Seorang wnaita yang suci dari haid hendaklah segera mandi wajib dan menunaikan solat. Dalam melaksanakan solat selepas haid berhenti ini adda dua pandangan ulama fuqaha:
1) Mazhab hanafi-Wanita yang berhenti haid dalam sati waktu solat, dia perlu tunaikan solat yang mana haid berhenti. sahaja.
2) Jumhur (Maliki, Syafie dan Hambali)- Wanita yang suci dari haid perlu solat semasa (yakni waktu di mana dia berhenti) dan solat sebelumnya. Solat waktu semasa dan sbelumnya itu hanya melibat solat yang boleh dijamakkan.
Jika haid tamat waktu asar, maka solat asar dan zohor. Jika tamat waktu insya, maka solat juga maghrib yang terlepas sebelumnya.
Adapun jika haid tamat waktu maghrib, maka bersuci dan solatlah maghrib sahaja.
Jika haid tamat waktu subuh, solat subuh sahaja.
Jika haid tamat selepas waktu subuh sudah habis, tak perlu solat Subuh.
Jika sebelum masuk Subuh haidnya berhenti, maka perlu solat insya dan juga maghrib.
Jika haid berhenti dihujung-hujung waktu solat tadi, maka kesempatan solat 1 rakaat jadi ukuran.
Misalnya jika berhenti sbeelum fajar dan dia sempat solat walau satu rakaat sebelum Subuh, maka wajib dia solat Insya dan juga Maghrib.
Baca: Islamweb
_____________________
Bila wanita itu haid selepas masuk satu waktu solat, sedang dia tak sempat solat lagi, maka solat itu wajib diqadha kelak bila suci. Ini Pandangan Mazhab Syafie dan Ahmad
Ada pun menurut Malik dan Abu Hanifah jika wanita itu tidak sengaja melewatkan solatnya sehingga bila datang haid dia terlepas solat itu, tidaklah wajib dia qodha solat yang tak seempat itu. Bukan dia sengaja melambatkannya. pandangan ini diangkar oleh Ibn taimiyyah. Menurut Ibn taimiyyah, wanita yang menta'khirkan solatnya itu melakukan sesuatu yang harus dan bukan perbuatan ifrat(tafrit).
Dalam kes ini, fatwa dengan pandangan Syafie dan Ahmad adalah lebih ahwat kerana ia keluar dari khilaf.
Namun, jika wnaita itu tahu waktu haidnya berdasarkan kebiasaannya, tetapi sengaja tak solat lagi, lalu haid datang sebelum solat, maka dia dihukum berdosa kerana ada unsur ifrat (mencuaikan) an oleh itu dia wajib qodha nanti.