Showing posts with label Tafsir. Show all posts
Showing posts with label Tafsir. Show all posts

Tuesday, March 17, 2026

BANI ISRAIL YANG HILANG

Imam At-Tobari dan Imam Al-Qurtubi dalam kitab tafsir kedua-duanya meriwayatkan kisah satu kaum Bani Israil yang hilang dari masyarakat Bani Israil. Apa yang masyhur, Bani Israil itu ada 12 puak. Namun, ada puak yang ke-13. Apabila kerosakan telah melanda bangsa Bani Israil, mereka membunuh para Nabi yang diutuskan kepada mereka mengubah kitab dan melanggar hukam hakam agama, maka puak yang ke 13 itu memohon kepada Allah agar memisahkan mereka daripada kelompok banghsa yang telah bobrok itu. Lalu, Allah bukankan jalan buat mereka dari tanah Palestina yang didiami bangsa Bani Israil masa itu, satu loronng atau terowong dalam bumi yang mebawa mereka mun cul di satu kawasan yang berhampiran denagn sempanan China. 

Riwayat ini di bawa oleh Imam At-Tobari dan juga Al-Qurtubi ketika menafsirkan maksud ayat 159 daripada Surah Al-A'raf:


وَمِن قَوْمِ مُوسَىٰ أُمَّةٌ يَهْدُونَ بِالْحَقِّ وَبِهِ يَعْدِلُونَ

Dan di antara kaum Musa ada umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran dan dengannya berlaku adil.


Dalam tafsir Al-Qurtubi dibawakan kalam setengah mufassirin yang menyebutkan bahawa negeri di sempadan China yang mereka huni itu adalah diseberang sungai pasir. Mereka menyebah Allah Tuhan yang satu, beriman dengan Nabi Muhammad SAW dan menjaga pantang larang Hari Sabtu. Mereka juga beribadat mengadap ke arah kiblat kaum Muslimin iaitu Ka'abah. Mereka diasingkan Allah SWT atas permintaan mereka sendiri apakala Bani Israil telah rosak. Mereka menempuh perjalanan sejauh setahun setengah dalam lubang terowong bumi hingga sampai ke negeri di sempadan China. Tak ada orang yang pernah masuk ke negeri mereka dan mereka juga tidak keluar ke negeri luar. Antara negeri mereka dan dunia luar terpisah oleh laut yang menghalang. Dikatakan bahawa Jibrail dan Nabi SAW telah pergi ke sana pada malam Israk dan Mikraj.

Wallahu a'lam....cerita ini AJAIB!

Ibn Juraij meriwayatkan tafisran daripada Ibn Abbas bagi ayat:

وقلنا من بعده لبني إسرائيل اسكنوا الأرض فإذا جاء وعد الآخرة جئنا بكم لفيفاً

Dan Kami berfirman kepada Bani Israil sesudahnya: "Diamlah di negeri ini, dan apabila telah datang janji hari akhirat, Kami akan mengeluarkan kamu dalam kumpulan yang bercampur-aduk".
(Al-Israk:104)

Menurut tafsirannya, Bani Israil yang dimaksudkan itu adalah kaum ini dan JANJI AKHIR yang dimaksudkan itu adalah munculnya /turunnya Nabi Isa A.S.

Dalam hadis disebutkan perpecahan ummat Yahudi kepada 71 golongan. Ummat Nasara kepada 72 golongan. Ummat Muhammad kepada 73 golongan. masing-masing golongan itu hanya ada satu dariapdanya yang selamat. Golongan selebihnya masuk nereka. Maka bagi golongan Yahudi, ummat Nabi Musa, hanya satu itulah yang selamat. Satu itulah kaum yang hilang itu. Tafsiran ini disebutkan oleh Ibn Abi Hatim daripada Ali bin Abi Talib.


Siapakah Bani Israil sebenar pada zaman ini?

