Showing posts with label Fekah. Show all posts
Showing posts with label Fekah. Show all posts

Thursday, May 28, 2026

UMUR BINATANG KORBAN

 1) Unta-5 tahun ke atas

2) Lembu/kerbau-2 tahun  nak masuk tiga tahun.


Banteng tidak boleh korban kerana ia termasuk dalam haiwan liar, walau dijinakkan dan dibela.


Begitu juga seladang, tak boleh buat korban sebab ia tidak termasuk kategori ternakan.


Binatang ini namanya antelop, tak boleh buat korban. Ia bukan ternakan. 




3) Biri-biri-6 bulan ke atas/ (Biri-biri disebut Ad-Dho'nu-Ia berjaklan menunduk, berbulu kerinting dan ekornya ke bawah

-Dalam mazhab Syafie disyaratkan 1 tahun ke atas. Namun, jika sudah salin gigi, 6 bulan pun suda boleh.



4) Kambing-1 tahun ke atas (disebut Ma'iz-jalan ekpala tegak, ekor conget ke atas dan bulunya lurus)



Kambing gunung pun tak boleh buat korban.



Binatang dalam gambar di bawah tak boleh buat korban.



Perhatian:

1) Kalau kurung daripada umur yang dityetapkan walau sehari, tak boleh korban.




Friday, November 14, 2025

Makmujm masbuk hanya sempat tahiyyat akhir

 Masalah makmum masbuk hanya sempat duduk tahiyat akhir bersama imam. Khilaf:-

1) Makmum tidka dapat pahala solat berjemaah.

2) Sah menjadi imam bagi yang lain, yakni jika datang orang lain mengikutinya, maka dia boleh hadi imam.

3) Ulang solat semula dengan jemaah baru. Solat pertama itu hukumnya solat seorang.

4) Dian tidak boleh ikut beri salam bersama imam atau orang yang dia ikuti di sebelah kirinya.

5) Dia bangkit dengan bertakbir semula (ihram) selepas imam bagi salam

6) Jika imam ada buat sujud sahwi, dia tidak harus ikut kerana dia bukan makmuim sebenar.


Pandangan -pandangan di atas diambil dari sumber mazhab Maliki.


Imam Nawawi dalam Syarah Al-Muhazzab mengatakan makmum yang masuk solat semasa imam berada di tahiyyat akhir, dapat solat berjemaah tetapi pahalanya tak sama dengan ornag yang ikut dari mula.

Ada kalangan yang berdalilkan hadis:

من أدرك ركعة من الصلاة، فقد أدرك الصلاة

Maka, dalam kes makmum hanya sempat duduk tahiyyat akhir bersama imam, dia tidak dapat pahala jemaah. Mazhab Maliki pegang pandangan ini. Mereka juga kiaskan dengan kes solat dihujung waktu. Kalau sempat satu rakaat dalam waktu, kira sahlah solat tuy. Kalau elok-elok takbir sahaja, tiba-tiba azan masuk waktu berikutnya, kira tak dapatlah solat dalam waktu.

Dalam kes solat jumaat pun ada khilaf.

Ada pandangan kata jika dapat duduk tahiyyat akhir bersama imam, dapat solat jumaat. Pandangan ini digunakan dalam mazhab Abu Hanifah.

Ada kata kalau nak dapat solat jumaat, sekurangnya dapat rukuk bersama imam satu rakaat.

Ada pula yang bezakan antara solat jumaat dengan solat fardhun yang lain. Yakni solat jumaat mesti dapat satu rakaat, baru boleh sambung jadi jumaat. Kalau tak, zohorlah jawabnya. Solat fardhu yang lain , tak apa. Dapat tahiyyat pun dikira dah berjemaah.

Jadi, pandangan mana nak diamabil?

Aku rasa nak pegang bahawa siapa yang dapat duduk tahiyyat sahaja bersama imam, solatnya sah tapi tak dapat pahala jemaah. Pandangan ini pandangan Mazhab Malik.Bukan pandangan mazhab Syafie dan Ahmad. Syafie dan Ahmad sama macam Malik dalam kes solat jumaat aja. Dalam kes solat lain, pengikut duia mazhab ini mentarjihkan pandangan mazhab Abu Hanifah. Abu Hanifah kata dapat satu rakaat, dapatlah pahala jemaah. Tak kiralah, solat fardhu biasa atau jumaat. Cuma mazhab Syafie bezakan antara jemaat dengan yang lain.

