Thursday, August 8, 2024

HUKUM SAPU MUKA LEPAS BERDOA

  •  Ada kalangan yang melarang menyapu muka selepas berdoa tidak kira dalam solat atau luar solat
  • Mereka berdalilkan hadis-hadis yang menyebutkan tentang sapu muka selepas doa otu, semuanya daif belaka.
  • Juga diambil kalam yang disandarkan kepada Al-Izz bin Abdussalam yang menyebutkan:

(لا يمسح وجهه بيديه عقيب الدعاء إلا جاهل

  • Pun begitu, riwayata-riwayat banyak menyebutkan amalan kalangan salaf bahawa mereka menyapu muka selepas berdoa.
  • Dalam Mausu'ah Al-Kuwaitiyyah (Jil 422 Ms 366) menuayatakan:
ذَهَبَ الْحَنَفِيَّةُ عَلَى الصَّحِيحِ وَالشَّافِعِيَّةُ عَلَى الْمُعْتَمَدِ إِلَى جَوَازِ مَسْحِ الْوَجْهِ عِنْدَ الدُّعَاءِ



Khulasah Masalah:

Hukum sapu tangan ke muka selepas berdoa adalah khilaf kalangan ulama. Ada yang berpandangan tidak masyru' kerana hadis-hadis yang menjadi dalilnya tidak saheh. Namun ada yang mengatakannya sunat kerana riwayat-riwayat menyebutkan sebahagianb salaf mengamalkannya. Justeru, dalam masalah ini, tidak perlu rigid (tasyaddud). Ia adalah muwassa'. Siapa yang tidak mahu beramal dengan sapu muka, silakan. Siapa yang mahu beramal, sesungguhnya ramai para salag dan ulama mengamalkannya. Perkataan Izzuddin bin Abdussalam bukan hujjah!

Thursday, August 1, 2024

Solat jenazah orang yang mati bunuh diri.

 Pertamanya, orang yang ati bunuh diri tidka boleh dihukumkan kafir jika dia telah jelas Islamnya pada masa hidupnya. KIta tidak tahu apa sebab dia bunuh diri. Kita hanya boleh menganggap dia mati dalam Islam pada hari dia mati kerana bunuh diri. Dia adalah seorang muslimk yang derhaka dan melakukan dosa besar. 

Itu tidaklah menafikan haknya untuk diuruskan sebagai orang Islam. Jenazahnya hendaklah dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan dio perkuburan kaum muslimin. 

Cuma, para wujaha' kaum muslimin disarankan agar meninggalkan menyolatinya. Para Imam, mufti, pemimpin utama, ketua-ketua masyarakat dan semua kalangan yang menjadi ikutan ummat hendaklah tidak menyiolatinya. Bukan diharamkan, hanya sebagai isyarat keingkaran atas perbuatan membunuh diri. Biar masyarakat tahu bahawa bunuh diri itu adalah perbuatan mungkar yang dibenci sehingga jenazahnya tidak disolatkan oleh orang-orang yang utama. Hanya disolatkan sekadar melepaskan fardhu kifayahnya.

Demikianlah petikan dari Fatwa Syeikh Bin Baz.

Tambahan:


Wujud hadis dalam Saheh Bukhari dan Muslim, darip[ada Abu Hurairah , bahawa Nabi SAW telah bersabda:


من قتل نفسه بحديدة فحديدته في يده يتوجأ بها في بطنه في نار جهنم خالدا مخلدا فيها أبدا

" Sesiapa yang bunuh dirinya dengan senjata besi makasenjata besi itu akan ebrada ditangannya dalam neraka, dia akan menikamnya di perutnya serta kekallah dia dalam neraka selamanya"

Memahami kekalnya orang yang bunuh diri dalam neraka, para ulama ada 3 ihtimal:

1) Sebagai isyarat bahawa bunuh diri adalah menjatihkan pelakunya sebagai kafir, keluar dari millah.
2) Ia adalah satu bentuk penegasan dan amaran keras bahawa perbuatan itu sangat dilarang, bukan bermaksud pelakunya jadi kafir dan akan kekal dalam neraka.
3) Memang pelaku bunuh diri dihukum kekal dalam neraka, namun jika dia punya iman walau sebesar zarah, Allah akan mengeluarkannya dari neraka pada satu masa sebagai ikram kepada para muwahhidin.