Yang mengaku-ngaku sebagai Bangsa Israil sekarang ini, yang menguasai tanah Palestin, mereka bukan sejatinya keturunan Bani Israil. Mereka juga tidak beragama dengan agama Bani Israil. Mereka adalahhasil campur aduk bangsa-bangsa dan asalnya adalah kepada Askenazi yang berawal daripada Bangsa Khazar yang menghuni kawasan Turki.

Lihat penjelasan dalam video:









Friday, January 23, 2026

Maksud "salamun 'ala ilyasin"

 Firman Allah SAW:

سَلَامٌ عَلَىٰ إِلْ يَاسِينَ

Selamatlah atas Ilyasin

Surah As-Soffat: 130

Ada dua cara ayat di atas.

1) Qiraat Orang Madinah dan Orang Syami- Potongan "Al" -jadi "Al Yasin": Maka mereka menafsirkan ia sebagai keluarga Muhammad kerana Yasin adalahs alah satu nama Nabi Muhammad. Di katakan juga ia merujuk kepada keluarga Nabi Ilyas. 

Golongan Syiah mengatakan inilah Qiraat Ahlul Bait.

2) Qiraat membaca sambungan maka dibaca "ilyasin"-maka ia merujuk kepada Nabi Ilyas. diidafatkan kepadanya Nun sama halnya dengan Idarisin



Yang Rajih, maskud Il Yasin adalah merujuk kepada Nabi Ilyas. Ini difahami berdasarkan Susunan ayat (Siyaq) yang menceritakan tentang nabi Ilyas bermula ayat 123. Lalu apabila sampai ayat 130, kalimah Il yasin itu tentulah merujuk kepada Nabi Ilyas yang diceritakan sebelumnya.

Qiraat Jumhur menyebut Ilyasin dengan wasal. Ia dari sudut bahasa merujuk batang tuibuh nabi Ilyas itu sendiri. Sama seperti apabila disebut Idrisin, merujuk kepada nabi Idris. Ini adalah style bahasa Arab.

Ismail jadi Isma'in
Jibril jadi Jibrin
Mikail jadi Mika'in

Al-Farra' kata ia membawa maksud jama' (Plural)- Maka Ilyasin merujuk kepada ramai. Nabi Ilyas dan para pengikuitnya. Ia sama seperti kata nama lain -Asy'arin, A'jamin, 

Menafsirkannya sebagai Keluarga Nabi Muhammad adalah tafsiran yang jauh kerana siyaq ayat sebelumnya dan selepasnya tidak menjurus ke arah itu. Inilah yang dikatakan oleh Al-Wahidi.  Riwayat Al-Kalbi dan disebut oleh As-Syaukani yang mengatakan il yasin itu merjuk kepada keluarga Nabi Muhammad SAW. Ini jauh. 

Imam Qurtubi menukilkan qaul yang disebutkan oleh Al-kalbi itu dan beliau menkritiknya.

Dalam Harf (Qirat) Abdullah bin Mas'ud ia menyebutkan ditempat Ilyas itu Idris. Dan dia menulis Ilyasin sebagai Idrisin. Baca: (Maksud Harf Ibn Mas'ud)

Thursday, August 21, 2025

Makna ayat " وَأَيَّدْنَاهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ "

Firman Allah mengenai Nabi Allah Isa A.s:

وَأَيَّدْنَاهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ


" Kami perkuatkannya dengan Ruhul Qudus"

Tafsiran paling masyhur dan tepat mengenai maksud Ar-Ruh adalah Malaikat Jibrail. Ia adalah nama timangan bagi Jibrail. Dalil Al-Quran dan hadis banyak mengarahkan ke arah maksud tafsiran itu seperti firman Allah SWT:


نزل به الروح الأمين على قلبك لتكون من المنذرين 
(Surah As-Syu'araa: 193-192)

Pendapat Ibn Abi Najih menafsirkan kata "Ar-Ruh" sebagai sejenis malaikat yang berperanan sebagai Hafazoh bagi para malaikat.

