Tuesday, October 18, 2022

KITAB SYAMSUL MA'ARIF...

Hari ini, aku mengajar kelas tahun 6 Jayyid. Aku ceritakan kisah nabi Musa A.s dan Bani Israil. Dari asal usulnya yang bersambung keturunan hingga nabi Irahim hingga kisah Musa dan Bani Israil di Padang Pasir Tih. Begitu panjang ceritaku sehingga habislah 3 masa yang diperuntukan untuk subjek pendidikan Al-Quran. Lalu aku buka ruang bertanya soalan buat para murid. 

Seorang murid benama HIRZI SUFI BIN ABD HALIM bertanya.

" UStaz, kenapa dikatakan jangan baca kitab Syams Al-Ma'arif , bahaya?"

Mulanya aku tidak jelas sebutannya. Lagi pula, aku tidak jangka ada soalan demikian. Itu bukan soalan level murid tahun 6. Tapi setelah aku pastikan, memang tentang kitab itulah yang ditanyanya. 

Ada unsur "wau" dalam hatiku terhadap murid itu. Masakan dia tahu tentang kitab itu. Sebuah kitab karya seorang yang bernama Syeikh Ahmad bin Ali Al-Buni, seorang tok bomoh  berasal Utara Afrika (Algeria). Dari kitab itulah terbitnya kitab seumpama Tajul Muluk Al-Murasso' yang pernah diharamkan oleh pihak JAKIM satu masa dulu. 

Aku terangkan kepada kelas tentang kitab itu kepada murid-murid kelas 6 Jayyid. Bahawa, kitab yang ditanyakan itu adalah kitab sihir. ia mengandungi ilmu-ilmu yang pelik dan ganjil dan menarik hati. namun, ia ilmu yang salah dari sudut agama Islam. Umpamanya ilmu meramal nasib dan tabiat orang berdasarkan bentuk tubuh dan apa yang ada pada tubuh. Ada juga ilmu berdasarkan isim- isim tertentu.

Selepas kelas, aku tanya kepada Hirzi di luar kelas( dah nak rehat, semua murid keluar kelas ). dari mana dia dengar nama kitab itu. Apakah ayahnya sebutkan? Atau dia dengar ustaz mana-mana sebutkan. Katanya dia terbanca di google.

Waduh....murid sekarang...

Kuingatkan internet hanya digunakan untuk hal-hal yang lagha dan tak berfaedah buat murid-murid kecil sepertinya. Rupanya, ada murid kelas tinggi sepertinya. Perkara  yang jadi bahan perbincangan orang dewasa dan ahli ilmu yang menyapa  dirinya dalam "surfing" di dunia maya.

Moga Allah tambahkan ilmunya.

No comments:

Post a Comment