Monday, September 15, 2025

WUDUK SELEPAS MANDI JUNUB

 Perkara dikhilafkan di kalangan  fuqaha.

Ada pandangan menyatakan bahawa mandi junub itu mengangkat hadas besar dan kecil. Maka tidak perlu lagi mengambil wuduk selepas mandi. Mandi itu itu sudah cukup dan boleh melaksanakan solat selepasnya tanpa pelu berwuduk semula. 

Pandangan ini berdalilkan hadis yang diriwayatkan Ibn Majah (No 579):

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ:كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَتَوَضَّأُ بَعْدَ الْغُسْلِ مِنَ الْجَنَابَةِ


Namun, seharusnya hadis ini dibaca bersama hadis mengenai sifat manji janabah Rasulullah SAW . Walaupun mengatakan cukup dengan mandi janabah itu untuk menggantikan wuduk, Syeikh Bin Baz sendiri mengatakan lebih sempurna kalau mandi junub sebagaimana perlakuan Rasulullah SAW iaitu memulakan dengan membasuh kemaluan  dan sekitarnya dan dikuti dengan mengambil wuduk solat. Selepas itu barulah baginda mandi dengan meratakan air ke seluruh tubuh dengan niat mengangkat hadas besar. 

Kalau nak memadai dengan mandi sahaja tanpa wuduk selepasnya untuk solat, maka sebaiknya lakukan sebagaimana Rasulullah lakukan.

Rujuk fatwa: Fatwa Bin Baz

Dalam Mazhab Syafie juga ada pandangan membolehkan mandi janabah itu mengangkat hadas kecil sekali. Al-Mawardi dalam Al-Hawi Al-Kabir (Juz 1, Ms 95) menyebutkan: 

فلو كان به حدثان أصغر وأكبر فاغتسل فنوى رفع الحدث  فقد اختلف أصحابنا في الحدث الأصغر هل يسقط حكمه بالحدث الأكبر ؟ على وجهين :

أحدهما : قد سقط حكمه ، فعلى هذا يجزئه غسله عن حدثه الأكبر .

والوجه الثاني : أنه لا يسقط حدثه الأصغر ، فعلى هذا لا يجزئه غسله من واحد من الحدثين لامتيازهما ، وإن أطلق النية يحتمل التشريك بينهما ، فلو عين النية فنوى غسل ص: 95 ] الجنابة أو كانت امرأة فنوت غسل الحيض أجزأهما ذلك ، فلو كان جنبا فنوى رفع الحدث الأصغر  لم يجزه ، وإن كان محدثا فنوى رفع الحدث الأكبر  أجزأه ، لأنه يصح أن يرفع الأدنى بالأعلى ، ولا يصح أن يرفع الأعلى بالأدنى .


Secara peribadi saya rasa lebih tenang untuk mengambil wuduk semula selepas mandi janabah. Sungguhpun ada pandangan menyebutkan tak perlu, timbul syubhat untuk memastikan tidak berlakunya hadas kecil semasa mandi junub seperti kencing atau sentuh kemaluan. Jika boleh jaga tertib mandi junub seperti nabi iaiotu bash kemaluan dulu, kemudian wuduk dan setelah itu baru mandi, maka bolehlah untuk tak berwuduk lagi. Kalau tidak , baik berwuduk semula.


Catatan hukum:

Hukum sentuh zakar atau faraj, adakah batal wuduk.

Maksud sentuh itu adalah tidak berlapik. Kalau berlapik, tiada isu.

Masalah ini ada khilaf kalangan fuqaha. Ada 3 pandangan:

  1. Pandangan Syafie: Batal
  2. Pandangan Abu Hanifah: Tidak Batal
  3. Pandangan Ahmad dan Malik: Batal wuduk kalau sentuh dengan syahwat.

Maka mengikut pandangan Jumhur ulama. dalam kes seperti ibu menyentuh zakar atau waraj anaknya ketika menyucikan najis mereka, tukar lampin dan seumpamanya, ia tidak membatalkan wuduk. Ini pandangan Hambali dan juga Maliki. Di tambah pula pandangan Hanafi yang mengatakan tidka batal sama sekali. Mazhab syafie sahaja kata batal wuduk, namun itupun kalau sentuh dengan tapak tangan. Kalau sentuh dengan belakang tangan, tak batal wuduk.




















No comments:

Post a Comment