Ada lagi pandangan lain yang menyebujtkan tentang makna Ar-Ruh itu yang tidak perluy disebutkan di sini.

Kita angkat pandangan yang mengatakan maksud Ar-Ruh adalah Malaikat Jibrail.  Inilah erti yang kita war-warkan kepada orang ramai. Kita sebutkan dalam kuliah-kuliah tafsir yang berbentuk sepintas lalu.

Apabila Allah mengatakan bahawa Dia memperkuatkan nabi Isa dengan Ruhul Qudus, maka ertinya Malaikat Jibrail dikirimkan kepada nabi Isa untuk memperkuatkannya.

Kalimah Al-Qudus adalah merujuk kepada Allah. Ruh Al-Qudus ertinya Ruhullah kerana Al-Qudus itu hanya Allah SWT.

Demikian disebutkan Al-Mawardi dalam tafsirnya.

Kata beliau, perteguhkan dan perkuatkan itu berlaku dalam dua hal:

a) Allah memperteguhkan urusan agama Nabi Isa. (ta'yid ruhi)
b) Allah menolongnya jadi kuat berdepan dengan kezaliman Yahudi( Ta'yid Jismi)


Rasulullah SAW pernah berdoa untuk Hasan bin Tsabit, sahabat nabi yang meledeni dunia kepenyairan:
اللهم أيد حسان بروح القدس كما نافح عن نبيك 

" Ya Allah, perkuatkan Hasan dengan Ruhul Qudus sebagaimana dia (Hasan ) mempertahankan nabiMu".
(Hadis Hasan dikeluarkan oleh At-Tarmizi, Abu Daud dan Abu Ya'la)

Inilah adalah hal yang ghaib. Bagaimana Jibrail hadir memperkuatkan seseorang, adalah suatu yang kita tidak tahu kaifiyatnya.Namun, jibrail berperanan menjadi peneguh, pembela dan pembantu bagi mereka yang berjuang untuk agama Allah. Dengan kata lain, selain tugasnya menyampaikan wahyu, peranan malaikat Jibrail adalah menjadi Mu'ayyid bagi mereka yang Allah pilih untuk ditolong!










Wednesday, July 9, 2025

Makna "Ahqaba" dalam Surah An-Naba'

 Di petik daripada perbahsan qaul mufassirin dalam kitab Jami' Al-Ahkam oleh Imam Al-Qurtubi:


1) Qaul Ibn Umar, Ibn Muhaisin dan Abu Hurairah: Huqub adalah 80 tahun dengan kiraan 1 tahun adalah 360 hari. Satu hari bersamaan 1000 tahun hari-hari dunia.


2) Qaul Ibn Umar juga dinukilkan menyebutkan satu huqub bersama 40 tahun.

3) Qaul As-Suddi menyebutkan ianya 70 tahun

4) Riwayat secara Marfu' daripada Abu Umamah  mengatakan ianya adalah 1000 bulan.

5) Qaul basyir bin Kaab mengatakan satu huqub ialah 300 tahun

6) Qaul Al-Hasan menyebutkan bahawa huqub itu tiada yang mengetahui tempohnya, tetapi ada yang menyebutnya 100 huqub dengan maksud 1 huqub bersamaan 70 ribu tahun.Satu harinya bersamaan 1000 tahun

7) Qaul yang disandarkan kepada Ibnu Umamah sebagaimana disebutkan oleh Al-Mahdawi menyebutkan bahawa 1 huqub bersamaan 30 ribu tahun

9) Al-Mawardi menyebutkan maksud huqub adalah masa panjang yang tiada batasnya.