Lalu, kalau dapat satu rakaat sahaja, sunatlah solat berjemaah lain jika ada selepas itu sebab nak dapat pahala jemaah. Ini ikut Mazhab Maliki.





Wednesday, January 10, 2024

BOLEHKAH SEPUPU JADI WALI NIKAH?

Wali nikah adalah rukun kepada nikah menurut pandangan Jumhur KECUALI pandangan Imam Abu Hanifah. Wali bukanlah syarat sah kepada nikah menurtnya.

Pandangan Jumhur adalah berdasarkan hadis berikut:

 أيما امرأة نكحت بدون إذن وليها فنكاحها باطل

Dalam hadis disebutkan juga:

(لا نكاح إلا بولي ) 

رواه أبو داود (2085) والترمذي (1101) وصححه الألباني في صحيح الترمذي .


Urutan keutamaan wali-wali nikah tidak sama antara mazhab:

Bagi mazhab Syafie, urutan keutamaannya adalah seperti berikut:

  1. Bapa
  2. Datuk
  3. Ayah kepada Datuk
  4. Saudara lelaki seibu sebapa
  5. Saudara lelaki Sebapa
  6. Anak saudara lelaki seibu sebapa dan ke bawah
  7. Anak saudara lelaki sebapa dan ke bawah
  8. Pakcik sebelah bapa dan ke bawah
  9. Semua asobah*  sama macam dalam pewarisan pusaka.

*Maksud Asobah ialah kerabat lelaki sebelah bapa

*Pakcik sebelah ayah ( Disebut Ammu dalam bahasa Arab) adalah wali nikah yang muktabar. 

*Pakcik sebelah ibu (disebut Khal dalam bahasa Arab) tidak layak menjadi wali sama sekali.

  • Wali hendaklah seorang yang baligh. Tidak kisah jika umur wali lebih muda daripada yang hendak diwalikannya.
  • Jika semua wali tiada atau ada tidak tak layak disebabkan sebab-sebab syarak, barulah berpindah kepada wali Hakim.
  • Anak-anak pakcik (sebelah bapa) adalah termasuk orang yang boleh jadi wali walaupun mereka adalah dikira mahram kepada perampuan  sepupu mereka yang mahu menikah itu.
*Perlu diingat, hanya jalur pakcik sebelah bapa sahaja yang layak menjadi wali. Pakcik jalur sebelah ibu tidak sama sekali.
  • Sifat Fasiq yang ada pada wali tidak menggugurkan haknya untuk menjadi wali kecuali kefasikan yang menimbulkan mudharat kepada peempuan itu seperti dia mahu mengahwinkan perempuan dengan ornag yang fasik sepertimya.

Seorang wali tidak boleh menghalang pernikahan wanita dengan pasangan yang kufu untuknya. Jika dia menghalang, maka perbuatan itu disebut "Al'dhlu" ( العضل   ). Ia adalah diharamkan dalam agama. Firman Allah SWT:

(وَإِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَبَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا تَعْضُلُوهُنَّ أَنْ يَنْكِحْنَ أَزْوَاجَهُنَّ إِذَا تَرَاضَوْا بَيْنَهُمْ بِالْمَعْرُوفِ ذَلِكَ يُوعَظُ بِهِ مَنْ كَانَ مِنْكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكُمْ أَزْكَى لَكُمْ وَأَطْهَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ ) 
البقرة/232


Namun, soal mengatakan wali itu "'adhal" atau tidak masih persoalan subjektif. Jika berlaku khilaf dan wali tidak mahu menikahkah wanita di bawahnya, maka sebahagian fuqaha mengatakan bahawa kewlaian itu tidak boleh berpindah kepad wali yang lain berikutnya. Ia berpindah kepada wali hakim untuk menyelesaikannnya.

Ada kalangan fuqaha' menetapkan syarat dalam menuduh wali itu mu'adhol iaitu ada berlaku halangan berulangan sebanyak 3 kali:


Rujuk: Islamqa





Sunday, September 10, 2023

Hukum Ila'

 Ila' ialah Suami bersumpah untuk tidak setubuh isteri lebih daripada 4 bulan.

