Ulama berkhilaf tentang hukumnya kepada beberapa pandangan:
1) Sunat- Maka berlaku khilaf tentang jumlah rakaatnya. Dikatakan sekurang-kurangnya adalah 2 rakaat dan paling banyak adalah 12 rakaat. bahkan ada yang mengatakan tiada had maksimanya.
2) Ia tidak disyariatkan kecuali ada sebab. Ini berdasarkan hadis riwayat Ummu Hani tentang solat nabi SAW ketika masuk Makkah di waktu dhuha. Demikian riwayat Tobari mengenai Khalid yang solat Dhuha dalam beberapa futuhatnya. Begitu juga riwayat Ibn Majah yang menyebutkan bahawa Rasulullah SAw solat dhuha ketika sampai kepadanya khabarnya terbunuhnya Abu Jahal. Maka semua itu dikatakan solat sunat syukur.
3) Tidak disunatkan. Diriwayatkab bahaw aAbdurrahman bin Auf dan Ib mas'ud tidak melakukannya.
4) Sunat buat kadang-kadang sahaja. Ini adalah pandangan salah satu riwayat mazhab Ahmad.
5) Disunatkan buat sentiasa dengan syarat di rumah dan bukan di masjid kerana dibimbangi dilihat sebagai wajib.
6) Ia adalah bid'ah dan ini berdasarkan riwayat Urwah daripada Ibn Umar.
Berkata Ibn Solah, hadis yang menyebutkan solat sunat Dhuha wajib atas nabi SAW adalah daif dan tidak boleh dijadikan hujjah untuk mengatakan nabi SAW wajib atasnya solat sunat dhuha.
Baca Kitab Khasaisul Mukhtar karya Syeikh Ibn Tulun Ad-damsyiqi (meninggal: 953H)
No comments:
Post a Comment