Imam Al-Qurtubi mengomentari bahawa qaul-qaul di atas adalah bercanggah satu sama lain. Apa yang dimaksudkan dengan ahqab adalah keabadian sebagaimana kata Ibn Kaisan tentang maksud ayat daripada surah An-naba' itu ialah:


 لا غاية لها انتهاء ، فكأنه قال أبدا 

Tiada kesudahan baginya  dan seolah-olah Allah berfirman bahawa ia adalah abadi.





Friday, April 11, 2025

Adakah Samiri itu Dajal?

 Ada lontaran pandangan yang men yataka demikian. 

Antaranya apa yang saya baca dalam buku Syeikh Isa Daud bertajuk "Dialog dengan jin Muslim".

Samiri itu diteorikan sebagai Dajal kerana:

1) Dia nampak malikat yang datang menjemput Musa. Dalam Hadis Nabi, dinyatakan bahawa Dajal melihat Malaikat yang mengawal Makkah dan Madinah.

2) Musa tidak menghukum Samiri dengan hukuman yang sama buat mereka yang menyembah partung anak lembu.


Maka, dalam menanggapi permasalahan ini kita menitipkan beberapa point:

i) Tiada kenyataan pasti dalam Quran atau Hadis bahawa Samiri itu Dajal. Maka dari mana boleh datangnya teori bahawa Samiri itu Dajal? Hal ini tida hujah yang menyakinkan. Pandangan itu boleh jadi salah atau betul. Maka tiada qaul yang boleh dimuktamadkan tanpa dalil!

ii) Pada zaman Nabi SAW, baginda juga mengesyaki bahawa Ibn Spyyad itu Dajal. Namun kemudiannya menjadi nyata buat baginda bahawa Ibn Soyyad bukanlah Dajal yang disebutkan. Ia cuuma salah seorang dajalin yang membuat dusta dalam dunia.

iii) AKalau soal melihat malaikat Jibrail, Abdullah bin Abbas juga pernah melihatnya dalam rupa jelmaan. Disebutkan dalam hadis Musnad Imam Ahmad:


عن ابن عباس رضي الله عنه قال : كُنْتُ مَعَ أَبِي عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعِنْدَهُ رَجُلٌ يُنَاجِيهِ ، فَكَانَ كَالْمُعْرِضِ عَنْ أَبِي ، فَخَرَجْنَا مِنْ عِنْدِهِ فَقَالَ لِي أَبِي : أَيْ بُنَيَّ ، أَلَمْ تَرَ إِلَى ابْنِ عَمِّكَ كَالْمُعْرِضِ عَنِّي ؟! فَقُلْتُ : يَا أَبَتِ ، إِنَّهُ كَانَ عِنْدَهُ رَجُلٌ يُنَاجِيهِ .
قَالَ : فَرَجَعْنَا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَبِي : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قُلْتُ لِعَبْدِ اللَّهِ : كَذَا وَكَذَا ، فَأَخْبَرَنِي أَنَّهُ كَانَ عِنْدَكَ رَجُلٌ يُنَاجِيكَ ، فَهَلْ كَانَ عِنْدَكَ أَحَدٌ ؟
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : وَهَلْ رَأَيْتَهُ يَا عَبْدَ اللَّهِ ؟ فقال : نَعَمْ .
قَالَ صلى الله عليه وسلم : ( فَإِنَّ ذَاكَ جِبْرِيلُ وَهُوَ الَّذِي شَغَلَنِي عَنْكَ ) .

 Ibn ‘Abbas menceritakan: “Pada suatu hari aku dan bapaku berada bersama Rasulullah SAW. (Aku dapati) bersama baginda ada seorang lelaki sedang berbisik sesuatu kepada baginda. Kedudukan baginda pula seakan membelakangi bapaku. Kami kemudiannya meninggalkan baginda.” Bapaku berkata: “Wahai anakku tidakkah kamu perhati bagaimana sepupumu itu duduknya seakan membelakangiku.” Aku berkata: “Wahai ayah! Bersama baginda tadi ada seorang lelaki sedang berbisik sesuatu kepadanya.” Kami pun segera kembali kepada Rasulullah dan ayahku menceritakan apa yang telah aku sebut. Beliau bertanya: “(Wahai Rasulullah) adakah benar ada seseorang bersamamu tadi?” Rasulullah bertanya padaku: “Adakah kamu turut melihatnya wahai Abdullah?” Aku menjawab: “Ya!”. Baginda menyambung: “ Itulah Jibril dan dialah yang menjadikan aku sibuk sehingga tidak sempat mempedulikanmu tadi (Wahai al-‘Abbas).” (Musnad Ahmad).