 Ia adalah antara amalan zaman jahiliyyah yang diperjelaskan hukumnya oleh Islam. Sama macam hukum Zihar.


Ia disebutkan dalam Quran:

لِلَّذِينَ يُؤْلُونَ مِنْ نِسَائِهِمْ تَرَبُّصُ أَرْبَعَةِ أَشْهُرٍ فَإِنْ فَاءُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ * وَإِنْ عَزَمُوا الطَّلَاقَ فَإِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 
[البقرة: 226، 227]

Berdasarkan ayat Quran, ila' hanya berlaku bila sumpah itu untuk tempoh lebih daripada 4 bulan. Kalau kurang, ia tidak dinamakan ila'.


Sumpah itu adalah untuk jimak dan bukan untuk yang lain. Jika sumpah tidak mahu bercakap , itu tidak jadi ila'.


Kalau sumpah itu dibersamakan dengan "insya Allah", maka ia juga tidak menbajdi ila'.

kalau suami sumpah tidak mahu jimak isterinya lebih 4 bulan, kemudian dia jimak pada bulan kelima, maka atas suami bayar kifarat sumpah.


Dalam hadis disebutkan:

((من حلف على يمين، فرأى غيرها خيرًا منها، فليأت الذي هو خيرٌ، وليكفر عن يمينه))؛ 

(مسلم، كتاب: الإيمان، جـ3، حديث 13).

Kalau selepas 4 bulan suami tetap tidak setubuhi isterinya, maka atas isteri berhak untuk menuntut ditalakkan . Hakim berikan suami 2 pilihan: Samada kembali jimak isteri atau menceraikannya. Kalau tidak mahu jimak, jadilah ceria dengan cara ila' dan ia menajdi talak raj'i

baca: Alukah.





Baca: aL-iftaa

Saturday, September 9, 2023

Kifarat Sumpah

 Jika seseorang bersumpah dengan sumpah yang sah, lalu ingin meleraikannya dengan kifarat, maka baginya ada tiga pilihan. Pilihan ini disebut sebagai takhyir. Boleh pilih mana-mana antara 3 perkara ini mengikut kemampuannya/ 3 Perkara pilihan tersebut adalah:

  1. Beri makan 10 ornag miskin
  2. Beri pakaian 10 orang miskin
  3. Merdekakan seorang hamba
Jika ketiga-tiga pilihan di atas dia tidak mampu, misalnya kerana miskinnya dia, maka datanglah yang ke-4. Maka yang ke-4 ini adalah tertib. Itulah puasa 3 hari. Bila dikatakan tertib, maka seorang yang mahu meleraikan sumpahnya tiudak boleh terus melompat kepada yang ke-4 ini selagi belum benar-benar dipastikan dia tidak mampu melakukan mana-mana 3 pilihan sebelumnya.

Inilah kosep takhyir dan tartib yang ada dalam kifarat sumpah.

Baca: Islamweb

Boleh kifarat beri makan atau pakaian itu dilakukan untuk satu ahli rumah yang di dalam semua ornag miskin. Misalnya seorang ayah, ada isteri dan 8 orang anak dan mereka tergolong kalangan orang miskin, maka memadailah kifarat sumpah itu diserahkan kepada mereka. 

Kadar makanan untuk seorang adalah 1 1/2 kg.  Bermakna beri mereka beras 15 kilo. Jika disempurnakan dengan kelengkapan lauk pauk, itu lebih sempurna.

Rujuk fatwa: Binbaz

ZIHAR ISTERI KEMUDIAN TALAKKANNYA DAN KEMUDIAN KAHWINI SEMULA.

 Ini mungkin satu helah tak nak bayar kifarat zihar.  Suami pun ceraikan isterinya. Kalau cerai dengan talak raj'i dan rujuk balik, memang tidak bolehlah hilangkan kifarat zihar. Ini sepakai ulama . Namun, bagaimana kalau cerai dengan talak bain?

