Wednesday, October 5, 2022

Adakah Tahiyyah Masjidil Haram itu Tawaf?

 Apabila orang luar yang datang ke Makkah untuk umrah atau haji, masuk masjidil haram, maka tahiyyatul masjid baginya adalah tawaf.  Adapun jika dia bukan orang yang baru datang, maka tahiyyatul masjid buatnya adalah solat dua rakaat sebagai telah disebutkan dalam hadis tentang disunatkan bila masuk masjid hendaklah solat sunat 2 rakaat sebelum duduk. Hadisnya berbunyi:

إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يصلي ركعتين

(Muttafaq alaih)


Maka, hukum hadis ini terpakai dalam semua masjid, termasuk Masjidil Haram.

Seorang ulama mazhab Hanafi bernama Al-Marghinani yang mengarang kitab bernama Al-Hidayah menyebutkan tentang tawaf sebagai tahiyyatul masjid bagi masjidil haram. 


Hadis yang dimaksudkan ialah:

تحية البيت الطواف


Seorang ulama Mazhab Hanafi dalam bidang Hadis bernama Al-Hafiz Zainuddin Az-Zaila'i ketika mentakhrijkan hadis dalam kitab Al-Hidayah memberi komentar terhadap hadis tawaf sebagai tahiyyatil masjid di masjidil Haram dengan meletakkannya sebagai "GHARIB". Lebel ini adalah terlalu berlebihan dalam menajga adab dengan pengarang kitab tadi oleh Al-hafiz  Az- Zaila'i. Seharusnya dia lebih berani menyifatkan hadis itu dengan lebih tegas dengan menyebutkannya sebagai "La Aslun Lahu" sebagaimana yang dibuat oleh Al-Iraqi ketika mentakhrijkan hadis-hadis dalam kitab Ihya Ulumiddin. Paling lembut, bahasa yang digunakan oleh Al-Iraqi ialah "Lam Ajid Lahu Aslan". Demikian ketegasan Al-Iraqi dalam menilai hadis-hadis yang tidak Tsabit dalam kitab-kitab hadis.

Lebel GHARIB yang dibuat oleh Az-Zaila'i itu menimbulkan kekeliruan kerana GHARIB dalam ilmu Mustalah Hadis adalah hadis yang diriwayatkan oleh perawi secara berseorangan. Ia juga difahami bahawa ia mungkin saheh dan mungkin daif. Padahal hadis " Tahiyyat bagi Baitullah adalah Tawaf" adalah "TIADA ASAL BAGINYA". Septutnya lebel itulah yang dipakai untuk menjelaskan status hadis yang disebutkan oleh Al-Marghinani dalamkitabnya "Al-Hidayah.

Diciplak dengan editing daripada:


No comments:

Post a Comment