Monday, September 15, 2025

WUDUK SELEPAS MANDI JUNUB

 Perkara dikhilafkan di kalangan  fuqaha.

Ada pandangan menyatakan bahawa mandi junub itu mengangkat hadas besar dan kecil. Maka tidak perlu lagi mengambil wuduk selepas mandi. Mandi itu itu sudah cukup dan boleh melaksanakan solat selepasnya tanpa pelu berwuduk semula. 

Pandangan ini berdalilkan hadis yang diriwayatkan Ibn Majah (No 579):

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ:كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَتَوَضَّأُ بَعْدَ الْغُسْلِ مِنَ الْجَنَابَةِ


Namun, seharusnya hadis ini dibaca bersama hadis mengenai sifat manji janabah Rasulullah SAW . Walaupun mengatakan cukup dengan mandi janabah itu untuk menggantikan wuduk, Syeikh Bin Baz sendiri mengatakan lebih sempurna kalau mandi junub sebagaimana perlakuan Rasulullah SAW iaitu memulakan dengan membasuh kemaluan  dan sekitarnya dan dikuti dengan mengambil wuduk solat. Selepas itu barulah baginda mandi dengan meratakan air ke seluruh tubuh dengan niat mengangkat hadas besar. 

Kalau nak memadai dengan mandi sahaja tanpa wuduk selepasnya untuk solat, maka sebaiknya lakukan sebagaimana Rasulullah lakukan.

Rujuk fatwa: Fatwa Bin Baz

Dalam Mazhab Syafie juga ada pandangan membolehkan mandi janabah itu mengangkat hadas kecil sekali. Al-Mawardi dalam Al-Hawi Al-Kabir (Juz 1, Ms 95) menyebutkan: 

فلو كان به حدثان أصغر وأكبر فاغتسل فنوى رفع الحدث  فقد اختلف أصحابنا في الحدث الأصغر هل يسقط حكمه بالحدث الأكبر ؟ على وجهين :

أحدهما : قد سقط حكمه ، فعلى هذا يجزئه غسله عن حدثه الأكبر .

والوجه الثاني : أنه لا يسقط حدثه الأصغر ، فعلى هذا لا يجزئه غسله من واحد من الحدثين لامتيازهما ، وإن أطلق النية يحتمل التشريك بينهما ، فلو عين النية فنوى غسل ص: 95 ] الجنابة أو كانت امرأة فنوت غسل الحيض أجزأهما ذلك ، فلو كان جنبا فنوى رفع الحدث الأصغر  لم يجزه ، وإن كان محدثا فنوى رفع الحدث الأكبر  أجزأه ، لأنه يصح أن يرفع الأدنى بالأعلى ، ولا يصح أن يرفع الأعلى بالأدنى .


Secara peribadi saya rasa lebih tenang untuk mengambil wuduk semula selepas mandi janabah. Sungguhpun ada pandangan menyebutkan tak perlu, timbul syubhat untuk memastikan tidak berlakunya hadas kecil semasa mandi junub seperti kencing atau sentuh kemaluan. Jika boleh jaga tertib mandi junub seperti nabi iaiotu bash kemaluan dulu, kemudian wuduk dan setelah itu baru mandi, maka bolehlah untuk tak berwuduk lagi. Kalau tidak , baik berwuduk semula.


Catatan hukum:

Hukum sentuh zakar atau faraj, adakah batal wuduk.

Maksud sentuh itu adalah tidak berlapik. Kalau berlapik, tiada isu.

Masalah ini ada khilaf kalangan fuqaha. Ada 3 pandangan:

  1. Pandangan Syafie: Batal
  2. Pandangan Abu Hanifah: Tidak Batal
  3. Pandangan Ahmad dan Malik: Batal wuduk kalau sentuh dengan syahwat.

Maka mengikut pandangan Jumhur ulama. dalam kes seperti ibu menyentuh zakar atau waraj anaknya ketika menyucikan najis mereka, tukar lampin dan seumpamanya, ia tidak membatalkan wuduk. Ini pandangan Hambali dan juga Maliki. Di tambah pula pandangan Hanafi yang mengatakan tidka batal sama sekali. Mazhab syafie sahaja kata batal wuduk, namun itupun kalau sentuh dengan tapak tangan. Kalau sentuh dengan belakang tangan, tak batal wuduk.




















