Di petik daripada perbahsan qaul mufassirin dalam kitab Jami' Al-Ahkam oleh Imam Al-Qurtubi:
1) Qaul Ibn Umar, Ibn Muhaisin dan Abu Hurairah: Huqub adalah 80 tahun dengan kiraan 1 tahun adalah 360 hari. Satu hari bersamaan 1000 tahun hari-hari dunia.
2) Qaul Ibn Umar juga dinukilkan menyebutkan satu huqub bersama 40 tahun.
3) Qaul As-Suddi menyebutkan ianya 70 tahun
4) Riwayat secara Marfu' daripada Abu Umamah mengatakan ianya adalah 1000 bulan.
5) Qaul basyir bin Kaab mengatakan satu huqub ialah 300 tahun
6) Qaul Al-Hasan menyebutkan bahawa huqub itu tiada yang mengetahui tempohnya, tetapi ada yang menyebutnya 100 huqub dengan maksud 1 huqub bersamaan 70 ribu tahun.Satu harinya bersamaan 1000 tahun
7) Qaul yang disandarkan kepada Ibnu Umamah sebagaimana disebutkan oleh Al-Mahdawi menyebutkan bahawa 1 huqub bersamaan 30 ribu tahun
9) Al-Mawardi menyebutkan maksud huqub adalah masa panjang yang tiada batasnya.
Imam Al-Qurtubi mengomentari bahawa qaul-qaul di atas adalah bercanggah satu sama lain. Apa yang dimaksudkan dengan ahqab adalah keabadian sebagaimana kata Ibn Kaisan tentang maksud ayat daripada surah An-naba' itu ialah:
لا غاية لها انتهاء ، فكأنه قال أبدا
Tiada kesudahan baginya dan seolah-olah Allah berfirman bahawa ia adalah abadi.
No comments:
Post a Comment