Persoalan ini timbukl saban tahun kerana ada suara-suara yang mendakwa bahawa Ummat Islam seluruh dunia perlu menyamakan tarikh aidil adha mereka dengan Arab Saudi. Tarikh Aidil Adha dan Wuquf di Arafah adalah berkaitan. Jika di Makkah para Hujjaj berwuquf, maka ummat ISlam di ceruk rantau dunia manapun hendaklah menetapkan hari itu sebagai hari Arafah dan esoknya adalah hari raya Aidil Adha.
Demikianlah seruan dan dakwaan yang dilontarkan. Kedengarannya muluk dan kononnya itulah lambang kesatuan ummah. Jika hari raya pun tidak seiya sekata, bagaimana ummat hendak disatukan?
Mari kita bertistidlal dengan hadis dan bukan dengan akal logik yang mendakwa mengajak penyatuan.
Terdapat hadis dalam Saheh Muslim:
رواه مسلم في صحيحه من حديث كريب مولى ابن عباس أن أم الفضل بنت الحارث بعثته في حاجة إلى معاوية بالشام، قال: فقدمت الشام فقضيت حاجتها واستهل علي رمضان وأنا بالشام، فرأيت الهلال ليلة الجمعة، ثم قدمت المدينة في آخر الشهر فسألني عبد الله بن عباس ثم ذكر الهلال، فقال: متى رأيتم الهلال؟ فقلت: رأيناه يوم الجمعة، فقال: أنت رأيته؟ فقلت: نعم، ورآه الناس وصاموا وصام معاوية فقال: لكنا رأيناه ليلة السبت، فلا نزال نصوم حتى نكمل ثلاثين أو نراه، فقلت: فلا تكتفي برؤية معاوية وصيامه؟ فقال: لا هكذا أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم.
Diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sahihnya dari hadis Kuraib, hamba Ibn Abbas yang dibebaskan, bahawa Ummu al-Fadl binti al-Harith menghantarnya atas satu suruhan ke Muawiyah di Syria. Dia berkata: Maka saya pergi ke Syam dan menunaikan tugasnya, dan Ramadan bermula untuk saya semasa saya berada di Syam. Aku melihat hilal pada malam Jumaat, lalu aku pergi ke Madinah pada akhir bulan itu dan Abdullah Ibn Abbas bertanya kepadaku lalu dia menyebut hilal. Beliau berkata: Bilakah kamu melihat hilal? Saya berkata: Kami melihatnya pada hari Jumaat. Dia berkata: Adakah kamu melihatnya? Aku berkata: Ya, dan orang ramai melihatnya dan berpuasa, dan Muawiyah berpuasa, maka dia berkata: Tetapi kami melihatnya pada malam Sabtu, maka kami akan terus berpuasa sehingga kami menyempurnakan tiga puluh hari atau kami melihatnya. Aku berkata: Apakah penglihatan Muawiyah dan puasa itu tidak mencukupi? Dia berkata: Tidak, itulah yang diperintahkan oleh Rasulullah saw.
Apa yang boleh difahamkan daripada hadis?:
1) Ibn Abbas dan Mu'awiyah adalah dua sahabat Nabi dan Kekhalifahan Mu'awiyah diakui Ibn Abbas serta mereka di abwah satu pemerintahan. Perbezaan tarikh mula Ramadhan antara keduanya menunjukkan perbezaan Matla' adalah diakui oleh Syarak
Satu fakta yang perlu diambil perhatian ialah:
Pada zaman Rasulullah SAW di mana disyariatkan puasa hari Arafah, mulanya tidak ada wuquf di Arafah. Makkah kala itu masih di bawah penguasaan Musyrikin. Hanya pada tahun ke-10 Nabi SAW melakukan haji dan menjalankan wuquf.
Andaikan anda berada di zaman belum ada ineternet atau sistem perhubungan seperti di zaman moden ini. Bagaimana anda mahu tahu pada pada hari sekian, jemaah haji sedang berwuquf? Itulah yang terjadi di zaman dulu. Ummat Islam di ceruk rantau dunia yang jauh dari Kota Makkah tidak pernah mempertanyakan bila ornag yang melaksanakan haji wuquf. Mereka berpuasa hari arafah mengikut rukyah atau hisab di tempat mereka. Keadaan sedemikian berjalan selama ratusan tahun.
Datang zaman kini, perbezaan ini dipermaslahkan oleh orang. Ini adalah kerana pengaruh globalisasi dan ledakan maklumat. Terbukanya pintu angkasa yang memungkin pancaran berita sekelipmata tidak boleh dijadikan ukuran untuk mengubah apa yang telah diamalkan oleh umat Islam sejak zaman Nabi SAW.
No comments:
Post a Comment