Talak bain maknanya cerai yang tidak membolehkan rujuk. Ada dua jenis iaitu:

a) Bain Sughra

  • Cerai talak raj'i dan sampai habis iddah tidak rujuk, maka jadi bain.
  • Cerai sebelum dukhul
  • Cerai dengan cara khulu' ( tebus talak)

b) Bain Kubra

  • Cerai talak tiga. Maka tidak halal menikah semula kecuali bekas isteri nikah dulu dengan orang lain.

Menurut Jumhur, termasuk Syafie dalam pandangan yang pertama, jika talak itu bain, dan kemudian suami kahwini balik dengan akad yang baru, suami tetap wajib atasnya kifarat zihar.

Namun Syafie ada pandangan kedua dan ketiga.

Pandangan kedua, kifarat gugur jika talak itu bain, tidak kiralah sughra atau kubra.

Pandangan ketiga Syafie pula menyebutkan hanya jika bain kubra sahaja  yang gugur kifarat zihar.

Hujjah Syafie adalah sebagaimana disebutkan dalam kitab Al-umm adalah pernikahan kalai kedua selepas talak baik itu bukan pemilikan seperti yang pertama di mana zihar berlaku. Maka tiada kifarat zihar lagi dalam pernikahan kedua.

Apapun, pandangan Jumhur lebih kuat. Zihar itu mengikat tidak kira apaun berlaku. 
Rujuk : Islamweb

KIFARAT ZIHAR -Alasan untuk tidak puasa 2 bulan berrturut-turut.

 Suami yang menziharkan isterinya, hendaklah membayar kirat zihar:

1) Merdekakan seorang hamba

2 Puasa 2 bulan berturut-turut.

3) Beri makan 60 orang miskin

Mazhab Islam mempunyai perincian mengenai situasi yang boleh diterima untuk dikatakan TIDAK MAMPU puasa 2 bulan berturut-turut.

Mazhab Hambali menggariskan keadaan 5 keadaan yang yang jika ada salah satunya , dianggap tidak mampu puasa 2 bulan berturut-tuurut itu:

1) Sakit walaupun sakitnya itu tidak berpanjangan selama 2 bulan.

2) Jika orang yang telah sangat tua.

3) Jika ditakuiti akan bertambah sakit dan membuatkan sakit jadi lama bila puasa 2 bulan itu dilakukan.

4) Jika dia jenis yang tak tahan nafsu jimak (Syabqun) dan 2 bulan sangat lama buatnya untuk menghabiskannya, sementara tiada isteri lain untuk dijimakkan.

5) Puasa akan menjejaskan pekerjaan yang menjadi sumber sara hidupnya.

Menurut Mazhab Syafie pula, ada 4 keadaan iaitu:

1) Ada penyakit yang akan dialaminya menurut sangkaan  dan ia melbihi 2 bulan. 

2) Takut sakit bertambah jika puasa

3) Akan menimbulkan masyaqqah yang bersangatan jika puasa 2 bulan berturut-turut.

4) Ada ketidaktahanan nafsi seks (syabqun) 

Menuut Mazhab Hanafi, gugurnya kifarat puasa 2 bulan berturut-turut itu hanya bila:

Tak mampu puasa disebabkan sakit yang tidka diharapkan akan sembuh. Jika bayar kifarat beri makan 60 orang miskin, dan kemudian sakitnya sembuh, maka wajib kembali puasa 2 bulan berturut-turut semula. Kifarat zihar hanya lupus bila mati isteri atau ditalak bain yang tidak akan dikahwini semula. Jika kahwini balik, kena kifarat juga.


Menurt Mazhab Maliki pula, tidak mampu puasa 2 bulan berturut-turut itu diperakui jika dia lemah disebabkan sakit yang tidka dijangka akan sembuh. Ada kalangan ulama Maliki yang menambah dengan mengatakan bahawa bila sakitnya panjang dan dia tidak tahu akan sembuh atau tidak, padahal dia memerlukan isterinya, maka boleh dikifaratkan dengan beri makan 60 orang miskin. Andainya selepas itu dia sembuh, maka memadailah kifarat beri makan 60 orang miskin itu . Pandangan ini tidak menyaratkan penyakit yang tidak dijangka sembuh, bahkan jika penyakit itu dalam jangkaan akan sembuh sekalipun.


Rujuk: Shamela