Thursday, May 30, 2024

Hukum berbinkan datuk.

 Disebutkan dalam hadis:


من ادعى إلى غير أبيه وهو يعلم ، فالجنة عليه حرام 



Sesiapa yang mendakwa dia anak kepada yang bukan bapanya sedangkan dia tahu, maka syurga haram untuknya.

Perlu diketahui bahawa maksud "abun" dalam bahasa Arab bukan terhenti kepada bapa biologi secara langsung sahaja. Abun mencakupi datuk dan leluhur ke atas.

Maka, jika seseorang itu membinkan dirinya dengan datuknya atau moyangnya, maka itu tidak termasuk dalam larangan hadis di atas. Mereka yang di atas dari ayahnya masih lagi berada dalam makna abubn (bapa).

Misalnya seorang bernama Ahmad bin ismail bin Karim bin Ali bin Jamal bin Barkawi. Lalu Si Ahmad itu meletakkan namanya Ahmad bin Barkawi, tidak menjadi satu kesalahan.

Perkara sebegini pernah diucapkan oleh nabi Muhammad SAW sendiri. Dalam hadis, nabi SAW menyebutkan:

 أنا النبي لا كذب، أنا ابن عبد المطلب.

ِ"Aku nabi dan aku tidak berdusta. Akulah Anak Abdul Mutallib".

Hal yang sama juga kita akan temui pada nama Imam Ahmad bin Hambal. Apakan salasilah Imam Ahmad? Siapa Hambal? Lihat. Namanya Adalah Ahmad bin Muhamamd  bin Hambal Az-Zuhli As-Syaibani. Maka , Hambal itu adalah datuknya.

ِAda contoh lain. Seorang Kibar Tabi'in  yang lahir tahun 17H dan meninggal tahun 83H bernama Ibn Abi Laila (W:148H) . Nama sebenarnya adalah Muhammad bin Abdurrahman bin Abi Laila Al-Ansari. Dia dikenali dengan nama Ibnu Abi Laila. Abi Laila itu adalah datuknya.

Demikian juga yang bernama Abu Nasir bin Salamah. Salamah itu datuknya dan bukan ayahnya.

Maka, tidak menjadi kesalahan membinkan diri dengan datuk. Ia ada dasar dalam Sunnah dan amalan Salafus Soleh.


Wednesday, May 29, 2024

Catatan Simpang Siur Nasab Ali bin Abi Talib

Kalangan Ahlul Bait Nabi , diharamkan untuk mereka harta zakat. Zakat disebut sebagai sedekah wajib. Ada juga sedekah sunat iaitu ia bukan menjadi taklif syarak atas orang Islam. Maka, , untuk sedekah sunat , ianya dihalalkan buat Ahlul Bait.
Ahlul Bait adalah keturunan Bani Hashim dan Bani Al-Mutallib.  Untuk mereka diharamkan zakat. 

Seiring perkembangan zaman, Bani Hasyim sendiri telah muncul dua kelompok yang bersaing iaiti Bani Abbasiyyah dan Bani Alawiyyah. Seharusnya kedua-dua kelompok ini juga terikat dengan hukum pengharaman zakat tadi. Namun, kehendak Allah, hanya Bani Alawiyyah sahaja yang menjaga silsilah mereka. Mereka dipengaruhi pula oleh perkaitan dengan keturunan Rasulullah SAW melalui perkahwinan Ali bin Abi Talib dengan Fatimah binti Rasulullah.

Di sini ada aspek yang memperkukuhkan nasab Bani Alawiyyah. Mereka adalah Bani Hasyim dan kerana itu itu mereka Ahlul Bait. Mereka juga keturunan Rasulullah SAW, khasnya melalui jalur Hasan dan Hussain.Adapun dari jalur yang lain tenggelam dimamah  zaman.

Sumber menyebutkan bahawa Ali bin Abi Talib menikahi 8 orang Isteri lagi selepas kewafatan Fatimah puteri Rasulullah SAW. Di bawah adalah senarai isteri-isteri Ali bin Abi Talib:
1) Fatimah Az-Zahra
2) Ummul Banin bt Hizam
3) Laila bt Mas'ud
4) Asma' bt Umais
5) Ummu Habib bt Rabi'ah
6) Umamah bt Abi Al-As
7) Khaulah bt Jaafar- Ibu kepada Muhammad Al-Hanafiah
8) Ummu Said bt Urwah
9) Mahyat bt Umru-ul Qais.
Rujuk:Islamweb

Ali bin Abi Talib sendiri bukan hanya ada anak bernama Hasan dan Hussain. Malah dengan Fatimah binti Rasulullah dia mendapat anak lain iaitu Muhsin (mati kecil), Ummu Kalsum dan Zainab Al-Kubra. Di bawah disenarainkan anak-anak Ali bin Abi Tali. Mereka adalah 14 lelaki dan 17 perempuan.

