Friday, February 27, 2026

Ummu Haram dan Ummu Sulaim

Kedapatan hadis yang menceritakan hubungan rapat antara Nabi SAW denagn Ummu Sulaim dan Ummu Haram, dua wanita penghuni Kota Madinah. 

Ummu Sulaim itu adalah Ibu kepada Anas bin  Malik dan isteri kepada Malik bin An-Nadhar bin Dhomdhom Al-Kjazraj sebelum Islam. Ummu Sulaim telah memeluk Islam ketika ISlam mula diperkenalkan di Kota Madinah. Suaminya marah dan mengungutnya. Namun, ketika suaminya bermusafir ke Syam, dia mati dalam musafirnya. Setelah itu, Abu Talhah Al-Ansari yang masih kafir ketika itu meminangnya. Dia menjadikan masuk Islam sebagai mahar. Maka, Abu Talhah pun masuk Islam dan berkahwin dengannya. Anak Ummu Sulain, Anas bin Malik pada usianya 10 tahun, dibawanya menemui Rasulullah SAW dan diserahkan untuk menjadi khadam Rasulullah SAW.

Disebutkan dalam hadis Muslim, riwayat Anas bin  Malik ( No: 2331) bahawa satu hari baginda Rasul bertandang ke rumah ibunya dan tidur di katil ibunya. Berikut teks hadisnya:


كانَ النَّبيُّ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ يَدْخُلُ بَيْتَ أُمِّ سُلَيْمٍ فَيَنَامُ علَى فِرَاشِهَا، وَليسَتْ فِيهِ، قالَ: فَجَاءَ ذَاتَ يَومٍ فَنَامَ علَى فِرَاشِهَا، فَأُتِيَتْ فقِيلَ لَهَا: هذا النَّبيُّ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ نَامَ في بَيْتِكِ علَى فِرَاشِكِ، قالَ: فَجَاءَتْ وَقَدْ عَرِقَ، وَاسْتَنْقَعَ عَرَقُهُ علَى قِطْعَةِ أَدِيمٍ علَى الفِرَاشِ، فَفَتَحَتْ عَتِيدَتَهَا فَجَعَلَتْ تُنَشِّفُ ذلكَ العَرَقَ فَتَعْصِرُهُ في قَوَارِيرِهَا، فَفَزِعَ النَّبيُّ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ فَقالَ: ما تَصْنَعِينَ يا أُمَّ سُلَيْمٍ؟ فَقالَتْ: يا رَسولَ اللهِ، نَرْجُو بَرَكَتَهُ لِصِبْيَانِنَا، قالَ: أَصَبْتِ.
Hadis ini memberi isyarat bahawa Ummu Sulaim itu adalah mahram nabi SAW. Ulama menejlaskan sebab jadi mahram itu adalah kerana susuan. Ada yang mengaitkannya dengan hubungan melalui hubungan ibu saudara kerana datuk Nabi SAW, Abdul Mutallib  itu ibunya adalah dari bani An-Najjar.

Mengenai Ummu Haram pula, dia adalah saudara perempuan kepada Ummu Sulaim. Mereka sama-sama anak Milham bin Khalid yang nasabnya sampai kepada An-Najjar yang berupakan salahs atu Butun puak Khazraj.

Ummu Haram itu suaminya adalah Ubadah bin As-Somit, seornag sahabat nabi SAW yang dimuliakan.

Terdapat hadis dalam Saheh Bukhari yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik mengenai Ummu Haram ini. Teksnya adalah seperti berikut:

