Wednesday, May 22, 2024

HUKUM MAKAN BUAYA DAN JERUNG

Hukum makan katak adalah haram kerana ada hadis melarang kita daripada membunuhnya.

Kaedah, apa yang dilarang bunuh, maka diharamkan makan dagingnya.

Hadisnya berbunyi:

روى البيهقي عن سهل بن سعد الساعدي أن النبي صلى الله عليه وسلم: نهى عن قتل خمسة: النملة والنحلة والضفدع والصرد والهدد


Buaya pula diharamkan kerana selain ia bianatng pemangsa yang bertaring, ia juga haiwan Amfibia ( Barmaiyyun) iaitu hidupan air yang boleh hidup di darat dan tempohnya boleh lama. Kerana itu hukumnya macam hukum binatang darat dari jenis pemangsa dan bertaring. Ini pandangan Jumhur ulama Mazhab. 

Saya mengamalkan pandangan ini dan mengetengahkan pandangan ini kepada khalayak ramai.


Namun, menurut mazhab Maliki, buaya dihalalkan. Demikian juga salah satu pandangan dalam Mazhab Syafie dan satu wiyata dalam mazhab Hambali. Setengah salah juga mengharuskannya dan ulama Arab iaitu Syeikh Othaimin memilih pandangan tersebut. Demikian juga fatwa Lajnah Daimah memutuskan buaya halal dimakan.

Sementara ikan jeerung (Jaws/Shark)( bahasa Arab:   القرش ) maka ia dihalalkan dan ia tidak boleh disamakan dengan buaya kerana dia hanya hidup dalam air dan kerana itu tertakluik kepada hukum umum yang disebutkan dalam ayat:

حِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ مَتَاعًا لَكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ {المائدة: 96}


Pun begitu, ada khilaf juga kalangan ulama tentang halal atau haramnya makan ikan jerung. Ada yang kata halal dan ada yang kata haram. Pendapat kata halal itulah yang kita ambil dan saya beritahu khalayak pandangan yang kata halal.

Dalam masa yang sama , kita hargai pandangan dan hujahan merreka yang kata haram atas alasan ia binatang pemangsa yang bertaring!

No comments:

Post a Comment