Dalam Fatwa Al-Misriyyah disebutkan bahawa Takbir Sempena Aidil Adha itu bermula daripada Terbit Fajar Hari Arafah (9 Zulhijjah dan berlangsung hingga tenggelam matahari hari terakhir Tasyriq (13 Zulhijjah). Dalam tempoh ini, kita disunatkan untuk bertakbir setiap usai solat khususnya solat berjemaah. Takbir yang dimaksudkan di sini dinamakan Takbir Muqayyad. Takbir ini dikaitkan dengan solat. Selepas solat jemaah, takbir.
Ada sejenis lagi takbir yang dinamakan Takbir Mursal atau disebut juga Takbir Mutlaq. Ia tidak mengikut aktiviti solat. Ia dilantunkan di mana-mana sahaja yang sesuai dalam apa-apa acara. Umpamanya masa berkumpul, di pasar, di majlis kenduri kendara dan sebagainya. Bila masanya? Takbir yang semaca ini bermula daripada terbit fajar 1 Zulhijjah dan berlangsung hingga habis hari tasyriq.
Demikianlah hukum takbir raya Aidil Adha....
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 203:
وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ
Al-Qurtubi dalam tafsirnya ketika menafsirkan ayat 28 Surah Al-Hajj:
لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ
- Hari-hari "maklumat" itu adalah hari-hari Usyur iaitu 1 hingga 10 Zulhijjah sementara hari-hari Ma'dudat pula adalah 3 hari tasyriq. Pandangan itu disandarkan kepada Ibn Abbas dan merupakan Qaul Jumhur.
No comments:
Post a Comment