Monday, July 3, 2023

Pendapat Ulama Tentang Jumlah Ahli Jumaat

Telah menyebutkan oleh Ibn Hajar dalam Fathul baru , terdapat kira-kira 20 pandangan ulama tentang isu jumlah ahli Jumaat.

  1. Menurut mazhab Syafie  dan juga Hambali, jumlahnya adalah 40 orang.
  2. Menurut mazhab Hanafi, jumlahnya ada 3 orang tidak termasuk Imam.
  3. Menurut Mazhab Maliki, jumlahnya 12 orang.
  4. Menurut Ibn hazmin dan As-Syaukani, boleh didirikan Jumaat sekurang-kurangnya 2 orang.
  5. Menurut satu riwayat dalam mazhab Hambali, pandangan Imam Abu Yusuf dan juga Ibn Taimiyyah, sah jumaat dengan jumlah 3 orang.
  6. Ada qaul kata 10 orang
  7. ada qaul kata 20 orang
  8. ada qaul tiada jumlah yang ditetapkan asalkan ada pemastautin.
  9. Ada qaul kata 8 orang.
Tambahan qaul-qaul yang lain adalah pada syarat dan sifat jumlah-jumlah ahli jumaat. Tidaklah mudah untuk saya menyebutkannya di sini. Sila rujuk kitab-kitab fekah yang panjang.

No comments:

Post a Comment