Kalangan Ahlul Bait Nabi , diharamkan untuk mereka harta zakat. Zakat disebut sebagai sedekah wajib. Ada juga sedekah sunat iaitu ia bukan menjadi taklif syarak atas orang Islam. Maka, , untuk sedekah sunat , ianya dihalalkan buat Ahlul Bait.
Ahlul Bait adalah keturunan Bani Hashim dan Bani Al-Mutallib. Untuk mereka diharamkan zakat.
Seiring perkembangan zaman, Bani Hasyim sendiri telah muncul dua kelompok yang bersaing iaiti Bani Abbasiyyah dan Bani Alawiyyah. Seharusnya kedua-dua kelompok ini juga terikat dengan hukum pengharaman zakat tadi. Namun, kehendak Allah, hanya Bani Alawiyyah sahaja yang menjaga silsilah mereka. Mereka dipengaruhi pula oleh perkaitan dengan keturunan Rasulullah SAW melalui perkahwinan Ali bin Abi Talib dengan Fatimah binti Rasulullah.
Di sini ada aspek yang memperkukuhkan nasab Bani Alawiyyah. Mereka adalah Bani Hasyim dan kerana itu itu mereka Ahlul Bait. Mereka juga keturunan Rasulullah SAW, khasnya melalui jalur Hasan dan Hussain.Adapun dari jalur yang lain tenggelam dimamah zaman.
Sumber menyebutkan bahawa Ali bin Abi Talib menikahi 8 orang Isteri lagi selepas kewafatan Fatimah puteri Rasulullah SAW. Di bawah adalah senarai isteri-isteri Ali bin Abi Talib:
1) Fatimah Az-Zahra
2) Ummul Banin bt Hizam
3) Laila bt Mas'ud
4) Asma' bt Umais
5) Ummu Habib bt Rabi'ah
6) Umamah bt Abi Al-As
7) Khaulah bt Jaafar- Ibu kepada Muhammad Al-Hanafiah
8) Ummu Said bt Urwah
9) Mahyat bt Umru-ul Qais.
Rujuk:Islamweb
Ali bin Abi Talib sendiri bukan hanya ada anak bernama Hasan dan Hussain. Malah dengan Fatimah binti Rasulullah dia mendapat anak lain iaitu Muhsin (mati kecil), Ummu Kalsum dan Zainab Al-Kubra. Di bawah disenarainkan anak-anak Ali bin Abi Tali. Mereka adalah 14 lelaki dan 17 perempuan.
Anak Lelaki
- Hasan
- Hussain
- Abbas
- Jaafar
- Abdullah bin Binti Hizam
- Uthman
- Yahya
- Muhammad
- Abu Bakar
- Abdullah bin Laila
- Umar
- Muhammad Al-Ausat
- Muhammad Al-Hanafiyyah-Dia dibinkan kepada kabilah Ibunya untuk membezakan antara
Anak Perempuan:
- Ummu Kalsum-Kahwin dengan Umar Al-Khattab pada tahun 17 H dan dapat anak dua orang diberi nama Zaid.dan Ruqayyah.
- Zainab al-Kubra-Berkahwin dengan sepupunya Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib
- Ruqayyah
- Ramlah
- Ummul Hasan
- Jariah
Anak Ali bernama Yahya adalah hasil perkahwinan Ali dengan Asma' binti Umais. NamunYahya mati dalam hayat Ali dan dia tiada anak. (mungkin tak sempat kawin). Sebelum kahwin dengan Ali, Asma' sudah kahwin dengan Jaafar bin Abi Talib dan dapat anak iaitu Muhamamd, Aun dan Abdullah. Selepas Jaafar mati, Asma' kahwin pula dengan Abu Bakar As-Siddiq dan dapat anak namanya Muhammad bin Abu Bakar.
No comments:
Post a Comment