Guna kaedah di bawah:
![]() |
Rumusan:
Menantu dengan Mertua: Haram selamanya dengan akad sahaja.
- Seorang lelaki kahwin dengan seorang perempuan. perempuan itu ada ibu. Bila berlaku akad sahaja, ibu perempuan itu jadi mahram selamanya dengan lelaki itu.
- Seorang perempuan kahwin dengan seorang lelaki. lelaki itu ada bapa. Bila berlaku akad sahaja, haramlah perempuan dengan bapa lelaki itu selamanya.
Anak tiri dengan Ibu Tiri: Haram selamanya dengan akad sahaja (sebaik sahaja wanita itu sah menjadi isteri bapa).
- Seorang lelaki kahwin dengan seorang perempuan. Lelaki itu ada anak lelaki. Bila sudah akad, maka jadilah anak lelaki itu haram selamanya dengan isteri bapanya.
Anak tiri dengan Bapa Tiri: Hanya haram selamanya selepas berlaku dukhul antara bapa tiri dengan ibu kandungnya.
Seorang lelaki kahwin dengan seorang wanita yang ada anak perempuan. Bila akad nikah sahaja , tapi belum dukhul, lelaki itu belum lagi haram dengan anak tirinya itu.
Jadi, tidak semua hubungan dengan "anak tiri" memerlukan dukhul. Ia hanya syarat wajib untuk bapa tiri yang ingin melihat anak tiri perempuannya sebagai mahram, manakala untuk situasi ibu tiri, ia sudah haram sejak akad lagi.
