Pertanyaan tentang sebab itu kembali kepada persoalan, apakah larangan menggunakan bijana emas dan perak itu atas alasan zatiyah atau 'ardhiyyah. Zatiah maksudnya sifat fizikal emasnya. 'Ardhiyyah ertinya sifat lain yang ada bersamanya dan bukan sifat keemasan dan keperakannya.
Para ulama fuqaha ada dua sudut pandangan:
1) Larangan itu disebabkan sifat emasnya atau peraknya. Ia diharamkan kerana pada zaman itu emas dan perak jadi matawang. Jika emas dan perak digunakan sebagai bekas-bekas makanan dan minuman, susahlah ia menajdi matawang. Matawang terperangkap dalam rumah sebagai bekas minuman. Lalu, tidka berlaku peredaran matawang dalam masyarakat.
2) larangan tersebut adalah kerana faktor lain. Emas dan perak adalah barang berharga. Apabila ia dijadikan bekas minuman dna makanan, ia hanya mampu dibuat oleh ornag-ornag yang kaya. Ini akan membuatkan prang miskin terasarendah diri dan merasa hina. Ia menghancurkan hati-hati ornag miskin Maka sebab ini disebut sebab mendatang.
Ata dasar itu, keharaman atas emas dan perak sahaja dan tidak atas batu-batu permatazamrud dan lain-lain yang lebih mahal. Ini kerana emas dan perak dikenali ramai orang dan batu-batu berharga itu hanya dikenali oleh sebahagian orang sahaja.
Bacaan: Shamela
No comments:
Post a Comment