Dalam hadis Saheh Bukhari riwayat Jabir bin Abdullah beliau berkata:
كُنَّا مع النبيِّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ في غَزْوَةٍ، فَلَمَّا قَفَلْنَا، كُنَّا قَرِيبًا مِنَ المَدِينَةِ، تَعَجَّلْتُ علَى بَعِيرٍ لي قَطُوفٍ، فَلَحِقَنِي رَاكِبٌ مِن خَلْفِي، فَنَخَسَ بَعِيرِي بعَنَزَةٍ كَانَتْ معهُ، فَسَارَ بَعِيرِي كَأَحْسَنِ ما أنْتَ رَاءٍ مِنَ الإبِلِ، فَالْتَفَتُّ فَإِذَا أنَا برَسولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، فَقُلتُ: يا رَسولَ اللَّهِ، إنِّي حَديثُ عَهْدٍ بعُرْسٍ، قَالَ: أتَزَوَّجْتَ؟ قُلتُ: نَعَمْ، قَالَ: أبِكْرًا أمْ ثَيِّبًا؟ قَالَ: قُلتُ: بَلْ ثَيِّبًا، قَالَ: فَهَلَّا بكْرًا تُلَاعِبُهَا وتُلَاعِبُكَ قَالَ: فَلَمَّا قَدِمْنَا ذَهَبْنَا لِنَدْخُلَ، فَقَالَ: أمْهِلُوا، حتَّى تَدْخُلُوا لَيْلًا - أيْ عِشَاءً - لِكَيْ تَمْتَشِطَ الشَّعِثَةُ، وتَسْتَحِدَّ المُغِيبَةُ.
"Kami bersama Rasulullah SAW dalam satu peperangan( fathu Makkah). Maka tatkala kami pulang dan kami telah hampir dengan Kota Madinah, aku pun segera naik untaku yang berjalan lambat. Seseorang yang menunggang di belakangku telah menjolok untaku dengan tongkat yang ada bersamanya, maka untaku pun berjalanlah dengan elok sepertimana kalaina lihat unta-unta lain berjalan. Aku menoleh ke belakang , rupa-rpanya Rasulullah SAW yang melakukannya. Lalu, aku berkata kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah , saya baru kahwin. Sabda baginda: Kamu sudah kahwin? Kataku: Ya. Sabda baginda: Anak dara atau janda? Kataku: Janda. Sabda baginda: Kenapa ak kahwin dengan anak dara? Dia akan menyeronakkan kamu dan kamu pula menyeronakkannya. Makaapabila kami hampir dan nak masuk ke Kota Madinah, baginda bersabda: Tunggu dulu, kalain semua masuk waktu malam sahaja supaya isteri-isteri yang kusut dapat mengemaskan rambut mereka dan bercukur bulu ari-ari".
Dalam hadis di atas, Rasulullah menggesa agar didahulukan memilih anak dara sebagai isteri kerana anak dara akan menghiburkan setulusnya suaminya. Dia belum pernah punya memori dengan lelaki lain seperti para janda. Lalu, sepenuh kesukaannya buat suaminya sahaja.
Persoalannya., bukankah isteri-isteri Rasulullah semuanya janda kecuali Aisyah? Baginda sudarh ornag menikah dengan anak dara tapi baginda menikah dengan ramai janda. Anak dara seorang sahaja. Itulah Aisyah.
Kenapa? Cakap lain buat lain...apa sebab?
Perkara ini dijawab oleh Al-Imam Badruddin Az-Zakrkasyi dalam kitabnya yang bernama Al-Ijabah Li Iradi Mastadrakathu Aisyah 'Ala As-Sohabah, ms 17. Kata beliau ada 4 jawapan:
1) Rasulullah SAW ingin meminimakan keseronokan dan sifat berlazat-lazat dengan perkahwinan.2) Memperbanyakkan serta meperluaskan hukum hakam kerana para janda lebih faham dan kurnag malu untuk menyampaikan hal-hal dalaman yang melibatkan hukum hakam buat khalayak.3) Menutup kekurangan mereka lantara telah hilang kegadisan mereka.4) Mengangkat dan mengistimewakan Aisyah berbanding yang lain. Sebab itu dia seorang sahaja anak dara dan yang lain tidak.
No comments:
Post a Comment