Thursday, January 11, 2024

Asobah

 Istilah Asobah pada dasarnya merujuk kepada kalangan lelaki daripada kaum kerabat si mati. Ia disyarat hendaklah antaranya dengan si mati tidak dipisahkan dari segi nasab oleh kerabat perempuan.

Contoh asobah adalah bapa, datuk, anak-anak lelaki dan saudara-saudara lelaki.Istilah Asobah itu digunakan atas mereka kerana mereka adalah orang-ornag yang ada disekitar si mati itu. Mereka umpama bahu belikat dan sokongan-sokongan penting sebatang tubuh.

Dalam ilmu mawarith, istilah itu merujuk kepada kerabat lelaki si mati yang tidak mendapat kadar khusus dalam pusaka.Dengan kata lain, mereka tidak ada kadar-kadar yang ditetapkan sepertimana para pewaris dalam harta pusaka yang ditetapkan seperti seperdua, sepertiga seperlima dan seulainnya. 

Dalam keadaan tertentu, mereka boleh menjadi semata-mata pewaris dan dalam situasi-situasi ada pewaris lain, mereka mendapat lebihan.

Jenis-jenis asobah :

1) Asobah dengan diri sendiri

  • Anak-anak dan kebawah (yg lelaki)
  • Bapa dan ke atas (yg lelaki)
  • Saudara-saudara lelaki ( seibu sebapa atau sebapa sahaja) dan ke bawah
  • Pakcik(sebelah bapa) dan ke bawah
(Tidak termasuk suami dan saudara seibu )

2) Asobah dengan yang lain

  • Anak perempuan bila ada anak lelaki
  • Cucu perempuan(dari anak lelaki) ketika ada cucu lelaki (dari anak lelaki)
  • Saudara perempuan sekandung ketika ada saudara lelaki sekandung.
  • Saudara perempuian sebapa ketika ada saudara lelaki sebapa.
(Mereka di atas dalam situasi tersebut mendapat hak lebihan setelah pusaka dibahagikan dan jika lelaki dia mendapat dua bahagian dan perempuan satu bahagian)


3) Asobah BERSAMA yang lain.

Dalam dua keadaan iaitu:

  • Bila ada saudara perempuan seibu sebapa si mati dan dalam masa yang sama si mati ada ada anak perempuan atau cucu perempuan (dari anak lelaki) tak kiralah berapa jumlah saudara perempuannya  ataiu anak perempuannya. Dalam situasi ini mereka menjadi asobah satu sama lain.
  • Bila ada saudara perempuan sebapa bersama anak perempuan atau cucu perempuan. Maka jika ada lebihan selepas faraid, mereka ada hak, Jika tiada , maka tiadalah.


Pembahagian Asobah (Dalam Kitab Fiqhul Manhaji)

Dua bahagian:

1) Asobah Sababiyyah

Iaitu hamba yang dimerdekakakan samada lelaki atau perempuan. Pengarang menyatakan bahagian ini tidak lagi relevan untuk dibicarakan kerana zaman kini tiada lagi hamba.


2) Asobah Nasabiyyah

a) Asobah Binnafsi -terbahagi kepada 4 saluran:

i) Saluran anak-anak lelaki dan cucu lelaki daripada anak lelaki dan ke bawah

ii) Saluran bapa dan ke atas

iii) Saluran saudara lelaki.

iv) Saluran pakcik sebelah bapa.

 

Peringatan : Saluran berikut tidak akan menwarisi selagi ada saluran sebelumnya. Saluran bapa dan ke tas tidak akan mewarisi selagi ada saluran anak-anak lelaki dan ke bawah. Demikian salurna saudara lelaki tidak akan mewarisi selagi ada salurna bapa dan ke atas.Maka saluran pakcik (sebelah bapa) tidak akan mendahului saluran saudara lelaki.

Jika dalam saluran yang sama, maka waris yang jauh tidak boleh mendahului wais yang dekat. Umpamanya datuk tidak mendahului bapa. Cucu tidak boleh memintas anak lelali. Anak saudara tidak didahulukan atas saudara lelaki. Sepupu tidak mendahului pakcik.


b) Asobah Bil Ghairi

Iaitu kalangan perempuan yang ada bersamanya saudaranya. Umpanya anak perempuan di kala ada anak lelaki.Atau saudara perempuan sekandung di kala ada saudara lelaki sekandung.

Terkecuali dalam bahagian ini bagi saudara seibu. Kerana saudara seibu bukan Asobah binnafsi, maka saudara perempuannya tidak menjadi asobah bil ghairi.


c) Asobah Ma'al Ghairi

Iaitu saudara perempuan sekandung atau saudara perempuan sebapa dalam keadaan si mati ada anak perempuan atau cucu perempuan daripada anak lelaki.


Baca: Fiqhul Manhaji

Bacaan Tambahan: Almrsal




No comments:

Post a Comment