Saturday, September 14, 2024

HUKUM BERKAITAN BUAH-BUAHN DI DUSUN ORANG

 Sememangnya Islam amat mementingkan kehalalan dalam soal makan minum. Salah satu di antara daruriyat yang lima ialah menjaga harta. Oleh kerana itu, harta seorang yang lain tidak halal kita ambil dengan cara yang salah. ISlam menjaga hartanya dan melarang kita makan melainkan dengan keizinannnya atau ada kemudaratan syarak yang membenarkannya.

Sabda Nabi SAW:

لا يحل مال امرئ مسلم إلا بطيب نفس منه


Dalam hadis Muslim, Nabi SAW direkodkan bersabda:

كل المسلم على المسلم حرام دمه وماله وعرضه


Namun, ada pengecualian kes yang mana agama membenarkan makan tanpa izin harta orang lain iaitu:

1) Buahan-buahan kepunyaan orang setelah memanggil tuannya tiga kali untuk minta izin.

2) Susu ternakan yang telah dipanggil tuannya 3 kali tetapi tidak menyahut.

Ini dinyatakan dalam hadis Nabi SAW riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah, bahawa Nabi SAW bersabda:

إذا أتى أحدكم حائطاً فأراد أن يأكل فليناد: يا صاحب الحائط ثلاثاً فإن أجابه وإلا فليأكل، وإذا مر أحدكم بإبل فأراد أن يشرب من ألبانها فليناد يا صاحب الإبل أو يا راعي الإبل فإن أجاب وإلا فليشرب...

Jika salah seorang di antara kamu mendatangi sebuah tembok dan hendak makan, hendaklah dia berseru: Wahai pemilik tembok itu tiga kali jika dia menjawab, jika tidak maka hendaklah dia makan dan jika salah seorang daripada kamu melewati unta lalu ingin minum dari susunya , hendaklah dia memanggil: Wahai pemilik unta atau Wahai pengembala unta Jika dia menjawab, jika tidak, hendaklah dia minum...

Hadis ini menggambarkan mengenai keharusan makan buah daripada pokok orang lain dengan syarat meminta izin. Jika perlu makan buah itu dan tuan tak ada, maka panggil tuannya 3 kali. Jika dia tidak menyahut, maka dibenarkan makan sekadarnya serta tidak bolejh bawa bersama dalam bekas. Dalam hadis disebut tak boleh isi dalam baju (yang dijadikan bekas).

Kekebenaran seperti dinyatakan dalam hadis tertatakluik kepada situasi hajat. Ertinya jika pun tidak mendapat kebenaran, dari segi hukum makan buah-buahan atau minum susu ternakan yang tuannya tidak ditemui untuk minta izin , adalah halal. Syaratnya dia hendaklah memanggil tuannya 3 kali.

Sumber: Dorar

Jika pokok buahan berada dalam kawasan berpagar maka haramlah menggapainya. Jika tiada pagar, maka halal dimakan tanpa mengambilnya isi dalam bekas.

Hal ini disebutkan oleh Imam Ahmad sebagaimana dinukilkan Ibn Qidamah dalam Al-Mughni:

 إذا لم يكن عليها حائط , يأكل إذا كان جائعا , وإذا لم يكن جائعا , فلا يأكل . وقال : قد فعله غير واحد من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم ولكن إذا كان عليه حائط , لم يأكل ; لأنه قد صار شبه الحريم ... وروي عن أبي زينب التيمي , قال : سافرت مع أنس بن مالك وعبد الرحمن بن سمرة وأبي بردة , فكانوا يمرون بالثمار , فيأكلون في أفواههم . وهو قول عمر وابن عباس وأبي بردة . قال عمر : يأكل , ولا يتخذ خبنة . وروي عن أحمد أنه قال : يأكل مما تحت الشجر , وإذا لم يكن تحت الشجر فلا يأكل ثمار الناس , وهو غني عنه . ولا يضرب بحجر , ولا يرمي ; لأن هذا يفسد ......

Jika tidak ada dinding di atasnya, dia makan jika dia lapar, dan jika dia tidak lapar, dia tidak makan. Dia berkata: Lebih daripada salah seorang sahabat Nabi s.a.w. melakukan ini, tetapi jika ada dinding di atasnya, dia tidak akan makan. Kerana ia telah menjadi seperti harem... Diriwayatkan dari Abu Zainab al-Taymi, dia berkata: Aku bermusafir bersama Anas bin Malik, Abd al-Rahman bin Samra, dan Abu Burdah, dan mereka pernah melaluinya. buah-buahan, dan mereka akan memakannya di dalam mulut mereka. Ini adalah perkataan Omar, Ibnu Abbas, dan Abu Burdah. Umar berkata: Dia makan, tetapi tidak mengambil isi dalam bekas.Diriwayatkan daripada Ahmad bahawa dia berkata: Dia makan dari apa yang ada di bawah pokok, dan jika tidak di bawah pohon, dia tidak makan buah orang, dan dia tidak memerlukannya. Dia tidak memukul batu atau membaling batu. Kerana ini merosakkan...






























No comments:

Post a Comment