Friday, April 7, 2023

PERBEZAAN ANTARA ATTIBAQ DAN MUQABALAH

At-Tibaq dan Muqabalah adalah dua istilah dalam ilmul bayan wal badi'.

Makna At-Tibaq ialah menyebutkan satu perkataan dengan lawannya dalam satu ayat. Umpamanya:

(هو الأول والآخر)-Isim

(هو أضحك وأبكى)-Fe'el

(يوم لك، ويوم عليك).-Huruf


Adapun muqabalah ialah menyebutkan dua perkataan atau lebih yang sama pada maknanya , lalu kemudian menyusul dua perkataan atau lebih yang berlawanan dengan dengan makna tersebut.


Contoh:

إذا كان الكلام من فضة فالسكوت من ذهب
"Jika berkata-kata itu laksana perak, maka diam itu laksana emas"

Bekata-kata dan perak adalah dua perkataan yang berkongsi pada maknanya itu bernilai. Maka diam adalah perkataan yang berlawanan dengan berkata-kata. Dia dan emas berkongsi pada makna iaitu lebih mahal.

Demikianlah juga dalam contoh di bawah:


ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث

Maka , At-tibaq itu adalah perkataan mufrad yang disebut bersama mufrad lain yang menjadi kata lawannya. 

Bacaan tambahan:


No comments:

Post a Comment