Jika seseorang bersumpah dengan sumpah yang sah, lalu ingin meleraikannya dengan kifarat, maka baginya ada tiga pilihan. Pilihan ini disebut sebagai takhyir. Boleh pilih mana-mana antara 3 perkara ini mengikut kemampuannya/ 3 Perkara pilihan tersebut adalah:
- Beri makan 10 ornag miskin
- Beri pakaian 10 orang miskin
- Merdekakan seorang hamba
Jika ketiga-tiga pilihan di atas dia tidak mampu, misalnya kerana miskinnya dia, maka datanglah yang ke-4. Maka yang ke-4 ini adalah tertib. Itulah puasa 3 hari. Bila dikatakan tertib, maka seorang yang mahu meleraikan sumpahnya tiudak boleh terus melompat kepada yang ke-4 ini selagi belum benar-benar dipastikan dia tidak mampu melakukan mana-mana 3 pilihan sebelumnya.
Inilah kosep takhyir dan tartib yang ada dalam kifarat sumpah.
Baca: Islamweb
Boleh kifarat beri makan atau pakaian itu dilakukan untuk satu ahli rumah yang di dalam semua ornag miskin. Misalnya seorang ayah, ada isteri dan 8 orang anak dan mereka tergolong kalangan orang miskin, maka memadailah kifarat sumpah itu diserahkan kepada mereka.
Kadar makanan untuk seorang adalah 1 1/2 kg. Bermakna beri mereka beras 15 kilo. Jika disempurnakan dengan kelengkapan lauk pauk, itu lebih sempurna.
Rujuk fatwa: Binbaz
No comments:
Post a Comment