Anak Lelaki
  1. Hasan
  2. Hussain
  3. Abbas
  4. Jaafar
  5. Abdullah bin Binti Hizam
  6. Uthman 
  7. Yahya 
  8. Muhammad
  9. Abu Bakar
  10. Abdullah bin Laila
  11. Umar
  12. Muhammad Al-Ausat
  13. Muhammad Al-Hanafiyyah-Dia dibinkan kepada kabilah Ibunya untuk membezakan antara 

Anak Perempuan:

  1. Ummu Kalsum-Kahwin dengan Umar Al-Khattab pada tahun 17 H dan dapat anak dua orang diberi nama Zaid.dan Ruqayyah.
  2. Zainab al-Kubra-Berkahwin dengan sepupunya Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib
  3. Ruqayyah
  4. Ramlah
  5. Ummul Hasan
  6. Jariah

Anak Ali bernama Yahya adalah hasil perkahwinan Ali dengan Asma' binti Umais. NamunYahya mati dalam hayat Ali dan dia tiada anak. (mungkin tak sempat kawin). Sebelum kahwin dengan Ali, Asma' sudah kahwin dengan Jaafar bin Abi Talib dan dapat anak iaitu Muhamamd, Aun dan Abdullah. Selepas Jaafar mati, Asma' kahwin pula dengan Abu Bakar As-Siddiq dan dapat anak namanya Muhammad bin Abu Bakar. 



Wednesday, May 22, 2024

Dubuk halal dimakan dagingnya

Tahukah anda bahawa Imam Syafie dalam Kitabnya Al-Umm (Jil 2 Ms 273)  menyatakan bahawa hukum makan daging dubuk adalah halal. 


Katanya:

ولحوم الضباع تباع عندنا بمكة بين الصفا والمروة , لا أحفظ عن أحد من أصحابنا خلافا في إحلالها 


Maka demikianlah hukum dubuk dalam Mazhab Syafie. Hukum yang sama juga diputuskan dalam Mazhab Hambali.
Demkianlah juga, halal dalam fatwa Ljnah Daimah ( 22/185)

Dubuk? Tak kenal dubuk?  Orang putih sebut Hyena. 

Lihat gambar di bawah.




HUKUM MAKAN BUAYA DAN JERUNG

Hukum makan katak adalah haram kerana ada hadis melarang kita daripada membunuhnya.

Kaedah, apa yang dilarang bunuh, maka diharamkan makan dagingnya.

Hadisnya berbunyi:

روى البيهقي عن سهل بن سعد الساعدي أن النبي صلى الله عليه وسلم: نهى عن قتل خمسة: النملة والنحلة والضفدع والصرد والهدد


Buaya pula diharamkan kerana selain ia bianatng pemangsa yang bertaring, ia juga haiwan Amfibia ( Barmaiyyun) iaitu hidupan air yang boleh hidup di darat dan tempohnya boleh lama. Kerana itu hukumnya macam hukum binatang darat dari jenis pemangsa dan bertaring. Ini pandangan Jumhur ulama Mazhab. 

Saya mengamalkan pandangan ini dan mengetengahkan pandangan ini kepada khalayak ramai.


Namun, menurut mazhab Maliki, buaya dihalalkan. Demikian juga salah satu pandangan dalam Mazhab Syafie dan satu wiyata dalam mazhab Hambali. Setengah salah juga mengharuskannya dan ulama Arab iaitu Syeikh Othaimin memilih pandangan tersebut. Demikian juga fatwa Lajnah Daimah memutuskan buaya halal dimakan.

Sementara ikan jeerung (Jaws/Shark)( bahasa Arab:   القرش ) maka ia dihalalkan dan ia tidak boleh disamakan dengan buaya kerana dia hanya hidup dalam air dan kerana itu tertakluik kepada hukum umum yang disebutkan dalam ayat:

حِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ مَتَاعًا لَكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ {المائدة: 96}


Pun begitu, ada khilaf juga kalangan ulama tentang halal atau haramnya makan ikan jerung. Ada yang kata halal dan ada yang kata haram. Pendapat kata halal itulah yang kita ambil dan saya beritahu khalayak pandangan yang kata halal.

Dalam masa yang sama , kita hargai pandangan dan hujahan merreka yang kata haram atas alasan ia binatang pemangsa yang bertaring!

Sotong biasa dalam bahasa Arab disebut:

 حبار

Sotong kereta disebut:

الأخطبوط (Octapus)

Mazhab Syiah mengharamkan sotong dan ketam.

Bagi Mazhab-mazhab Syiah, hukum ikan yang tidak bersisik adalah haram dimakan. Demikian juga semua haiwan lain yang bukan jenis ikan, haram dimakan

Kecuali udang, ia halal.

Tonton: Video

Bolehkah melakukan pengkasian binatang?

 Mengkasikan binatang yang boleh dimakan dagingnya dengan tujuan memperbanyakkan dagingnya dan susunya, disboehkan. 

Menurut mazhab Syafie, mengkasikan binatang yang tidak boleh dimakan dagingnya adalah diharamkan. Untuk mengkasi bianatng yang boleh dimakan daging, diharuskan dengan syarat tidak memudaratkan serta menyeksa binatang tersebut.

Rujuk: Islamqa