Saturday, September 9, 2023

KIFARAT ZIHAR -Alasan untuk tidak puasa 2 bulan berrturut-turut.

 Suami yang menziharkan isterinya, hendaklah membayar kirat zihar:

1) Merdekakan seorang hamba

2 Puasa 2 bulan berturut-turut.

3) Beri makan 60 orang miskin

Mazhab Islam mempunyai perincian mengenai situasi yang boleh diterima untuk dikatakan TIDAK MAMPU puasa 2 bulan berturut-turut.

Mazhab Hambali menggariskan keadaan 5 keadaan yang yang jika ada salah satunya , dianggap tidak mampu puasa 2 bulan berturut-tuurut itu:

1) Sakit walaupun sakitnya itu tidak berpanjangan selama 2 bulan.

2) Jika orang yang telah sangat tua.

3) Jika ditakuiti akan bertambah sakit dan membuatkan sakit jadi lama bila puasa 2 bulan itu dilakukan.

4) Jika dia jenis yang tak tahan nafsu jimak (Syabqun) dan 2 bulan sangat lama buatnya untuk menghabiskannya, sementara tiada isteri lain untuk dijimakkan.

5) Puasa akan menjejaskan pekerjaan yang menjadi sumber sara hidupnya.

Menurut Mazhab Syafie pula, ada 4 keadaan iaitu:

1) Ada penyakit yang akan dialaminya menurut sangkaan  dan ia melbihi 2 bulan. 

2) Takut sakit bertambah jika puasa

3) Akan menimbulkan masyaqqah yang bersangatan jika puasa 2 bulan berturut-turut.

4) Ada ketidaktahanan nafsi seks (syabqun) 

Menuut Mazhab Hanafi, gugurnya kifarat puasa 2 bulan berturut-turut itu hanya bila:

Tak mampu puasa disebabkan sakit yang tidka diharapkan akan sembuh. Jika bayar kifarat beri makan 60 orang miskin, dan kemudian sakitnya sembuh, maka wajib kembali puasa 2 bulan berturut-turut semula. Kifarat zihar hanya lupus bila mati isteri atau ditalak bain yang tidak akan dikahwini semula. Jika kahwini balik, kena kifarat juga.


Menurt Mazhab Maliki pula, tidak mampu puasa 2 bulan berturut-turut itu diperakui jika dia lemah disebabkan sakit yang tidka dijangka akan sembuh. Ada kalangan ulama Maliki yang menambah dengan mengatakan bahawa bila sakitnya panjang dan dia tidak tahu akan sembuh atau tidak, padahal dia memerlukan isterinya, maka boleh dikifaratkan dengan beri makan 60 orang miskin. Andainya selepas itu dia sembuh, maka memadailah kifarat beri makan 60 orang miskin itu . Pandangan ini tidak menyaratkan penyakit yang tidak dijangka sembuh, bahkan jika penyakit itu dalam jangkaan akan sembuh sekalipun.


Rujuk: Shamela

No comments:

Post a Comment