Thursday, May 30, 2024

Hukum berbinkan datuk.

 Disebutkan dalam hadis:


من ادعى إلى غير أبيه وهو يعلم ، فالجنة عليه حرام 



Sesiapa yang mendakwa dia anak kepada yang bukan bapanya sedangkan dia tahu, maka syurga haram untuknya.

Perlu diketahui bahawa maksud "abun" dalam bahasa Arab bukan terhenti kepada bapa biologi secara langsung sahaja. Abun mencakupi datuk dan leluhur ke atas.

Maka, jika seseorang itu membinkan dirinya dengan datuknya atau moyangnya, maka itu tidak termasuk dalam larangan hadis di atas. Mereka yang di atas dari ayahnya masih lagi berada dalam makna abubn (bapa).

Misalnya seorang bernama Ahmad bin ismail bin Karim bin Ali bin Jamal bin Barkawi. Lalu Si Ahmad itu meletakkan namanya Ahmad bin Barkawi, tidak menjadi satu kesalahan.

Perkara sebegini pernah diucapkan oleh nabi Muhammad SAW sendiri. Dalam hadis, nabi SAW menyebutkan:

 أنا النبي لا كذب، أنا ابن عبد المطلب.

ِ"Aku nabi dan aku tidak berdusta. Akulah Anak Abdul Mutallib".

Hal yang sama juga kita akan temui pada nama Imam Ahmad bin Hambal. Apakan salasilah Imam Ahmad? Siapa Hambal? Lihat. Namanya Adalah Ahmad bin Muhamamd  bin Hambal Az-Zuhli As-Syaibani. Maka , Hambal itu adalah datuknya.

ِAda contoh lain. Seorang Kibar Tabi'in  yang lahir tahun 17H dan meninggal tahun 83H bernama Ibn Abi Laila (W:148H) . Nama sebenarnya adalah Muhammad bin Abdurrahman bin Abi Laila Al-Ansari. Dia dikenali dengan nama Ibnu Abi Laila. Abi Laila itu adalah datuknya.

Demikian juga yang bernama Abu Nasir bin Salamah. Salamah itu datuknya dan bukan ayahnya.

Maka, tidak menjadi kesalahan membinkan diri dengan datuk. Ia ada dasar dalam Sunnah dan amalan Salafus Soleh.


No comments:

Post a Comment