takbir 4 kali.

Namun ada riwayat bahawa nabi Solat jenazah dengan takbir lebih daripada 4 kali  sebagaimana riwayat Ibn Abdul Bar dalam Al-Istizkar, dengan jalan sanad melalui Abu Bakar bin Sulaiman. Nabi takbir dalam solat jenazah lima kali, tujuh kali dan lapan kali. Hinggalah bila sampai kepada baginda berita kematian Najasyi, maka baginda keluar ke lapangan dan para sahabat buat saf di belakangnya, nabi Solat Jenazah Najasyi secara ghaib dengan 4 kali takbir. Maka 4 Kali takbir jadi amalan nabi SAW sehinggalah baginda wafat.

Boleh solat jenazah dengan bilangan takbir lebih daripada 4 kali hingga 9 kali.  Semuanya ada dalil sunnah. Namun 4 kali dadasarkan kepada dalil yang paling kuat. 

Makmum jika mengikut imam dan imam melebihkan takbirnya daripada 4, maka ikut sahaja. Tidak ada masalah ttg keabsahan solat.

Dinamakan ikhtilaf ini sebagai ikhtilaf tanawwu'.

Istaqarrul amru di kalangan mazhab yang 4 bahawa takbir solat jenazah 4 kali. 

Hanya di kalangan salaf ada qaul yang berbagai.

Penetapan para ulama mazhab yang 4 didasarkan kepada riwayat yang menyebutkan bahawa di zaman Umar telah dibincangkan ttg jumlah takbir itu dan dibuat keputusan bahawa 4 takbir adalah yang disepakati utk diamalkan.

Adapun jumlah salam dalam solat jenazah, yang driwayatkan dari ramai salaf adalah 1 kali. Ibn Mubarak mencela salam 2 kali sebagai perbuatan orang jahil.

Namun mazhab Syafie mensunnatkan 2 kali kerana qias dengan solat yang lain. Inilah yang disebutkan oleh Al-Qadhi ( baqilani)


Sunday, June 16, 2024

DOA KETIKA KORBAN

 Disunatkan ketika korban membacakan:


اللهم منك وإليك، إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له، وبذلك أمرت، وأنا من المسلمين

Disebutkan dalam hadis riwayat Ahmad dalam Musnadnya daripada shabat Jabir bin Abdillah, bahawa Nabi SAW ketika korban membacakan


إني وَجَّهْتُ وَجْهِيَ للذي فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ إِنَّ صلاتي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ، اللَّهُمَّ مِنْكَ وَلَكَ عَنْ مُحَمَّدٍ وَأُمَّتِهِ






Pandangan Ulama mengenai menggabungkan Korban dan Aqiqah

Apakah boleh pada seekor binatang korban diniatkankan korban dan juga Aqiqah oleh pesertanya.

Maka, perkara ini adalah khilaf pandangan kalangan ulama.

Pandangan Pertama: Tidak sah kurban yang dilakukan beserta akikah.

Pandangan ini adalah pandangan Mazhab Maliki, Syafie dan satu riwayat dalam mazhab Imam Ahmad.Mereka beralasan bahawa kedua-dua jenis sembelihan itu berbeza sebab. Sebagaimana sembelihan kerana haji tamattu' dan sembelihan  kerana dam fidyah tidak boleh disamakan dalam seekor sembelihan, maka demikianlah korban dan akikah.


Pandangan Kedua: Sah korban yang dilakukan pada satu sembelihan bersama dengan akikah.

Pandangan ini  adalah pandangan Hasan Al-Basri, Muhammad bin Sirin, Qotadah, Hisyam dari kalangan Tabi'in serrta salah satu riwayat dalam Mazhab Imam Ahmad, pandangan Hanafi dan segolongan ahli imu. Kes ini disamakan dengan kes apabila behimpunnya Solat Jumaat dan Solat Aidil Fitri pada satu hari Jumaat, maka memadai salah satunya.