Friday, November 24, 2023

Bagaimana cara halang jin curi harta kita?

 Mampukah jin mencuri harta kita?

Umpamanya duit dalam dalam rumah kita atau emas dan sebagainya?

Ya....ia mampu berbuat demikian. Dalilnya hadis jin mencuri kurma sedekah yang diriwayatkan oleh sahabat nabi Abu Hurairah.

Jin melakukan pencurian itu sama ada suka-suka atau atas arahan seseorang yang menggunakan khidmatnya. Kata Ibn Taimiyyah, Jin dan Syaitan mendapat kelazatan daripada perbuatan jahat dan fitnah yang ditimbulkannya walaupun ia tidak memberi manfaat kepadanya. 

Bagi mengelakkan jin menggangu harta kita maka lakukan langkah-langkah berikut:

1) Ikat, kunci atau tutup harta tersebut

2) Lebih elok jika disebutkan nama Allah sewaktu melakukan perkara itu.

3) Baca doa ini semasa meninggalkan harta yang dibimbangi gangguan jin itu:


بسم الله أترككِ في أمان الله وضمان الله حتى احتاج إليكِ


4) Ruqyah berikut:

Dapatkan air dan garam kemudian bacakan bacaan berikut pada air itu:

بسم الله أمسينا بالله الذي ليس منه شيء ممتنع وبعزة الله الذي لا ترام ولا تضام، وبسلطان الله المتبع نحتجب، وبأسمائه الحسنى عائذين من الأبالسة ومن شر شياطين الإنس والجن ومن شر معلن أو مسر، ومن شر ما يخرج بالليل ويكمن بالنهار ويكمن بالليل ويخرج بالنهار، ومن شر ما خلق وذرأ وبرأ ومن شر إبليس وجنوده، ومن شر كل دابةٍ أنت أخذ بناصيتها، إن ربي على صراط مستقيم، أعوذ بك بما استعاذ به موسى وعيسي وإبراهيم الذي وَفَى ومحمد عليهم الصلاة والسلام من شر ما خلق وذرأ وبرأ ومن شر إبليس وجنوده ومن شر ما يتقي

أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان  الرجيم


Sambungkan bacaan dengan 10 ayat daripada permulaan Surah As-Saffat:


Kemudian renjiskan air dan garam tersebut di penjuru-penjuru rumah dan jagalah agar jangan melangkahinya.

Sumber: Albalad

Namun, ada kaedah di atas bukanlah warad dalam mana-mana hadis. Ia mungkin sebuah tajarrubat.

Dalam sunnah diterangkan bahawa baca Ayat kursi, mu'awwizatain dan baca surah Baqarah jin syaitan tak masuk rumah. 

Rujuk: Youtube


Tuesday, November 21, 2023

Beza antara Ju'alah dan Ijarah

1) Ju'alah saah walaupun pekerja yang hendak diberi bayaran majhul. Kalau Ijarah, pekerja mestilah ma'lum.

2) Pekerjaan yang dilakukan dalam Ju'alah boleh pekerjaan yang majhul, teta[i dalam ijarah, pekerjaannya hendaklah ma'lum.

3) Tidak disayaratkan dalam ju'alah pekerja yang melakukan kerja itu melafazkan Qubul.

4) Akad ju'alah tidka mengikat dan mana-mana pihak boleh mebatalkannya tanpa persetujuan pihak yang lain.

5) Bayaran jua'lah tidka berhak diodapati oleh pekerja melainkan setelah sempurna pekerjaannya. Kalau disyaratkan berikan dulu, maka batal. Lainhalnya dengan ijarah. Boleh didahulukan.


