Sunday, September 10, 2023

Hukum Ila'

 Ila' ialah Suami bersumpah untuk tidak setubuh isteri lebih daripada 4 bulan.

 Ia adalah antara amalan zaman jahiliyyah yang diperjelaskan hukumnya oleh Islam. Sama macam hukum Zihar.


Ia disebutkan dalam Quran:

لِلَّذِينَ يُؤْلُونَ مِنْ نِسَائِهِمْ تَرَبُّصُ أَرْبَعَةِ أَشْهُرٍ فَإِنْ فَاءُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ * وَإِنْ عَزَمُوا الطَّلَاقَ فَإِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 
[البقرة: 226، 227]

Berdasarkan ayat Quran, ila' hanya berlaku bila sumpah itu untuk tempoh lebih daripada 4 bulan. Kalau kurang, ia tidak dinamakan ila'.


Sumpah itu adalah untuk jimak dan bukan untuk yang lain. Jika sumpah tidak mahu bercakap , itu tidak jadi ila'.


Kalau sumpah itu dibersamakan dengan "insya Allah", maka ia juga tidak menbajdi ila'.

kalau suami sumpah tidak mahu jimak isterinya lebih 4 bulan, kemudian dia jimak pada bulan kelima, maka atas suami bayar kifarat sumpah.


Dalam hadis disebutkan:

((من حلف على يمين، فرأى غيرها خيرًا منها، فليأت الذي هو خيرٌ، وليكفر عن يمينه))؛ 

(مسلم، كتاب: الإيمان، جـ3، حديث 13).

Kalau selepas 4 bulan suami tetap tidak setubuhi isterinya, maka atas isteri berhak untuk menuntut ditalakkan . Hakim berikan suami 2 pilihan: Samada kembali jimak isteri atau menceraikannya. Kalau tidak mahu jimak, jadilah ceria dengan cara ila' dan ia menajdi talak raj'i

baca: Alukah.





Baca: aL-iftaa

Saturday, September 9, 2023

Kifarat Sumpah

 Jika seseorang bersumpah dengan sumpah yang sah, lalu ingin meleraikannya dengan kifarat, maka baginya ada tiga pilihan. Pilihan ini disebut sebagai takhyir. Boleh pilih mana-mana antara 3 perkara ini mengikut kemampuannya/ 3 Perkara pilihan tersebut adalah:

  1. Beri makan 10 ornag miskin
  2. Beri pakaian 10 orang miskin
  3. Merdekakan seorang hamba
Jika ketiga-tiga pilihan di atas dia tidak mampu, misalnya kerana miskinnya dia, maka datanglah yang ke-4. Maka yang ke-4 ini adalah tertib. Itulah puasa 3 hari. Bila dikatakan tertib, maka seorang yang mahu meleraikan sumpahnya tiudak boleh terus melompat kepada yang ke-4 ini selagi belum benar-benar dipastikan dia tidak mampu melakukan mana-mana 3 pilihan sebelumnya.

Inilah kosep takhyir dan tartib yang ada dalam kifarat sumpah.

Baca: Islamweb

Boleh kifarat beri makan atau pakaian itu dilakukan untuk satu ahli rumah yang di dalam semua ornag miskin. Misalnya seorang ayah, ada isteri dan 8 orang anak dan mereka tergolong kalangan orang miskin, maka memadailah kifarat sumpah itu diserahkan kepada mereka. 

Kadar makanan untuk seorang adalah 1 1/2 kg.  Bermakna beri mereka beras 15 kilo. Jika disempurnakan dengan kelengkapan lauk pauk, itu lebih sempurna.

Rujuk fatwa: Binbaz

ZIHAR ISTERI KEMUDIAN TALAKKANNYA DAN KEMUDIAN KAHWINI SEMULA.

 Ini mungkin satu helah tak nak bayar kifarat zihar.  Suami pun ceraikan isterinya. Kalau cerai dengan talak raj'i dan rujuk balik, memang tidak bolehlah hilangkan kifarat zihar. Ini sepakai ulama . Namun, bagaimana kalau cerai dengan talak bain?

Talak bain maknanya cerai yang tidak membolehkan rujuk. Ada dua jenis iaitu:

a) Bain Sughra

  • Cerai talak raj'i dan sampai habis iddah tidak rujuk, maka jadi bain.
  • Cerai sebelum dukhul
  • Cerai dengan cara khulu' ( tebus talak)

b) Bain Kubra

  • Cerai talak tiga. Maka tidak halal menikah semula kecuali bekas isteri nikah dulu dengan orang lain.

Menurut Jumhur, termasuk Syafie dalam pandangan yang pertama, jika talak itu bain, dan kemudian suami kahwini balik dengan akad yang baru, suami tetap wajib atasnya kifarat zihar.

Namun Syafie ada pandangan kedua dan ketiga.

