Showing posts with label Doa Sunnah. Show all posts
Showing posts with label Doa Sunnah. Show all posts

Thursday, August 8, 2024

HUKUM SAPU MUKA LEPAS BERDOA

  •  Ada kalangan yang melarang menyapu muka selepas berdoa tidak kira dalam solat atau luar solat
  • Mereka berdalilkan hadis-hadis yang menyebutkan tentang sapu muka selepas doa otu, semuanya daif belaka.
  • Juga diambil kalam yang disandarkan kepada Al-Izz bin Abdussalam yang menyebutkan:

(لا يمسح وجهه بيديه عقيب الدعاء إلا جاهل

  • Pun begitu, riwayata-riwayat banyak menyebutkan amalan kalangan salaf bahawa mereka menyapu muka selepas berdoa.
  • Dalam Mausu'ah Al-Kuwaitiyyah (Jil 422 Ms 366) menuayatakan:
ذَهَبَ الْحَنَفِيَّةُ عَلَى الصَّحِيحِ وَالشَّافِعِيَّةُ عَلَى الْمُعْتَمَدِ إِلَى جَوَازِ مَسْحِ الْوَجْهِ عِنْدَ الدُّعَاءِ



Khulasah Masalah:

Hukum sapu tangan ke muka selepas berdoa adalah khilaf kalangan ulama. Ada yang berpandangan tidak masyru' kerana hadis-hadis yang menjadi dalilnya tidak saheh. Namun ada yang mengatakannya sunat kerana riwayat-riwayat menyebutkan sebahagianb salaf mengamalkannya. Justeru, dalam masalah ini, tidak perlu rigid (tasyaddud). Ia adalah muwassa'. Siapa yang tidak mahu beramal dengan sapu muka, silakan. Siapa yang mahu beramal, sesungguhnya ramai para salag dan ulama mengamalkannya. Perkataan Izzuddin bin Abdussalam bukan hujjah!

Tuesday, July 23, 2024

Apakah Bacaan Tahniah Untuk Kelahiran Anak mengikut Sunnah?

 Bacaan Sunnah ketika mengucapkan tahniah kepada seseorang yang dapat anak baru , disebutkan dalam Al-Azkar adalah seperti berikut:


 بارك الله لك في الموهوب لك ،وشكرت الواهب، وبلغ أشدهُ، ورزقت برهُ



Bagi  yang menerima ucapan tahniah  itu disunatkan membalas:


بارك الله لك وبارك عليك ، وجزاك الله خيراً ، ورزقك الله مثله، وأجزل ثوابك