Showing posts with label Ulasan hadis. Show all posts
Showing posts with label Ulasan hadis. Show all posts

Sunday, February 8, 2026

Amrun Qodariy dan Amrun Syar'iy

 Bila Allah katakan dalam Quran bahawa Mekah negeri yang aman, ia bukan bermaksud secara kauni dan qadari Mekah itu negeri yang aman. Realitinya, berlaku beberapa kejadian dalam episod sejarah, kemanan Makkah dipecahkan dan dilangagr. Maka kemanan Makkah yang dijanjikan Allah itu adalah satu bentuk perintah Syarak. Ia sama seperti perintah buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah.

Kena faham beza antara "Amrun Qadariy" dengan "Amrun Syar'iy".

Seperti sabda nabi SAW dalam hadis di bawah yang diriwayatkan dalam Saheh Bukhari dan Muslim:


إن هذا البلد حرمه الله يوم خلق السموات والأرض، فهو حرام بحرمة الله إلى يوم القيامة، وإنه لم يحل القتال فيه لأحد قبلي، ولم يحل لي إلا ساعة من نهار، فهو حرام بحرمة الله إلى يوم القيامة

Tanah ini telah dijadikan suci oleh Allah pada hari Dia menciptakan langit dan bumi, dan tetap suci dengan ketetapan Allah sehingga hari kiamat. Berperang di dalamnya tidak dibenarkan kepada sesiapa pun sebelum saya, dan ia hanya dibenarkan kepada saya untuk tempoh yang singkat pada siang hari. Ia tetap suci dengan ketetapan Allah sehingga hari kiamat.

Oleh itu , kena faham, bila Allah SWT sebut:

ومن دخله كان آمناً

( Surah Ali Imran: 97)


Dalam rekod sejarah, Makkah pernah di serang dan Kaabah dihentam denagn peluru Manjanik pada zaman Yazid bin Muawiyyah. Demikian pada pada tahun 317H, Makkah diserang oleh puak Syiah Qaramitoh dan dibunuh ramai hujjaj yang sedang tawaf di Kaabah. Bahkan Hajaral aswad dicungkil keluar dari tempatnya dan dibawa balik oleh mereka ke negeri Mereka di Al-Ihsaa, bahrain dan kaabah kehilangan Hajaral Aswad selama lebih 20 tahun. 

Berulangkali Makkah diserang dan keharamannya dipecahkan. Warganya terbubunuh dan kemanannya hilang. 

Justeru di sinilah kita kena faham mengenai amrun qodariy dan amrun syar/iy.

Memang pada masa dajjal , ada hadis menyebutkan bahawa diajjal tidak boleh masuk ke makkah dan Madinah. Tapi pada zaman sebelum qiamat, Mekkah akan diserang dan Kaabah akan diruntuhkan oleh orang-orang yang nabi sebutkan dengan nama "Zu as-suwaiqatain".




Monday, January 6, 2025

Abu Lahab diringankan Azab?

Azab siksaan yang akan ditanggung oleh kafir pada hari akhirat tidak akan diringankan. Ini telah tsabut menerusi Firman Allah SWT dalam Al-Quran:

وَالَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ نَارُ جَهَنَّمَ لا يُقْضَى عَلَيْهِمْ فَيَمُوتُوا وَلا يُخَفَّفُ عَنْهُمْ مِنْ عَذَابِهَا 

Surah Fatir: 36


وَقَالَ الَّذِينَ فِي النَّارِ لِخَزَنَةِ جَهَنَّمَ ادْعُوا رَبَّكُمْ يُخَفِّفْ عَنَّا يَوْماً مِنَ الْعَذَابِ . قَالُوا أَوَلَمْ تَكُ تَأْتِيكُمْ رُسُلُكُمْ بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا بَلَى قَالُوا فَادْعُوا وَمَا دُعَاءُ الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلالٍ 

Ghafir :49-50


Timbul persoalan mengenai riwayat hadis yang menyebutkan Abu Lahab diringankan azabnya kerana memerdekakan Tsuwaibah, hambanya yang datang membawa khabar gembira kelahiran nabi Muhammad SAW.

Hadis mengenainya diriwayat dalam Saheh Bukhari daripada Urwah bin Az-Zubair secara Mursal.

Ia disebutkan oleh Imam Bukhari tatkala menyatakan hadis yang menyebutkan tentang Tsuwaibah.