Thursday, September 4, 2025

Makmum mendahului Imam dalam solat berjemaah

 Masa solat berjemaah, kekadang makmum mendahului imam dalam pergerakannya. Apakah hukumnya?

Para fuqaha mempunyai pandangan yang berbeza dalam hal ini.  Namun tulisan ini akan menfokuskan kepada padangan dalam feqah syafie.

Pada dasarnya telah disebutkan dalam hadis mengenai hall ini yang duifahamkan jumhur mengenai batlnya solat jika makmun mendahuklui imam.

أيها الناس، إنى إمامكم فلا تسبقونى بالركوع ولا بالسجود ولا بالقيام ولا بالقعود ولا بالانصراف

(hadis riwayat Ahmad dan juga Muslim)

Demikian disebutkan dalam Saheh Bukhari dan Muslim (Muttafaq Alaih) satu hadis:

(إنما جعل الإمام ليؤتم به، فلا تختلفوا عليه، فإذا كبر فكبروا، وإذا ركع فاركعوا، وإذا قال سمع الله لمن حمده فقولوا: اللهم ربنا لك الحمد، وإذا سجد فاسجدوا..)

Dalam Mazhab Syafie, makmum mendahului imam tanpa uzur dua rukun fi'li, baru batal solatnya.

قال في المنهاج في الفقه الشافعي: ولو تقدم بفعل كركوع وسجود إن كان بركنين بطلت، وإلا فلا، وقيل: تبطل بركن. 


قال الشربيني في مغني المحتاج إلى معرفة ألفاظ المنهاج: وإلا بأن كان التقدم بأقل من ركنين سواء أكان بركن أم بأقل أم بأكثر (فلا) تبطل صلاته لقلة المخالفة ولو تعمد السبق به لأنه يسير كعكسه، وله انتظاره فيما سبقه به كأن ركع قبله، والرجوع إليه مستحب ليركع معه إن تعمد السبق جبراً لما فاته، فإن سها به تخير بين الانتظار والعود، والسبق بركن عمداً -كأن ركع ورفع والإمام قائم- حرام لخبر مسلم: لا تبادروا الإمام: إذا كبر فكبروا وإذا ركع فاركعوا. وفي رواية صحيحة رواها الشيخان: أما يخشى الذي يرفع رأسه قبل رأس الإمام أن يحول الله رأسه رأس حمار


Mendahului imam dalam rukun feeli dengan sengaja tidak membatalkan solat di sisi mazhab 4. Mazhab Ibn Hazmin Az-Zahari kata batal.

Cuma dalam mazhab hambali, perbuatan itu dibilang sebagai dosa dan makmum itu wajib kembali lakukan rukun yang dia buat mendahuli imam itu semula selepas imamnya. Jika tidak buat demikian, barulah hukumnya batal solat itu.


* Di sisi Mazhab Syafie, bila makmum mendahului imam dua rukun feeli, sama ada sengaja ataui tidak, batallah solatnya.
* Jika mendahului imam satu rukun, tidak batal solat namun sunat ia kembali  jika sengaja mendahului. Jika tidak sengaja, maka diberi pilihan  samada untuk kekal atau kembali kepada rukun yang sedang imam berada.

Rujuk Fathul Mu'in bi Syarh Qurrratul Ain Bi Muhimmati Ad-din  oleh Zainuddin Ma'bari

( Zainuddin Ma'bari/ Malibari adalah seorang ulama feqah Syafie berasald dari tanah India selatan iaitu daerah Malibari. Nama penuhnya ialah Abu Yahya Zainuddin bin Ali bin Ahmad Al-Ma'bari Al-Malibari. Beliau lahir pada tahun 872H dan wafat tahun 928H bersamaan tahun Masihi 1467 dan 1522)
-Inggeris mula tiba di India pada tahun 1608.