Saturday, September 9, 2023

ZIHAR ISTERI KEMUDIAN TALAKKANNYA DAN KEMUDIAN KAHWINI SEMULA.

 Ini mungkin satu helah tak nak bayar kifarat zihar.  Suami pun ceraikan isterinya. Kalau cerai dengan talak raj'i dan rujuk balik, memang tidak bolehlah hilangkan kifarat zihar. Ini sepakai ulama . Namun, bagaimana kalau cerai dengan talak bain?

Talak bain maknanya cerai yang tidak membolehkan rujuk. Ada dua jenis iaitu:

a) Bain Sughra

  • Cerai talak raj'i dan sampai habis iddah tidak rujuk, maka jadi bain.
  • Cerai sebelum dukhul
  • Cerai dengan cara khulu' ( tebus talak)

b) Bain Kubra

  • Cerai talak tiga. Maka tidak halal menikah semula kecuali bekas isteri nikah dulu dengan orang lain.

Menurut Jumhur, termasuk Syafie dalam pandangan yang pertama, jika talak itu bain, dan kemudian suami kahwini balik dengan akad yang baru, suami tetap wajib atasnya kifarat zihar.

Namun Syafie ada pandangan kedua dan ketiga.

Pandangan kedua, kifarat gugur jika talak itu bain, tidak kiralah sughra atau kubra.

Pandangan ketiga Syafie pula menyebutkan hanya jika bain kubra sahaja  yang gugur kifarat zihar.

Hujjah Syafie adalah sebagaimana disebutkan dalam kitab Al-umm adalah pernikahan kalai kedua selepas talak baik itu bukan pemilikan seperti yang pertama di mana zihar berlaku. Maka tiada kifarat zihar lagi dalam pernikahan kedua.

Apapun, pandangan Jumhur lebih kuat. Zihar itu mengikat tidak kira apaun berlaku. 
Rujuk : Islamweb

No comments:

Post a Comment