Ada orang menyebutkan bahawa siapa yang buat korban di dunia, kelak di akhirat dia akan menaiki bianatng korbannya sebagai kenderaan melintasi Sirat. Cerita ini bertujuan untuk ornag berlumba-lumba mengadakan korban. Kalau rasa nai rasa hebat masa melintasi Sirat, kenalah korbankan unta. Takkan nak naik kambing aja? Kata sebilangan orang membandingkan keutamaan binatang sembelihan korban.
Benarkah apa yang dikatakan itu?
Sebenarnya, hal tersebut memang disebutkan dalam kitab-kitab. Umpamanya dalam kitab Durratun Nasihin oleh Al-Khaubawi menyebutkan demikian. Bersandarkan sebuah hadis nabi SAW yang berbunyi:
استفرهوا ضحاياكم فإنها مطاياكم على الصراط
" Pilihlah yang besar dari jenis binatang korban kamu, sesungguhnya ia akan jadi tunggangan kamu di atas Sirat".
Berdasarkan ulasan para ulama hadis, riwayat ini tidak boleh dijadikan dalil. Jalan periwayatan adalah Daif Jiddan kerana melalui sanad pada seorang yang bernama Yahya bin Ubaidillah. As-Sakhawi dan Ibn Hajar menghukumkan hadis di atas sebagai Daif Jiddan. Maka dalam soal cerita-cerita akhirat, hadis Daif bukan sandarannya.
Lalu, jawapannya, tidak dalil yang tuntas menyebutkan bahawa binatang korban akan jadi tunggangan di akhirat kelak.
Dalam Durratun Nasihin didatangkan satu renungan. Kata pengarangnya, manusia saat di alam rahim, mereka menunggang rahim ibu. Ketika lahir didukung ibu, Bila dewasa mereka ke sana ke mari menunggang kenderaan. Bila mati menunggang keranda. Maka di akhirat mereka juga akan diberi tunggangan. Maka binatang korbanlah jadi tunggangannya.
Petikan daripada kitab Durratun Nasihinm ms 253. |
Namun hadis yang menyebutkan mengenainya tidak saheh!
Rujuk: Islamweb
No comments:
Post a Comment