Friday, November 24, 2023

Bagaimana cara halang jin curi harta kita?

 Mampukah jin mencuri harta kita?

Umpamanya duit dalam dalam rumah kita atau emas dan sebagainya?

Ya....ia mampu berbuat demikian. Dalilnya hadis jin mencuri kurma sedekah yang diriwayatkan oleh sahabat nabi Abu Hurairah.

Jin melakukan pencurian itu sama ada suka-suka atau atas arahan seseorang yang menggunakan khidmatnya. Kata Ibn Taimiyyah, Jin dan Syaitan mendapat kelazatan daripada perbuatan jahat dan fitnah yang ditimbulkannya walaupun ia tidak memberi manfaat kepadanya. 

Bagi mengelakkan jin menggangu harta kita maka lakukan langkah-langkah berikut:

1) Ikat, kunci atau tutup harta tersebut

2) Lebih elok jika disebutkan nama Allah sewaktu melakukan perkara itu.

3) Baca doa ini semasa meninggalkan harta yang dibimbangi gangguan jin itu:


بسم الله أترككِ في أمان الله وضمان الله حتى احتاج إليكِ


4) Ruqyah berikut:

Dapatkan air dan garam kemudian bacakan bacaan berikut pada air itu:

بسم الله أمسينا بالله الذي ليس منه شيء ممتنع وبعزة الله الذي لا ترام ولا تضام، وبسلطان الله المتبع نحتجب، وبأسمائه الحسنى عائذين من الأبالسة ومن شر شياطين الإنس والجن ومن شر معلن أو مسر، ومن شر ما يخرج بالليل ويكمن بالنهار ويكمن بالليل ويخرج بالنهار، ومن شر ما خلق وذرأ وبرأ ومن شر إبليس وجنوده، ومن شر كل دابةٍ أنت أخذ بناصيتها، إن ربي على صراط مستقيم، أعوذ بك بما استعاذ به موسى وعيسي وإبراهيم الذي وَفَى ومحمد عليهم الصلاة والسلام من شر ما خلق وذرأ وبرأ ومن شر إبليس وجنوده ومن شر ما يتقي

أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان  الرجيم


Sambungkan bacaan dengan 10 ayat daripada permulaan Surah As-Saffat:


Kemudian renjiskan air dan garam tersebut di penjuru-penjuru rumah dan jagalah agar jangan melangkahinya.

Sumber: Albalad

Namun, ada kaedah di atas bukanlah warad dalam mana-mana hadis. Ia mungkin sebuah tajarrubat.

Dalam sunnah diterangkan bahawa baca Ayat kursi, mu'awwizatain dan baca surah Baqarah jin syaitan tak masuk rumah. 

Rujuk: Youtube


No comments:

Post a Comment