Sesiapa yang berjimak di siang hari ramadhan, maka atasnya kifarat. Kifaratnya ialah:
3 perkara mengikut tertib( bukan pilihan)
a) Merdekakan seornag hamba perempuan yang beriman
b) Puasa 2 bulan berturut-turut
c) Beri makan kepada 60 orang miskin.
Sekiranya seseorang itu berbuka dulu dengan tujuan berjimak, maka perbuatannya berbuka itu tidak menghalalkannya berjimak. Dengan kata lain, walaupun dia berbuka puasa lalu berjimak di siang Ramadhan, dia tetap perlu membayar kifarat. Ini berdasarkan kaedah feqah:
من استعجل الشيء قبل أوانه عوقب بحرمانه
" Sesiapa yang menyegerakan untuk sesuatu sebelum masanya, maka dia dihukum dengan terhalang untuk mendapat sesuatu itu".
Kaedah Usul Feqah di atas dipakai untuk masalah tersebut menurut Mazhab Hanafi dan Maliki. Jika berbuka dengan sengaja lalu berjimak, wajiblah kifarat. Namun, TIDAK bagi Mazhab Syafie ,Hambali dan Zahiri. Jika berbuka dahulu sebelum jimak, maka Tidak wajib kifarat.
Maka masalah feqah ini dikecualikan daripada Kaedah tersebut menurut Mazhab Syafie, Hambali dan Zohiri.
No comments:
Post a Comment