كانَ رَسولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ يَدْخُلُ علَى أُمِّ حَرامٍ بنْتِ مِلْحانَ، وكانَتْ تَحْتَ عُبادَةَ بنِ الصَّامِتِ، فَدَخَلَ عليها يَوْمًا فأطْعَمَتْهُ، وجَعَلَتْ تَفْلِي رَأْسَهُ، فَنامَ رَسولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، ثُمَّ اسْتَيْقَظَ وهو يَضْحَكُ، قالَتْ: فَقُلتُ: ما يُضْحِكُكَ يا رَسولَ اللَّهِ؟ قالَ: ناسٌ مِن أُمَّتي عُرِضُوا عَلَيَّ غُزاةً في سَبيلِ اللَّهِ، يَرْكَبُونَ ثَبَجَ هذا البَحْرِ، مُلُوكًا علَى الأسِرَّةِ -أوْ: مِثْلَ المُلُوكِ علَى الأسِرَّةِ، شَكَّ إسْحاقُ- قالَتْ: فَقُلتُ: يا رَسولَ اللَّهِ، ادْعُ اللَّهَ أنْ يَجْعَلَنِي منهمْ، فَدَعا لها رَسولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، ثُمَّ وضَعَ رَأْسَهُ، ثُمَّ اسْتَيْقَظَ وهو يَضْحَكُ، فَقُلتُ: ما يُضْحِكُكَ يا رَسولَ اللَّهِ؟ قالَ: ناسٌ مِن أُمَّتي عُرِضُوا عَلَيَّ غُزاةً في سَبيلِ اللَّهِ، كما قالَ في الأُولَى، قالَتْ: فَقُلتُ: يا رَسولَ اللَّهِ، ادْعُ اللَّهَ أنْ يَجْعَلَنِي منهمْ، قالَ: أنْتِ مِنَ الأوَّلِينَ. فَرَكِبَتِ البَحْرَ في زَمانِ مُعاوِيَةَ بنِ أبِي سُفْيانَ، فَصُرِعَتْ عن دابَّتِها حِينَ خَرَجَتْ مِنَ البَحْرِ، فَهَلَكَتْ.


Hadis ini juga menjadi petunjuk hubungan mahram antara Nabi SAW dengan Ummu Haram. Ia menunjukkan juga khabar masa depan, kemuliaan Saidina Muawiyah dan penglibatan Ummu Haram dalam peperangan bersejarah dalam Islam. 

Ummu Haram itu kuburnya ada di Cyprus.









Sunday, February 8, 2026

Amrun Qodariy dan Amrun Syar'iy

 Bila Allah katakan dalam Quran bahawa Mekah negeri yang aman, ia bukan bermaksud secara kauni dan qadari Mekah itu negeri yang aman. Realitinya, berlaku beberapa kejadian dalam episod sejarah, kemanan Makkah dipecahkan dan dilangagr. Maka kemanan Makkah yang dijanjikan Allah itu adalah satu bentuk perintah Syarak. Ia sama seperti perintah buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah.

Kena faham beza antara "Amrun Qadariy" dengan "Amrun Syar'iy".

Seperti sabda nabi SAW dalam hadis di bawah yang diriwayatkan dalam Saheh Bukhari dan Muslim:


إن هذا البلد حرمه الله يوم خلق السموات والأرض، فهو حرام بحرمة الله إلى يوم القيامة، وإنه لم يحل القتال فيه لأحد قبلي، ولم يحل لي إلا ساعة من نهار، فهو حرام بحرمة الله إلى يوم القيامة

Tanah ini telah dijadikan suci oleh Allah pada hari Dia menciptakan langit dan bumi, dan tetap suci dengan ketetapan Allah sehingga hari kiamat. Berperang di dalamnya tidak dibenarkan kepada sesiapa pun sebelum saya, dan ia hanya dibenarkan kepada saya untuk tempoh yang singkat pada siang hari. Ia tetap suci dengan ketetapan Allah sehingga hari kiamat.

Oleh itu , kena faham, bila Allah SWT sebut:

ومن دخله كان آمناً

( Surah Ali Imran: 97)


Dalam rekod sejarah, Makkah pernah di serang dan Kaabah dihentam denagn peluru Manjanik pada zaman Yazid bin Muawiyyah. Demikian pada pada tahun 317H, Makkah diserang oleh puak Syiah Qaramitoh dan dibunuh ramai hujjaj yang sedang tawaf di Kaabah. Bahkan Hajaral aswad dicungkil keluar dari tempatnya dan dibawa balik oleh mereka ke negeri Mereka di Al-Ihsaa, bahrain dan kaabah kehilangan Hajaral Aswad selama lebih 20 tahun. 

Berulangkali Makkah diserang dan keharamannya dipecahkan. Warganya terbubunuh dan kemanannya hilang. 

Justeru di sinilah kita kena faham mengenai amrun qodariy dan amrun syar/iy.

Memang pada masa dajjal , ada hadis menyebutkan bahawa diajjal tidak boleh masuk ke makkah dan Madinah. Tapi pada zaman sebelum qiamat, Mekkah akan diserang dan Kaabah akan diruntuhkan oleh orang-orang yang nabi sebutkan dengan nama "Zu as-suwaiqatain".