Showing posts with label Nasab. Show all posts
Showing posts with label Nasab. Show all posts

Monday, June 17, 2024

Nasab Nabi SAW dia atas Adnan.

 Nasab Nabi Muhammad SAW adalah seperti berikut:

Nabi Muhammad SAW itu bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan.


Selepas Adnan para ahli Nasab berbeza pandangan. Sesetengah ulama melarang menyambung nasab Nabi SAW atas daripada Adnan kerana tidak ada satu pun yang saheh sebagai mana ditegaskan juga oleh Imam An-Nawawi dalam Sayarah Saheh Muslim.

Dalam riwayat,dikatakan Nabi SAW bersabda:

لا تجاوزوا معد بن عدنان كذب النسابون

"Jangan melewati silsilah atas daripada Ma'ad bin Adnan. Ahli Nasab telah berdusta!"

Jika anda dengar ada Pak Ustaz yang memandai-mandai menyambung Nasab Nabi SAW di atas daripada Adnan, maka dia termakan dengan pendustaan Ahli Nasab. Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik ditanya mengenai sambungan Nasab di atas Adnan, maka dia mengengkarinya. Apalagui kalau disambungkan sampai kepada nabi Adam.

Allah berfirman dalam ayat 9, Surah Ibrahim:

أَلَمْ يَأْتِكُمْ نَبَأُ الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ قَوْمِ نُوحٍ وَعَادٍ وَثَمُودَ ۛ وَالَّذِينَ مِن بَعْدِهِمْ ۛ لَا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا اللَّهُ


Cuma, Imam Bukhari dan sebahagian ulama mengharuskannya dan itu dilihat sebagai isyarat Bukahari bahawa lemahnya hadis yang yang melarangnya.

Dalam Sunan Al-Baihaqi, daripada Ibn Abbas, Rasulullah SAW telah bersabda:

أنا محمد بن عبد الله بن عبد المطلب بن هاشم بن عبد مناف بن قصي بن كلاب بن مرة بن كعب بن لؤي بن غالب بن فهر بن مالك بن النضر بن كنانة بن خزيم بن مدركة بن إلياس بن مضر بن نزار بن معد بن عدنان بن أد بن أود بن الهميسع بن يشجب بن نبت بن جميل بن قيدار بن إسماعيل بن إبراهيم بن تارح بن ناحور بن أشوع بن أرعوش بن فالخ بن عابر وهو هو والنبي صلى الله عليه وسلم بن شالخ بن ارفخشد بن سام بن نوح بن لمك بن متوشلخ بن أخنوخ وهو إدريس بن أزد بن قينان بن أنوش بن شيث بن آدم .


Namun, nasab saheh nabi SAW hanya terhenti pada Adnan. Di atas daripada Adnan, rantaiannya adalah tidak saheh.

Wednesday, May 29, 2024

Catatan Simpang Siur Nasab Ali bin Abi Talib

Kalangan Ahlul Bait Nabi , diharamkan untuk mereka harta zakat. Zakat disebut sebagai sedekah wajib. Ada juga sedekah sunat iaitu ia bukan menjadi taklif syarak atas orang Islam. Maka, , untuk sedekah sunat , ianya dihalalkan buat Ahlul Bait.
Ahlul Bait adalah keturunan Bani Hashim dan Bani Al-Mutallib.  Untuk mereka diharamkan zakat. 

Seiring perkembangan zaman, Bani Hasyim sendiri telah muncul dua kelompok yang bersaing iaiti Bani Abbasiyyah dan Bani Alawiyyah. Seharusnya kedua-dua kelompok ini juga terikat dengan hukum pengharaman zakat tadi. Namun, kehendak Allah, hanya Bani Alawiyyah sahaja yang menjaga silsilah mereka. Mereka dipengaruhi pula oleh perkaitan dengan keturunan Rasulullah SAW melalui perkahwinan Ali bin Abi Talib dengan Fatimah binti Rasulullah.

Di sini ada aspek yang memperkukuhkan nasab Bani Alawiyyah. Mereka adalah Bani Hasyim dan kerana itu itu mereka Ahlul Bait. Mereka juga keturunan Rasulullah SAW, khasnya melalui jalur Hasan dan Hussain.Adapun dari jalur yang lain tenggelam dimamah  zaman.

Sumber menyebutkan bahawa Ali bin Abi Talib menikahi 8 orang Isteri lagi selepas kewafatan Fatimah puteri Rasulullah SAW. Di bawah adalah senarai isteri-isteri Ali bin Abi Talib:
1) Fatimah Az-Zahra
2) Ummul Banin bt Hizam
3) Laila bt Mas'ud
4) Asma' bt Umais
5) Ummu Habib bt Rabi'ah
6) Umamah bt Abi Al-As
7) Khaulah bt Jaafar- Ibu kepada Muhammad Al-Hanafiah
8) Ummu Said bt Urwah
9) Mahyat bt Umru-ul Qais.
Rujuk:Islamweb

Ali bin Abi Talib sendiri bukan hanya ada anak bernama Hasan dan Hussain. Malah dengan Fatimah binti Rasulullah dia mendapat anak lain iaitu Muhsin (mati kecil), Ummu Kalsum dan Zainab Al-Kubra. Di bawah disenarainkan anak-anak Ali bin Abi Tali. Mereka adalah 14 lelaki dan 17 perempuan.

Anak Lelaki
  1. Hasan
  2. Hussain
  3. Abbas
  4. Jaafar
  5. Abdullah bin Binti Hizam
  6. Uthman 
  7. Yahya 
  8. Muhammad
  9. Abu Bakar
  10. Abdullah bin Laila
  11. Umar
  12. Muhammad Al-Ausat
  13. Muhammad Al-Hanafiyyah-Dia dibinkan kepada kabilah Ibunya untuk membezakan antara 

Anak Perempuan:

  1. Ummu Kalsum-Kahwin dengan Umar Al-Khattab pada tahun 17 H dan dapat anak dua orang diberi nama Zaid.dan Ruqayyah.
  2. Zainab al-Kubra-Berkahwin dengan sepupunya Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib
  3. Ruqayyah
  4. Ramlah
  5. Ummul Hasan
  6. Jariah

Anak Ali bernama Yahya adalah hasil perkahwinan Ali dengan Asma' binti Umais. NamunYahya mati dalam hayat Ali dan dia tiada anak. (mungkin tak sempat kawin). Sebelum kahwin dengan Ali, Asma' sudah kahwin dengan Jaafar bin Abi Talib dan dapat anak iaitu Muhamamd, Aun dan Abdullah. Selepas Jaafar mati, Asma' kahwin pula dengan Abu Bakar As-Siddiq dan dapat anak namanya Muhammad bin Abu Bakar.