Menegur imam dalam solat diperbahaskan hukumnya di kalangan fuqaha.
Tegur Imam itu ada dua sebab. Sebabb pertama kerana membetulkan kesalahannya. Sebab kedua mengingatkannya ketika dia lupa.
Dalam situasi imam salah, tegur baggi makmum lelaki ikalah dengan menyebut "Subhanallah". Bagi makmum perempuan pula ialah dengan tepuk tangan.
Jika tegur atau perbetulkan kesalahan dalam bacaan ia termasuk dalam bab Al-fathu.
باب في الفتح على الإمام في الصلاة
Pada dasarnya, menegur imam salah atau terlupa dalam solat adalah diharuskan.
Dalam Saheh Abu Daud didatangkan sebuah hadis yang boleh menjadi sandaan kuat menggalakkan makmum menegur imam yang terlupa bacaan dalam solat. Hadis ini diriwayatkan oleh sahabat yang bernama Miswar bin Yazid Al-Asadi:
شهدتُ رسولَ الله ﷺ يقرأُ في الصلاة، فترك شيئًا لم يقرأه، فقال له رجل: يا رسول الله، تركتَ آيةَ كذا وكذا، فقال رسول الله ﷺ: هلا أذكرتنيها
“Aku menyaksikan Rasulullah ﷺ membaca dalam solat. Baginda meninggalkan sesuatu yang tidak dibacanya. Lalu seorang lelaki berkata kepada Baginda: ‘Wahai Rasulullah, engkau telah meninggalkan ayat sekian dan sekian.’ Maka Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Mengapa engkau tidak mengingatkan aku tentangnya?
Selain hadis riwayat Miswar tadi, dalam Saheh Abu Daud juga didatangkan hadis riwayat Ibnu Umar :
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ: صَلَّى صَلَاةً، فَقَرَأَ فِيهَا فَلُبِسَ عَلَيْهِ، فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ لِأُبَيٍّ: أَصَلَّيْتَ مَعَنَا؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: فَمَا مَنَعَكَ
Bahawa Nabi SAW telah solat satu solat lallu baginda membaca (ayat Quran) di dalamnya dan berlaku satu kekeliruan. Selepas selepasai baginda berkata kepada Ubay: Apakah kamu solat bersamaku? Kata Ubay: Ya. Lalu baginda bersabda: Apa yang menghalang kamu daripada menegurku dalam solat?(yakni membetulkan kekeliruan).
Rumusan hukum:
Menegur (Al-Fathu) ke atas imam mempunyai beberapa hukum:
1) WAJIB-jika kesalahan atau kelupaaan imam adalah pada surah fatihah yang menjadi rukun solat atau sesuatu ayat yang mengubah makna.
2) SUNAT-jika berlaku kekeliruan pada imam tentang satu ayat atau dia lupa dan terdiam serta dia menanti pembetulan.
Seorang makmum yang nak buat "Alfathu" atas imam kena tunggu imam itu berhenti dan ia difahami bahawa imam itu mengharapkan Al-fathu. Jangan mencelah ketika imam sedang membaca.
Di bawah ini adalah syarat-syarat yang disebutkan para fuqaha:
i) Imam berhenti dan mengharapkan al-fathu. Kecuali kesalahan dalam fatihah, ia boleh dicelahi makmum sebab kesalahan fatihah adalah kesalahan pada perkara rukun. Kalau kekeliruan atau kesalahan pada ayat lain, ia hendaklah dilihat kepada keadaan imam. Jika dia berhenti dan itu difahami bahawa dia menunggu pembetulan atau teguran (al-fathu) barulah makmum melakukan al-fath.ii) Tidak harus tegur imam walaupn kekeliruan sampai campur ayat antara surah. Ia selagi tak tukar sampai ayat rahmat jadi ayat azab atau sebaliknya. ia juga tidak mengubah makna kepada maksud kufur.iii)Hendaklah dipastikan perbuatan "al-fathu" atas imam itu tidak menambahkan kekeliruan, keserabutan dan buatnya tambah bercampur aduk. Jika itu mungkin terjadi, maka makmun lebih aula meninggalkan menegur imam, kecuali dalam perkara surah fatihah atau yang mengubah makna ayat.