Istilah "La Aslun Lahu" merujuk kepada hadis-hadis yang tiada sanadnya sama sekali.
Sebahagian ulama menggunakan istilah ini untuk menyifatkan secara lembut bahawa hadis itu adalah palsu, rekaan atas nama Nabi SAW. Hal ini banyak diaplikasikan oleh Al-Hafiz Al-Iraqi ketika mentakhrijkan hadis-hadis dalam kitab Ihya Ulumiddin.
Kerana hadis-hadis itu tidak ditemukan sanadnya, maka istilah itulah yang dipakai. Hendak kata maudhuk, tidaklah sampai ke tahap itu secara yakin. Namun, condong kepada maudhuk lebih banyak.Maka untuk tidak sifatkan maudhuk, disifatkanlah sebagai "LA ASLUN LAHU".
Hadis-hadis La Aslun Lahu juga tidak akan dapat ditemui dalam kitab-kitab hadis termasuk kitab-kitanb Al-maudhu'at yang dikarang oleh para ulama hadis.
No comments:
Post a Comment