Tuesday, November 21, 2023

Beza antara Ju'alah dan Ijarah

1) Ju'alah saah walaupun pekerja yang hendak diberi bayaran majhul. Kalau Ijarah, pekerja mestilah ma'lum.

2) Pekerjaan yang dilakukan dalam Ju'alah boleh pekerjaan yang majhul, teta[i dalam ijarah, pekerjaannya hendaklah ma'lum.

3) Tidak disayaratkan dalam ju'alah pekerja yang melakukan kerja itu melafazkan Qubul.

4) Akad ju'alah tidka mengikat dan mana-mana pihak boleh mebatalkannya tanpa persetujuan pihak yang lain.

5) Bayaran jua'lah tidka berhak diodapati oleh pekerja melainkan setelah sempurna pekerjaannya. Kalau disyaratkan berikan dulu, maka batal. Lainhalnya dengan ijarah. Boleh didahulukan.


Boleh diterjemahkan untuk mudah faham:

Ijarah adalah Upah/sewa

Ju'alah adalah  Reward/ganjaran


Bonus untuk kakitangan awam adalah satu bentuk Ju'ah. Gajinya adalah upah

Para Fuqaha menyebutkan bahawa sesiapa melakukan sesuatu pekerjaan tanpa dijanjikan ja'lun dan tidak mendapat izin daripada pemilik pekerjaan itu, maka orang itu tidaklah berhak menuntut ja'lun kerana dia buat kerja tanpa dijanjikan dan tanpa izin. Namun, ada pengecualiannya:

1) Bila yang buat kerja itu memang jenis orang yang mempersiapkan diri untuk pekerjaan tersebut, umpamanya kerja bawa barang atau penunjuk jalan, Maka jika dia buat kerjanya itu dengan izin seseorang, maka dia berhak menuntut ja'lun walau tiada janji nkerana uruf memang begitu. namun bagi ornag yang bukan jenis menyiapkan dirinya untuk kerja itu, walau dizinkan, dia tidka berhak menuntut Ja'lun melainkan jika dibuat syarat.


2) Sesiapa yang menyelamat harta seseornag daripada musnah, umpamanya tenggelam atau terbakar (atau diragut), maka baginya hak menuntut ja'alun yang sama dengan harga barang yang mahu lupus itu walaupun pekerjaannya itu tanpa izin  tuan punya harta. 

 


No comments:

Post a Comment