Wednesday, September 11, 2024

Perbahasan Solat Jamak Qasar dalamn Kitab Al-Iqna' oleh Al-Mawardi

 Disebutkan pada mukasurat 49 bahawa seseorang yang bermusafir lalu berniat untuk bermuqim di satu tempat tidak lebih 3 hari, maka dia boleh mengqasarkan solatnya. Jika niatnya untuk bermukim 4 hari atau lebih , maka hendaklah dia solat tamam(sempurna).

Jika dia masuk satu negeri dengan urusan kerja yang dengan niat hendak menyelsaikannya seharu atau dua hari, lalu tidak selesai, maka duia boleh qasarkan solat sehingga hari ke-4. Selepas hari ke-4, kerja tak selesai, maka dia hendaklah solat tamam. KECUALI jika dia masuk ke dalam negeri itu sebagai tentera mujahid yang berperang, maka dia boleh qasarkan solatnya sehingga 17 atau 18 hari.

Rujuk: Maktabah syamilah

Al-Mawardi yang melihat keharusan solat Jamak ketikan sakit sebagaimana keharusannya ketika hujan. Adapun jamak ketika hujan itu terikat dengan syarat-syaratnya iaitu hendaklah dilakukan di masjid, berjemaah dan dalam waktu solat pertama sedangkan hujan sednag turun ketika itu.


An-Nawawi  juga menyebut dalam Raudhatut Talibin Wa Umdatu Muftin bahawa harus jamak solat kerana sakit dan dia berdalilkan hadis yang berbunyi:

جَمَعَ بِالْمَدِينَةِ مِنْ غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا مَطَرٍ

Bahkan kata An-Nawawi , menukilkan daripada Al-Khattabi yang memetik daripada Al-Kuffal Al-Kabir As-Syaasyi daripada Abu Ishak Al-Marwazi bahawa HARUS  jamak solat kerana sebab yang bukan sebab takut,  hujan atau sakit  dan inila adalah pandangan Ibn Al-Munzir 

* Ibn Al-munzir adalah seorang tokoh ulama yang dikaitkan sebagai bermazhab Syafie yang lahir sekitar tahun kematian Imam Ahmad bin Hambal (241H) . Namun , kata An-Nawawi, Ibn Munzir tidak terikat dengan Mazhab Syafie bahkan dia selalu mengutamakan dalil yang kuat dalam fatwanya.

No comments:

Post a Comment