Friday, February 23, 2024

Di akhirat kita dibinkan kepada bapa atau ibu?

 Ada yang mengatakan di akhirat kita akan diseru nama berbinkan ibu kita. Ini kerana ibu kita itu pasti dan ayah kita tidak pasti. Berapa banyak ayah dalam dunia, orang sangka ayahnya, lalu dibinkan kepadanya, sedangkan hakikatnya dia bukan ayah. Anak itu hasil perzinaan, perselingkuhan dan sebagainya. Maka yang lebih tepat dibinkan kepada ibunya.

Ditambah pula dalil yang digunakan mengatakan bagi kalangan yang mensunnatkan talqin, disebut hadis talqin, disebutkan bahawa nabi meyuruh diseru si mati dengan namanya berbinkan ibunya. Jika ibunya tidak diketahui, binkan kepada HAWA. Hadis ini dihukumkan daif oleh para ulama dalam bidang hadis. Kerana itu tidak boleh jadi hujjah untuk menetapkan persoalan ghaibiyyat dan ehwal akhirat.

Ada hadis lain yang lebih saheh patut jadi sandaran iaitu hadis yang diriwayatkan dalam Saheh Ibn Hibban , daripada sahabat nabi Abu Darda', dalamnya belia menyebutkan sabda nabi SAW:

إنكم تدعون يوم القيامة بأسمائكم وأسماء آبائكم، فحسنوا أسماءكم



Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapakamu. Maka perelokkan nama-nama kamu".

Rujuk: Youm7

Dalam Saheh Bukhari, diriwayatkan sebuah hadis tetang orang-orang yang khianat pada hari kiamat. Kata nabi SAW:

إِنَّ الْغَادِرَ يُرْفَعُ لَهُ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُقَالُ هَذِهِ غَدْرَةُ فُلَانِ بْنِ فُلَانٍ


Ada pun hujjah bahawa seorang anak zina dinasabkan secara salah kepada bapa yang bukan bapanya, maka di dunia dibinkan apa yang zahir dari nasabnya. Di akhirat pun seseorang anak dibinkan kepada apa yang dibinkan di dunia.

Adapun penafsiran sesetengah orang kalimah imam dalam ayat 71 Surah Al-Isra' sebagai ibu, Zamakhsari mennyebutkan seabgai antara bid'ah dalam tafsir.

ayat berbunyi:


 يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ- الإسراء/ 71



 Jamak bagi kalimah Umm bukan Imam tetapi Ummhat. Celah mana Imam ditafsirkan sebagai ibu-ibu?














No comments:

Post a Comment