Selain itu, kita akan menemui bayak cerita dan riwayat saheh yang menyebutkan bahawa bahaw ada orang melihat malaikat dalam rupa jelmaannya padahal dia hanya manusia biasa. Hadis yang masyhur tentang Iman, Islam dan Ehsan salah satunya. Maryam juga melihat malaikat.

Maka, Samiri yang dapat melihat malaikat , bukanlah satu isyarat bahawa dia dajal!

Demikian pula, sikap Nabi MUsa yang berbeza terhadap Samiri bukanlah kerana takut kepada Samiri atau sebagainya. Ia adalah pendekatan Musa itu membatalkan fitnah yang dibuat Samiri. Samiri dihukum yang hukuman Psikologi yang sebenarnya lebih berat daripada hukuman fizikal. 

Bangsa Bani Israil yang telah hanyut dalam penyembahan patung anak lembu perlu adalah rawatan melalui basirah iaitu melihat bagaimana patung anajk lembu itu dibakar depabn mata mereka dan bagaimana perka bid'ah itu pula dipulau dan diboikot. Ini adalah mekanisma merawat penyakit karam dalam bid'ah. Bunuh bukan penyelesaiannya.

Tidakkah kalian lihat apa jadi kepada pendokong bid'ah boleh tokoh mereka dihukum bunuh atau mati?

Bagaimana agama Druz terus mempertuhankan Al-Hakim Bi Amrillah!

Bagaimana penganut Wehdatul wujud terus menyanjung Hallaj.

Syeikh Siti Jenar tetap dianggap atas jalan kebenaran !

Itu terjadi bileh kepala bid'ah dibunuh. Ia tidak mengubat kerosakan pemikiran. Krisis dalam pemikiran hendaklah diubat dengan ramuan psikologi. Nabi Musa menunjukkan contohnya dalam kes Bid'ah Samiri.


Bacaan: Islamqa

Wednesday, July 31, 2024

Tafsir : Tulis ( إن ) tetapi maknanya ( ما )

Disebutkan dalam tafsir Al-Qurtubi: 

Ada lima tempat dalam Quran, ( إن  ) membawa maksud ( ما  ) iaitu:

وَقَدْ مَكَرُوا مَكْرَهُمْ وَعِندَ اللَّهِ مَكْرُهُمْ وَإِن كَانَ مَكْرُهُمْ لِتَزُولَ مِنْهُ الْجِبَالُ (46)

(Surah Ibrahim)


فَإِن كُنتَ فِي شَكٍّ مِّمَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ فَاسْأَلِ الَّذِينَ يَقْرَءُونَ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكَ ۚ لَقَدْ جَاءَكَ الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ (94)

(Surah Yunus)


لَوْ أَرَدْنَا أَن نَّتَّخِذَ لَهْوًا لَّاتَّخَذْنَاهُ مِن لَّدُنَّا إِن كُنَّا فَاعِلِينَ (17)

(Al-Ambiya)


قُلْ إِن كَانَ لِلرَّحْمَٰنِ وَلَدٌ فَأَنَا أَوَّلُ الْعَابِدِينَ (81)

(Az-Zukhruf)