Boleh diterjemahkan untuk mudah faham:

Ijarah adalah Upah/sewa

Ju'alah adalah  Reward/ganjaran


Bonus untuk kakitangan awam adalah satu bentuk Ju'ah. Gajinya adalah upah

Para Fuqaha menyebutkan bahawa sesiapa melakukan sesuatu pekerjaan tanpa dijanjikan ja'lun dan tidak mendapat izin daripada pemilik pekerjaan itu, maka orang itu tidaklah berhak menuntut ja'lun kerana dia buat kerja tanpa dijanjikan dan tanpa izin. Namun, ada pengecualiannya:

1) Bila yang buat kerja itu memang jenis orang yang mempersiapkan diri untuk pekerjaan tersebut, umpamanya kerja bawa barang atau penunjuk jalan, Maka jika dia buat kerjanya itu dengan izin seseorang, maka dia berhak menuntut ja'lun walau tiada janji nkerana uruf memang begitu. namun bagi ornag yang bukan jenis menyiapkan dirinya untuk kerja itu, walau dizinkan, dia tidka berhak menuntut Ja'lun melainkan jika dibuat syarat.


2) Sesiapa yang menyelamat harta seseornag daripada musnah, umpamanya tenggelam atau terbakar (atau diragut), maka baginya hak menuntut ja'alun yang sama dengan harga barang yang mahu lupus itu walaupun pekerjaannya itu tanpa izin  tuan punya harta. 

 


Nama-nama jari dalam bahasa Arab

 


Apa sebab dilarang menggunakan bijana emas dan perak?

Pertanyaan tentang sebab itu kembali kepada persoalan, apakah larangan menggunakan bijana emas dan perak itu atas alasan zatiyah atau 'ardhiyyah. Zatiah maksudnya sifat fizikal emasnya. 'Ardhiyyah ertinya sifat lain yang ada bersamanya dan bukan sifat keemasan dan keperakannya.

Para ulama fuqaha ada dua sudut pandangan:

1) Larangan itu disebabkan sifat emasnya atau peraknya. Ia diharamkan kerana pada zaman itu emas dan perak jadi matawang. Jika emas dan perak digunakan sebagai bekas-bekas makanan dan minuman, susahlah ia menajdi matawang. Matawang terperangkap dalam rumah sebagai bekas minuman. Lalu, tidka berlaku peredaran matawang dalam masyarakat.


2) larangan tersebut adalah kerana faktor lain. Emas dan perak adalah barang berharga. Apabila ia dijadikan bekas minuman dna makanan, ia hanya mampu dibuat oleh ornag-ornag yang kaya. Ini akan membuatkan prang miskin terasarendah diri dan merasa hina.  Ia menghancurkan hati-hati ornag miskin Maka sebab ini disebut sebab mendatang.

Ata dasar itu, keharaman atas emas dan perak sahaja dan tidak atas batu-batu permatazamrud dan lain-lain yang lebih mahal. Ini kerana emas dan perak dikenali ramai orang dan batu-batu berharga itu hanya dikenali oleh sebahagian orang sahaja.

Bacaan: Shamela

Monday, November 20, 2023

Binatang apakah yang berbakti kepada ibu bapanya yang tua dan tidak berkahwin dengan mahramnya?

Jawapan bagi persoalan di atas adalah SERIGALA. 

Serigala, di kalangan masyarakat badwi padang pasir, dikenali sebagai keturunan para raja.

Serigala amat setia dengan pasangannya. Baik serigala betina maupun jantan. Serigala betina yang kematian jantannya, tidak akan mengawan dengan serigala lain hatta ia mati. 

Serigala , dalam hal menjaga keturunan ini, kekadang lebih hebat daripada manusia.

Serigala yang muda akan memburu dan membawa balik buruannya ke sarang dan makan bersama ibu bapa mereka serta adik beradiknya. 

Demikianlah keajaiban alam haiwan bagi yang memerhati.

Satu lagi kelebihan serigala, ia adalah haiwan yang sangat digeruni oleh jin.

Sumber: https://pub143.ayam.news/2478

Siapakah nabi yang digelar Syaikhul Ambiyaa?

 Jawapannya: Nabi Nuh A.S.

Sebabnya adalah kerana dialah Rasul pertama yang diutuskan dan dia juga merupakan bapa manusia yang kedua. Dia juga nabi yang diberikan umur panjang dalam dakwah kenabiannya sebagaimana telah disebutkan dalam Quran.