Imam An-Nawawi dalam Syarah Saheh Muslim menyebutkan bahawa balasan buat ornag yang membunuh diri adalah "tahtal Masyi'ah" iaitu di bawah kehendak Allah SWT. Beliau mengambil istinbat pendapat ini daripada kefahaman hadis yang diriwayatkan dalam Muwatto' Imam Malik, Musnad Imam Ahmad dan Saheh Muslim. Hadisnya dirawatkan oleh Abdullah bin  Mas'ud mengenai mimpi Thufail bin Amru yang dirujuk kepada nabi dan apa jawapan nabi. Jawapan nabi itu menjadi syahidnya.

Berikut adalah hadisnya:
 
Hadis ini adalah riwayat Jabir dan boleh didapato dalam Saheh Muslim.

Telah berkata Thufail bin Amru Ad-Dausi:

 يا رسول الله؛ هل لك في حصن حصين ومنعة؟ قال: حصن كان لدوس في الجاهلية، فأبى ذلك النبي صلى الله عليه وسلم للذي ذخر الله للأنصار، فلما هاجر النبي صلى الله عليه وسلم إلى المدينة هاجر إليه الطفيل بن عمرو وهاجر معه رجل من قومه فاجتووا المدينة فمرض فجزع فأخذ مشاقص له فقطع بها براجمه فشخبت يداه حتى مات، فرآه الطفيل بن عمرو في منامه فرآه وهيئته حسنة، ورآه مغطيا يديه! فقال له: ما صنع بك ربك؟ فقال: غفر لي بهجرتي إلى نبيه صلى الله عليه وسلم. فقال: ما لي أراك مغطيا يديك؟ قال: قيل لي: لن نصلح منك ما أفسدت. فقصها الطفيل على رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اللهم وليديه فاغفر...

Wahai Rasulullah; Adakah anda mempunyai kubu yang kuat dan kukuh? Rasulullah menjawab: Kubu pelindung itu adalah kebiasaan kaum Ad-Dausi di masa Jahiliyyyah. Maka, Nabi s.a.w. enggan melakukannya untuk orang-orang yang Allah telah pelihara keselamatan mereka dari kalangan kaum Ansar. Maka tatkala Nabi SAW berhijrah ke Madinah, maka Thufail bin Amru Ad-dausi juga berhijrah meninggalkan negerinya pergi ke Madinah. bersama dengan seornag temannya, lalu mereka jatuh sakit diosebabkan cuaca Madinah. Kerana sakitnya itu, teman Thufail itu telah memotong tangannya dan kerana itu dia mati.Al-Tufayl bin Amr melihatnya dalam mimpinya dan melihatnya dengan rupa yang baik, dan dia melihatnya menutup kedua tangannya. Dia berkata kepadanya: Apakah yang telah dilakukan oleh Tuhanmu kepadamu? Dia berkata: Dia memaafkanku kerana aku berhijrah kepada Nabinya s.a.w. Beliau berkata: Mengapa saya melihat anda menutup tangan anda? Dia berkata: Aku diberitahu: Kami tidak akan memperbaiki apa yang kamu telah rosakkan. Al-Tufayl menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Ya Allah, baikilah tangannya dan ampunilah dia......



Thufail bin Amru dan sahabatnya itu berhijrah ke Madinah pada masa nabi SAW berada dalam misi Khaibar. Misi Khaibar berlaku pad atahun 7H. Ini difahamkan bahawa Thufail dan sahabatnya itu tidka terlibat dalam perang Badar yang terjadi pad atahun 2H.