Pandangan kedua, kifarat gugur jika talak itu bain, tidak kiralah sughra atau kubra.

Pandangan ketiga Syafie pula menyebutkan hanya jika bain kubra sahaja  yang gugur kifarat zihar.

Hujjah Syafie adalah sebagaimana disebutkan dalam kitab Al-umm adalah pernikahan kalai kedua selepas talak baik itu bukan pemilikan seperti yang pertama di mana zihar berlaku. Maka tiada kifarat zihar lagi dalam pernikahan kedua.

Apapun, pandangan Jumhur lebih kuat. Zihar itu mengikat tidak kira apaun berlaku. 
Rujuk : Islamweb

Apakah jimak isteri semasa haiad atau nifas dikenakan kifarat?

Menurut pandangan daripada Mazhab Hambali, suami yang menjimak isteri semasa haid atau nifas, perlulah bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha. Setelah itu hendaklah membayar kifarat .

Ini berdasarkan hadis nabi SAW:

عن ابن عباس أن النبي عليه الصلاة والسلام سئل عمن أتى امرأته وهي حائض، قال: يتصدق بدينار أو بنصف دينار 

خرجه الخمسة وصححه ابن خزيمة وغيره


Satu dinar jika dikira pada hari ini menyamai 4/7 Junaih Emas Saudi dan setengah dinar pula menyamai 2/7 Junaih Emas Saudi. Sila rujuk berapakah nilai semasa Junaih Saudi. Jika 1 Junaih Emas Saudi bernilai 70 Riyal, maka 1 dinar menyamai 40 Riyal. Setengah dinar pula menjadi 20 Riyal.







Kalau 4/7 daripda Junaih Emas 6 gram Saudi yang 1720 Riyal, maka ia menyamai 983 Riyal. Setemgah dinar iaitu 2/7 daripada Junai Emas saudi menyamai 245 riyal.

245 riyal bersamaan RM306.00


Kiraan lain:

1 Dinar  bersamaan 4.25 gram emas.








KIFARAT ZIHAR -Alasan untuk tidak puasa 2 bulan berrturut-turut.

 Suami yang menziharkan isterinya, hendaklah membayar kirat zihar:

1) Merdekakan seorang hamba

2 Puasa 2 bulan berturut-turut.

3) Beri makan 60 orang miskin

Mazhab Islam mempunyai perincian mengenai situasi yang boleh diterima untuk dikatakan TIDAK MAMPU puasa 2 bulan berturut-turut.

Mazhab Hambali menggariskan keadaan 5 keadaan yang yang jika ada salah satunya , dianggap tidak mampu puasa 2 bulan berturut-tuurut itu:

1) Sakit walaupun sakitnya itu tidak berpanjangan selama 2 bulan.

2) Jika orang yang telah sangat tua.

3) Jika ditakuiti akan bertambah sakit dan membuatkan sakit jadi lama bila puasa 2 bulan itu dilakukan.

4) Jika dia jenis yang tak tahan nafsu jimak (Syabqun) dan 2 bulan sangat lama buatnya untuk menghabiskannya, sementara tiada isteri lain untuk dijimakkan.

5) Puasa akan menjejaskan pekerjaan yang menjadi sumber sara hidupnya.

Menurut Mazhab Syafie pula, ada 4 keadaan iaitu:

1) Ada penyakit yang akan dialaminya menurut sangkaan  dan ia melbihi 2 bulan. 

2) Takut sakit bertambah jika puasa

3) Akan menimbulkan masyaqqah yang bersangatan jika puasa 2 bulan berturut-turut.

4) Ada ketidaktahanan nafsi seks (syabqun) 

Menuut Mazhab Hanafi, gugurnya kifarat puasa 2 bulan berturut-turut itu hanya bila:

Tak mampu puasa disebabkan sakit yang tidka diharapkan akan sembuh. Jika bayar kifarat beri makan 60 orang miskin, dan kemudian sakitnya sembuh, maka wajib kembali puasa 2 bulan berturut-turut semula. Kifarat zihar hanya lupus bila mati isteri atau ditalak bain yang tidak akan dikahwini semula. Jika kahwini balik, kena kifarat juga.


Menurt Mazhab Maliki pula, tidak mampu puasa 2 bulan berturut-turut itu diperakui jika dia lemah disebabkan sakit yang tidka dijangka akan sembuh. Ada kalangan ulama Maliki yang menambah dengan mengatakan bahawa bila sakitnya panjang dan dia tidak tahu akan sembuh atau tidak, padahal dia memerlukan isterinya, maka boleh dikifaratkan dengan beri makan 60 orang miskin. Andainya selepas itu dia sembuh, maka memadailah kifarat beri makan 60 orang miskin itu . Pandangan ini tidak menyaratkan penyakit yang tidak dijangka sembuh, bahkan jika penyakit itu dalam jangkaan akan sembuh sekalipun.


Rujuk: Shamela