وَلَقَدْ مَكَّنَّاهُمْ فِيمَا إِن مَّكَّنَّاكُمْ فِيهِ وَجَعَلْنَا لَهُمْ سَمْعًا وَأَبْصَارًا وَأَفْئِدَةً فَمَا أَغْنَىٰ عَنْهُمْ سَمْعُهُمْ وَلَا أَبْصَارُهُمْ وَلَا أَفْئِدَتُهُم مِّن شَيْءٍ إِذْ كَانُوا يَجْحَدُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَحَاقَ بِهِم مَّا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ (26)

(Al-Ahqaf)




Maka diertikan bukan dengan "jika" tetapi "tiada/bukan"





Saturday, July 22, 2023

Dhol ( yang disandarkan kepada nabi SAW)

 Dalam Surah Ad-Duha, Allah berfirman:

ووجدك ضالا فهدى

Sebelum dijelaskan penafsiran makna Sesat dalam ayat di atas, mari kita semak dan cuba faham apakah makna sesat dalam ayat-ayat berikut:

أن تضل إحداهما فتذكر إحداهما الأخرى [2 /282]
لا يضل ربي ولا ينسى [20 /52]
قالوا تالله إنك لفي ضلالك القديم [12 /95]


Maka, menurut apa yang dijelaskan oleh Syeikh Syanqiti dalam tafsirnya Adhwaul Bayan, makna sesatnya nabi SAW itu adalah:

غافلًا عما تعلمه الآن من الشرائع، وأسرار علوم الدين التي لا تعلم بالفطرة، ولا بالعقل، وإنما تعلم بالوحي، فهداك إلى ذلك بما أوحى إليك، فمعنى الضلال على هذا القول: الذهاب عن العلم.

Friday, October 7, 2022

Apa isi kitab Zabur yang diberikan Allah kepada nabi Daud A.S?

 Firman Allah SWT:

 وآتينا داود زبوراً

" Kami telah kurniakan kepada Nabi Daud kitab Zabur".

(Surah Al-Isra': 55)


Kata Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya berhubung ayat di atas, Zabur adalah kitab yang dikurniakan kepada nabi Daud dan mengandungi 150 Surah yang tiada di dalamnya berkaitan hukum sama ada Halal atau Haram.

Friday, September 2, 2022

MAKSUD BANI ISRAIL MENDENGAR KALAM ALLAH

 Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah: ayat 75:

 أَفَتَطْمَعُونَ أَن يُؤْمِنُوا لَكُمْ وَقَدْ كَانَ فَرِيقٌ مِّنْهُمْ يَسْمَعُونَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ يُحَرِّفُونَهُ مِن بَعْدِ مَا عَقَلُوهُ وَهُمْ يَعْلَمُونَ (75)

Kalam Allah yang dimaksudkan dalam ayat adalah kitab Taurat. Itulah tafsir kalam Allah menurut apa yang disebutkan oleh As-Suddi dalam tafsirnya.Ada tasiran yang disandarkan kepada Ibn Abbas bahawa mendengar kalam Allah itu adalah sebagaimana nabi Musa mendengar kalam Allah. Namun, pandangan Ibn Abbas ini diihtimalkan bahawa diambil daripada Israiliyyat dan tiada dalil sareh menyebutkan  Bani Israil mendengar kalam Allah 

Sunday, August 21, 2022

BEZA ANTARA SYARIBA DAN TO'IMA

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 249:


فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُم بِنَهَرٍ فَمَن شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَن لَّمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلَّا مَنِ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ ۚ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلَّا قَلِيلًا مِّنْهُمْ ۚ فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ قَالُوا لَا طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ ۚ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو اللَّهِ كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ (249)

Persoalanya: mengapa Talut menyebut Siapa yang minum daripadanya (sungai), dia bukan kalanganku. Dan siapa yang tidak makan daripadanya, dia adal;ah kalanganku. Kecuali jika dia cedok satu cedok dengan tapak tangannya.

Apa beza antara kalimah syariba dan ta'ama?